Followers

Friday 22 November 2013

Ulama PAS Hanya Ulama Kampung!

Aku tertarik dengan kenyataan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dalam Sinar Harian Hari ini ( http://www.sinarharian.com.my/politik/perlu-setaraf-ulama-antarabangsa-1.223292 ).


Katanya ulama-ulama Pas perlu meningkatkan diri untuk setaraf dengan ulama-ulama antarabangsa sehingga boleh membincangkan pelbagai isu, bukan hanya sekadar ilmu ugama tetapi perlu merangkumi eknomi, isu-isu semasa dan hubungan antarbangsa. Katanya, ada ulama antarabangsa yang bukan sahaja mahir dalam ilmu Islam, tetapi boleh bertutur senhingga 5 bahasa dan boleh bercakap dalam berbagai perkara termasuk undang-undang, dan ini menjadikan mereka amat disegani di persada antarabangsa.

Kenyataan ini amatlah tepat. Sudah lama diperkatakan, temasuk oleh Anwar sendiri, bahawa ulama Pas hanya ulama kampung. Kalau dilihat di ceramah-ceramah politik, isu yang ditimbulkan hanya isu-isu kecil dan remeh-temeh mengikut perspektif sendiri, dan banyak isu ceramah hanya bertumpu kepada menghina atau merendahkan orang lain. Tidak ketinggalan juga fitnah bersandarkan khabar angin. Tidak ada sebarang cadangan diberikan, jauh sekali bercakap tentang isu yang lebih luas untuk kepentingan umat Islam dan masyarakat am.

Begitu juga dengan ceramah-ceramah ugama. Semuanya hanya berkisar kepada hukum-hakam kecil terutama bab nikah kahwin dan hubungan suami-isteri, diselit dengan jenaka-jenaka menyindir dan kadang-kadang lucah, tetapi tidak pernah membincangkan sesuatu yang melangkaui perkara-perkara biasa yang sudah sering kita dengar. Ini diburukkan lagi dengan laungan negatif seperti "harta tidak boleh dibawa ke kubur", "dunia bukan untuk orang-orang Islam, akhirat yang utama" dan sebagainya..

Komen dari Dr Maszlee memang tepat pada masanya, bertepatan dengan Muktamar Ke 59 Pas yang sedang berlangsung. Sekiranya Pas ingin menjadi jaguh Islam, mereka perlu menjadi jauh lebih baik dari ulama kampung yang hanya mencaci dan mencela orang lain, dan perlu melihat dan mempromosikan Islam dari sudut yang lebih luas. Masyarakat sekarang tidak lagi berfikiran seperti orang kampung, tetapi Pas masih kekal di tahap lama.

Pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya.

No comments:

Post a Comment