Followers

Saturday 30 June 2012

Keputusan PRU 13: BN akan menang 14-0

Ramai yang tertanya-tanya bilakah DS Najib akan mengumumkan tarikh PRU 13. Ini membuatkan ramai yang gelisah sehinggakan PAS menggesa penyokong-penyokongnya menangguhkan ibadah haji kerana khuatir PRU tersebut mungkin dilakukan di musim haji (mereka fikir hanya orang-orang PAS sahaja yang mengerjakan haji, orang UMNO tidak menunaikan haji.... hahaha).



DS Najib semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu dan perlu menilai dari banyak segi sebelum keputusan mengadakan PRU diumumkan. Banyak faktor yang perlu diambil kira, antaranya ialah memastikan projek-projek dan perkara-perkara penting untuk negara tidak terganggu kerana pilihanraya. Melihat kepada sokongan kepada BN yang semakin hari semakin memuncak, tarikh PRU boleh diumumkan bila-bila masa sahaja, tetapi kerajaan tidak perlu tergesa-gesa kerana tempoh kerajaan sekarang hanya akan berakhir dalam pertengahan tahun 2013.

Apa pun, banyak spekulasi tentang keputusan PRU 13 nanti sudah mula diperkatakan. Melihat senario semasa, BN tidak perlu risau sedikit pun. Banyak perubahan telah dibuat dan banyak kejayaan sudah dicapai di bawah kepimpinan DS Najib.Walau pun ramai yang mungkin tidak setuju, aku menjangka BN akan menyapu bersih dan menang 14-0. Paling kurang pun, 13-1 di mana BN mungkin kalah hanya di Pulau Pinang.

Dalam PRU 12, PAS bertanding di 66 kerusi parlimen dan menang hanya 23. DAP pula bertanding di 97 kerusi dan menang 31, kebanyakannya di Perak dan Pulau Pinang. Keputusan terbaik pihak pembangkang ialah oleh PKR yang menang 28 dari 47 kerusi parlimen yang ditandingi mereka, kebanyakannya di Selangor dan Pulau Pinang.

Tetapi selepas PRU 12 di mana pembangkang banyak dibantu oleh undi protes dan media-media siber yang banyak menyebelahi pembangkang ketika itu, sokongan kepada pembangkang telah merosot dengan amat ketara. Pembangkang terutama PAS telah kalah dalam hampir semua pilihanraya kecil selepas 2008. Pemecatan Hasan Ali telah membawa sebahagian penyokong-penyokongnya keluar dari PAS. Beberapa orang pemimpin pembangkang telah keluar dari parti dan menjadi pemimpin bebas atau yang pro-BN. Skandal-skandal yang melibatkan beberapa orang pemimpin pembangkang terutama dari PKR telah banyak memberi kesan buruk kepada pembangkang. Ketidakcekapan dalam mentadbir negeri-negeri yang mereka pegang juga telah menyebabkan ramai yang dulunya menyokong mereka kini menyesal kerana mengundi PR pada tahun 2008. Pertelingkahan dalaman pula semakin menjadi-jadi dan kelihatan seperti tiada kesudahan.

Aktivis-aktivis media siber seperi RPK juga telah meninggalkan pembangkang, dan media-media sosial di alam siber kini dipenuhi dengan penyokong-penyokong kerajaan. Malaysiakini, media pro-pembangkang, baru-baru ini telah mengakui bahawa kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa alam siber bukan lagi milik pembangkang seperti dahulu.

Pun begitu, PAS berangan untuk bertanding dalam 80 kerusi parlimen dalam PRU 13 ini seperti yang dicadangkan oleh Hadi Awang semalam. Namun masyarakat umum dan penyokong-penyokong PAS sendiri telah sedar bahawa PAS sudah hilang arah umpama layang-layang yang putus tali dan semakin jauh tersasar dari perjuangan asal untuk Islam. Yang tinggal hanya penyokong-penyokong tegar yang menyokong PAS semata-mata kerana mahu menjatuhkan UMNO dan BN, bukan untuk mendaulatkan Islam seperti yang dicanang sana sini.

Kedah dan Selangor sudah pasti ditawan kembali, begitu juga Kelantan yang dipegang oleh PAS sekian lama. Peningkatan fitnah-fitnah pembangkang sekarang ini ialah kerana kegusaran mereka yang menyedari bahawa ramai yang dulunya bersimpati dengan mereka kini telah sedar dan telah kembali kepada kerajaan. Kerana itulah pembangkang begitu ligat cuba memancing undi pelajar, pejuang alam sekitar dan pengamal-pengamal seks bebas, serta terus cuba memainkan isu rasuah dan cuba menjatuhkan kredibiliti DS Najib.

Namun, semakin banyak mereka berbohong, semakin ramai rakyat meluat. Yang tinggal hanya segelintir penyokong tegar mereka yang syok sendiri.

Mungkin Pok Nik perlu segara mengajak semua pengikut-pengikutnya bersolat hajat di semua stadium.

Semakin dikuPAS, semakin niPIS, lama-lama puPUS...

Friday 29 June 2012

Wow! Ceramah Anwar di Sungai Petani 29 Jun 2012 dihadiri 50,000!

Aku baru pulang dari tempat ceramah Anwar Ibrahim di Taman Ria Jaya, Sungai Petani sebentar tadi. Kalau mengikut kenyataan di banner, majlis tersebut sepatutnya bermula jam 6.00 petang, tetapi Anwar hanya tiba pada pukul 9.30 malam.

Ketibaan "bakal Perdana Menteri yang disayangi" itu disambut dengan sebuah lagu Tamil. Ceramah itu bertemakan "Selamatkan Malaysia", tetapi tidak ada satu bendera Malaysia pun dipasang.

Padang tapak malam itu dilengkapi dengan 30 buah khemah. Satu khemah boleh memuatkan maksima 50 buah kerusi, jadi jumlah maksima hadirin adalah 1,500 sekiranya semua kerusi dipenuhi.

Bagaimanapun, setelah aku tinjau semua khemah-khemah yang ada, hanya beberapa khemah di bahagian hadapan yang hampir penuh, manakala khemah-khemah yang lain hanya satu-pertiga atau separuh penuh.

Kebanyakan yang hadir adalah dari kaum India, diikuti oleh kaum Melayu. Aku tidak nampak seorang pun orang Cina kecuali yang berniaga di sebuah gerai telekomunikasi di kawasan itu.

Aku anggarkan jumlah di dalam khemah adalah sekitar 1,000 paling ramai. Bagaimananpun, kalau didarabkan dengan 10, jumlahnya adalah 10,000, dan kalau dicampur dengan 40,000 ekor nyamuk, lalat, kupu-kupu, belalang, pepatung, cengkerik dan lain-lain serangga serta hantu-hantu yang tidak kelihatan dengan mata kasar, maka jumlahnya memang mencapai 50,000! Jumlah ini amat berpadanan dan memang dijangka untuk seorang "bakal Perdana Menteri yang disayangi" itu. Jumlah ini adalah dua kali ganda berbanding jumlah MANUSIA yang hadir ketika DS Najib datang ke tempat yang sama 3 bulan lepas.

Ini adalah gambar-gambar yang sempat aku rakam di sekitar ceramah tersebut:

Pada jam 6.30, jumlah yang hadir hanya sekitar 30-50 orang. Aku diberitahu bahawa Anwar dijangka tiba hanya pada jam 9.00 malam dan bukannya 6.00 petang seperti yang ditulis di atas banner

Gambar ini dan semua gambar-gambar dibawah diambil antara jam 9.15 - 9.45 malam. Anwar tiba pada jam 9.30 malam

Begitu ramai yang hadir hingga peniaga-peniaga kelam-kelibut melayan pelanggan-pelanggan yang berebut-rebut membeli! Bagaimana pun anda tidak nampak pelanggan-pelanggan tersebut kerana mereka adalah invisible


Tuesday 26 June 2012

Kenapa Kelantan tidak layak dapat royalti minyak

Article 3 UNCLOS 1982

Breadth of territorial sea
(Keluasan wilayah laut)

Every State has the right to establish the breadth of its territorial sea up to a limit not exceeding 12 nautical miles, measured from baselines determined in accordance with this Convention.
(Tiap-tiap Negeri mempunyai hak untuk menubuhkan lebar laut wilayah sehingga had tidak melebihi 12 batu nautika yang diukur dari garis dasar yang ditentukan mengikut Konvensyen ini.)

  • Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83), semua hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerahkan hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana-mana udang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dulu sampai sekarang.
  • Kerajaan Persekutuan hanya menyerahkan hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada PETRONAS menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) di mana PETRONAS telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan ekplorasi dan ekspoitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.
  • Begitu juga dengan Kerajaan Kelantan yang telah menyerahkan sepenuh haknya tanpa boleh batal (irrevocable) kepada PETRONAS untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta144) pada 9 Mei 1975.                                
  • Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dan Pengerusi PETRONAS, Tengku Razaleigh Hamzah telah menandatangani satu Surat cara Peletakhakkan (Vesting Deed/Instrument) yang dibuat menurut peruntukkan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144)#
  • Dalam isu tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ini, keterangan menunjukan bahawa kedudukan medan / telaga minyak yang terlibat iaitu PM301 dan PM302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut Negeri Kelantan.


  • Oleh itu, adalah jelas bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak layak mendapat bayaran tunai (royalti) di bawah Perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang dijumpai oleh PETRONAS yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.

Thursday 21 June 2012

UMNO, Felda dan Melayu

Hanya ada dua badan yang diterajui oleh Melayu yang dihormati di dunia ini: UMNO dan Felda.

UMNO sejak penubuhannya dahulu telah membuktikan keupayaan Melayu dalam mentadbir negara berbilang kaum dengan mengutamakan kepentingan bangsa Melayu dan ugama Islam sebagai majoriti, dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan kaum-kaum dan ugama-ugama lain. Perkongsian kuasa Melayu UMNO dengan MCA dan MIC yang mewakili dua lagi kaum terbesar di Malaysia, serta parti-parti lain yang lebih kecil, adalah sesuatu yang amat dikagumi di dunia, dan telah memberikan keamanan kepada Malaysia sejak sekian lama. Banyak negara mahu belajar dari Malaysia formula perkongsian kuasa ini, tetapi mereka gagal melaksanakannya. Keamanan dan kestabilan politik telah memberikan Malaysia peluang yang amat baik untuk memajukan negara dan Malaysia kita sudah lama keluar dari kelompok Negara Ketiga dan sedang menuju ke arah negara maju. Berpusu-pusu rakyat asing datang menumpang mencari rezeki di Malaysia.



UMNO jugalah yang telah mengilhamkan dan memajukan Felda. Felda kini dikenali sebagai badan pertanian yang terbesar di dunia dan semakin maju dari masa ke semasa. Felda inilah yang telah membantu ramai Melayu keluar dari kepompong kemiskinan, dan anak-anak Felda kini tidak lagi terpinggir malah ramai dari mereka telah jauh ke hadapan berbanding rakyat biasa yang lain. Selain dari memberi pendapatan tetap dan memuaskan untuk keluarga Felda, ia juga telah memberikan banyak peluang pekerjaan sehinggakan pekerja-pekerja asing begitu ramai diperlukan.



Kedua-dua UMNO dan Felda diterajui oleh Melayu untuk Melayu sendiri. Ia digeruni oleh bangsa-bangsa lain dan negara-negara lain. Ia menjadi contoh kepada banyak negara yang kurang maju untuk mereka membangunkan negara mereka sendiri. Apa tidaknya, Malaysia hanya negara yang kecil berbanding dengan jiran-jiran seperti Indonesia dan Thailand, tetapi Malaysia menjadi pengeluar getah dan sawit utama di dunia- semuanya adalah kerana sistem perladangan terancang dan tersusun melalui Felda.

Malangnya, segelintir Melayu sendiri cuba menjatuhkan UMNO dan Felda. Golongan ini sebenarnya tahu kebaikan dan kepentingan UMNO dan Felda untuk Melayu, namun kerana sikap hasad-dengki sesama bangsa yang memang telah lama wujud dalam masyarakat Melayu, mereka sanggup berkerjasama dengan pihak-pihak lain untuk memburukkan UMNO dan Felda. Demi agenda peribadi mereka, mereka sanggup hilang keistimewaan yang dimilikki oleh kaum Melayu, bak kata orang, "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".

Melayu tidak menguasai sebarang perniagaan, kecuali perniagaan pasar malam. Melayu tidak menguasai sektor-sektor pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perikanan, perlombongan, pembalakan dan lain-lain. Mengapa satu-satunya yang ada - itu pun dengan bantuan UMNO dan kerajaan- masih hendak dimusnahkan?

Yang ironik dan sedihnya, perbuatan memburukkan UMNO dan Felda hampir semuanya datang dari Melayu sendiri, bukan kaum lain. Mungkin kaum lain seperti Cina sedar bahawa Melayu, yang merupakan masyarakat majoriti di Malaysia, perlu mempunyai kuasa membeli; jika tidak, siapa yang akan membeli barangan dan perkhidmatan mereka. Tetapi Melayu tidak boleh melihat Melayu lain senang, Melayu lebih rela melihat kaum lain kaya-raya asalkan bukan bangsa mereka sendiri!

Memang ada kelemahan atau isu dalam UMNO atau Felda. Tetapi sepatutnya tumpuan rungutan atau bantahan ditumpukan kepada kelemahan atau isu berkenaan untuk sama-sama diperbaiki, bukannya menuduh itu-ini tanpa asas.

Mereka inilah sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara. Tidak kira apa topeng perjuangan yang mereka pakai, samada topeng ugama, "Bersih" atau apa saja, tujuan mereka hanya satu: menjatuhkan UMNO dan apa saja yang berkaitan dengan UMNO seperti Felda.

Sudah sampai masanya Melayu menyedari hakikat ini dan menentang perjuangan palsu yang hanya mahu menjatuhkan Melayu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa kejatuhan Melayu adalah kerana Melayu sendiri. Kita perlu belajar mengenal musuh sebenar dan bukannya saling menjatuhkan sesama-sendiri kerana jika kita menang sekali pun, kita hanya akan menang bersorak sedangkan kampung kita tergadai.

Rafizi oh Rafizi...

Kenapa Rafizi letak jawatan?



Pendebat yang "hebat" hari tu kini telah meletakkan jawatan untuk "berehat"... Adakah beliau perlukan masa untuk mempelajari Google yang "diperkenalkan" oleh Khairy, atau beliau telah menjumpai sesuatu dalam Google yang meyebabkan beliau meletakkan jawatan? :)

Atau apakah Rafizi terkedu kerana melihat "ketirisan" dan "cronyism" yang diteriak dalam debat beliau dengan Khairy kini terpampang di depan matanya dalam PKR sendiri?
Apa pun, aku pasti bukan Rafizi seorang dari PKR atau PAS yang akan meletak jawatan dalam masa terdekat ini. Ramai lagi dijangka akan menyusul. Perbalahan dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat dibendung lagi.

Retak menunggu belah. Semakin hari semakin niPIS...

http://www.malaysiakini.com/news/201553

Wednesday 20 June 2012

Bulan yang semakin malap...




Islam itu indah...Islam itu menawan...Islam itu syumul...Itu yang sepatutnya berlaku...

PAS mencanangkan perjuangan "Islam" sejak sekian lama...Tetapi mereka harus sedar dan bertanya kepada diri mereka sendiri kenapakah "Islam" yang mereka bawa itu gagal menarik sokongan majoriti rakyat Melayu Malaysia yang berugama Islam. Sokongan terhadap PAS hanya terhad kepada ahli-ahli sendiri- itu pun semakin berkurangan. Sokongan dari DAP dan PKR hanyalah kerjasama untuk menjatuhkan UMNO dan BN, bukan kerjasama untuk memertabatkan Islam seperti yang dimimpikan oleh PAS.

Sekiranya PAS betul-betul memperjuangkan Islam seperti yang dilaungkan, maka keindahan Islam tersebut sepatutnya telah menarik pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PKR untuk menyertai mereka. Malah PKR tak perlu diwujudkan pun. Tetapi kenapakah mereka masih menubuhkan PKR dan tidak menyertai PAS?

Yang berselisih paham dengan PKR pula, bila mereka keluar dari PKR, mereka juga tidak menyertai PAS. Sebaliknya mereka kembali kepada UMNO, dan mana-mana yang tidak diterima UMNO terpaksa pula menubuhkan parti baru seperti KITA. Tidak ada yang masuk PAS.

Sekiranya PAS tulus memperjuangkan Islam yang suci seperti yang didakwa mereka, Islam mereka tersebut sepatutnya telah berjaya menarik lebih ramai penyokong untuk membolehkan mereka menang lebih besar tanpa perlu menggadaikan mana-mana prinsip perjuangan mereka. Tetapi, walaupun mereka sudah banyak kali bersolat hajat di merata stadium dan banyak berdoa, yang berlaku adalah sebaliknya. Selepas PRU 2008 di mana PAS menang di beberapa kerusi atas bantuan PKR dan DAP, prestasi mereka menurun dengan ketara dalam pilihanraya di Sarawak dan mereka juga kalah di hampir semua pilihanraya kecil di beberapa negeri.

Rakyat yang cerdik boleh melihat: DAP dan PKR tidak berminat tentang Islam dan tidak akan membantu apa-apa untuk kebaikan orang-orang Islam. Semua itu hanya khayalan PAS demi untuk memujuk hati sendiri.

Hakikatnya, samada PAS bersendirian atau bersama PKR dan DAP, PAS tidak akan dapat mencapai matlamatnya selagi mereka sendiri bercelaru dengan "Islam" yang mereka bawa dan hanya pandai menuduh orang lain tidak Islam atau kurang Islam dari mereka. Ego PAS selama ini yang menganggap hanya mereka yang benar-benar Islam sudah memakan diri sendiri dan mereka akan terus tenggelam dalam takbur dan ego sendiri.

Mereka telah menjadikan Islam itu seolah-olah lawak jenaka dan boleh dipermainkan sesuka hati. Merekalah yang memburukkan Islam. Merekalah yang melemahkan Islam. Merekalah yang menjauhkan orang dari Islam...

Semakin kita kuPAS, mereka semakin niPIS, dan tidak hairan kalau satu hari nanti mereka akan terus puPUS.

Tiada Rakyat Malaysia diSapina: Kedutaan Perancis

Scorpene: Tiada Rakyat Malaysia diSapina – Kedutaan Perancis

SUARAM a.k.a pembangkang telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.

Pada mulanya, mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun. Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.

Kemudian, SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion! Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks, dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh.

Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan, sokongan serta pengurusan. Oleh itu, jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM, maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma – yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.

Bagi menambahkan ‘perisa’ kepada cerita ini, SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam, yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM. Tetapi, hakikatnya, segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.

Isteri PM pula, pada ketika pembunuhan berlaku sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah. PM tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang pembangkang berada dalam keadaan yang amat terdesak.

Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita hampir merasa kasihan kepada SUARAM kerana perlu terus menipu.

Baru-baru ini, SUARAM membuat satu lagi kenyataan berbunyi “orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis.”

Bagaimanapun, Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina. Menurut mereka, prosedur memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara lain, dalam kes ini, Malaysia.

Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada Wisma Putra agar tindakan dapat diambil. Oleh itu, tiada sapina boleh diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua pihak yang disebut di sini.

Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina, maka jelaslah SUARAM telah menipu sekali lagi secara terang-terangan.

Dari tindakan SUARAM, kita dapat membaca keterdesakan pembangkang yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya yang semakin hampir. Justeru, kita pasti bahawa penipuan mereka akan semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini.

Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang. Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka lakukan. Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti mereka

Cybertrooper II

Ramai yang marah kat aku bila aku "dedahkan" para cybertrooper UMNO "yang menyamar sebagai penyokong pembangkang" baru-baru ini.

(Sila rujuk post terdahulu ini: http://makinkupasmakinnipis.blogspot.com/2012/06/cybertrooper-umno.html )

Sememangnya nama-nama yang aku paparkan itu berhak untuk marah kat aku...kerana post tersebut hanya rekaan aku semata-mata sebagai satu jenaka sindiran. Ia sebagai "follow-up" untuk menyangkal fitnah terdahulu dalam Albangi's Blog.

Albangi dalam tulisannya telah menamakan aku sebagai salah-seorang cybertropper UMNO yang berbayar. Dia membuat andaian kononnya UMNO menggunakan para cybertrooper yang diupah untuk menjalankan tugas tertentu di media-media sosial. Beliau telah mengemukakan beberapa "bukti" untuk menyokong andaian beliau.

Hakikatnya, "bukti-bukti" yang beliau ada hanyalah keratan beberapa perbualan di alam siber yang hanya merupakan perbualan biasa dan tidak menunjukkan yang sebarang bayaran telah atau akan dibuat, dan langsung tidak membuktikan bahawa orang-orang seperti aku telah diupah oleh UMNO.

Bila tulisan beliau tersebar, ramai yang menganggap tulisan tersebut mempunyai asas dan tidak seorang pun yang menanggap itu sebagai fitnah. Ramai di kalangan penyokong pembangkang telah menggunakan tulisan tersebut untuk menyindir dan memburukkan penyokong-penyokong UMNO yang hanya sukarela, termasuk aku.

Jesteru, aku mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa fitnah bodoh seperti itu boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Maka terbentuklah jenaka sindiran aku tersebut.

Seperi yang aku jangka, nama-nama yang aku paparkan tersebut mula melompat, seperti mana yang terjadi kepada aku bila nama aku disenaraikan oleh Albangi. Nama-nama tersebut aku pilih secara random dari kalangan yang aktif di media-media sosial. Aku tak kenal pun individu-individu terbabit dan aku tidak ada sebarang bukti bahawa mereka adalah cybertrooper upahan. Ia hanya rekaan aku sebagai sindiran.

Ternyata sindiran tersebut memberi kesan yang aku jangkakan dan membuktikan point yang aku cuba buktikan.

Sesiapa sahaja boleh mencipta fitnah dengan sedikit creativity. Tetapi kita memilih untuk mempercayai fitnah yang datangnya dari orang yang berpihak kepada kita. Sekiranya ia datang dari pihak lawan, kita cepat pula menyangkalnya sebagai fitnah. Dan andainya fitnah tersebut kena kepada diri kita sendiri seperti yang aku kena, kita akan merasa marah. Begitulah yang aku rasa bila nama aku dan yang lain-lain itu disenaraikan dan disebarkan sebagai cybertrooper upahan. Ia hanya FITNAH.

Kepada semua yang aku senaraikan itu, tak perlu ambil hati...Aku tahu sebenarnya anda bukan cybertrooper upahan kerana cybertrooper upahan sebenarnya tidak wujud. Adakah anda fikir mudah untuk membayar seseorang itu berdasarkan berapa "posting" dan "comment" yang dia buat, dan berapa 'like' yang dia dapat di facebook? Siapa yang akan mengira dan mengesahkan? Siapa yang akan membayar? Siapa yang layak menerima bayaran? Semua itu hanya cerita karut!

Aku tahu semua yang aku senaraikan itu benar-benar penyokong parti politik masing-masing tanpa apa-apa bayaran dari mana-mana pihak. Sindiran aku hanya sekadar untuk mengingatkan bahawa kita perlu berhati-hati dengan mana-mana cerita yang disebarkan, terutama yang tidak masuk akal. Tidak salah menyokong mana-mana parti politik, tapi sokonglah berdasarkan penilaian yang objektif dan pintar, bukan hanya kerana mempercayai cakap orang lain bulat-bulat!

Salam perjuangan!

Aku bukan kiambang kerdil

Di susun langkah satu persatu
berderap di bumi pusaka
walau tersimbah hujan disambar petir
walau disanggah angin menderu
niat hanya satu
merintis jalan untuk anak cucu
aku rela terima pukulan pertama

Selagi tetulang tidak patah
selagi luka tidak parah
biar bertongkat, aku akan terus melangkah
menjulang panji-panji merah
kerana aku tidak mahu lagi
bangsaku hanya sekadar kiambang kerdil
sekecil dan selembut cendawan
akar tidak menjejak ke kerikil
pucuk tidak menjulang ke awan


Pulau Pinang
20 Jun 2012

Monday 18 June 2012

Cybertrooper UMNO

Baru-baru ini Albangi's blog telah 'mendedahkan' sebilangan para 'cybertrooper UMNO yang dibayar' untuk menyerang pihak pembangkang di laman-laman media sosial. Aku 'respek' Albangi kerana dia telah telah membuat 'kajian yang menyeluruh' dan telah berjaya 'membongkar strategi terbaru UMNO'. Sungguh rajin dia membuat 'kajian dan analisa' yang tentunya mengambil masa yang lama. Berikut ialah antara para 'cybertrooper UMNO' yang mendapat 'bayaran' seperti yang didedahkan oleh Albangi (salah seorangnya termasuk la aku):

Zamzuri Mohamad Tahir                                            
Bro Ayim
Irwan Hadzly Abd Rahim
Anwar Sewel
Alexender Da Greatt II
Alexander Azar Chambelain
Court Maargaret
Winablecandidate Larut
Angkatan Pemikir
Tiger Nilam
Cincin Emas
Ismit Ulam Raja
Puteri Ellysa Betty Shah
Satria Merdeka
Melayu Kedah Terakhir
Matkilau Penang
Suan Abdullah
Melayu Atas Pagar
Sifu Tomoi
Kuala Krai Ku
Jangan Jadi Penipu
Yb Eli Wonggei
Yb Ostat Eli Wonggei
Mackshinoda Akira II
Mat Rambo
Apo Plak
Kapal Terbang Kertas
Nabinikajisplasu Latnatullah
Ina Muzaffar
Qynah Ibrahim
Tokjanggut Kelate
Pakatan Rakyat Bungkus
Pas Pig
Bundle Bin Bundle
Cili Kasi Taruk

Macam aku cakap, aku respek kepada Albangi kerana berjaya mendapatkan nama-nama di atas dari laman-laman media sosial seperti facebook groups dan blog-blog yang ada. Bukan senang nak pantau dan cari nama-nama tersebut satu persatu serta mencari 'bukti-bukti' untuk beliau membuat kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, penyelidikan Albangi tersebut sebenarnya tidak lengkap. Beliau terlupa satu lagi kategori 'cybertrooper" UMNO iaitu golongan yang menyamar sebagai penyokong pembangkang. Mereka ini menyamar sebagai penentang kerajaan dan melakukan perkara-perkara berikut:

1) Sengaja memberikan hujah-hujah yang lemah bagi pihak pembangkang

2) Mengeluarkan posting atau komen yang mengelirukan atau berpusing-pusing hingga tidak difahami oleh orang lain

3) Mencarut, memaki atau menggunakan perkataan-perkataan kesat terhadap kerajaan dan penyokong-penyokong kerajaan

Tujuan mereka melakukan perkara-perkara di atas ialah untuk menampakkan kelemahan-kelemahan pembangkang dan memburukkan nama pembangkang terutama kepada pengundi-pengundi atas pagar. Berikut adalah nama-nama mereka yang terlibat:

Sam Presiden
Hans Adam Newton
Kok Kay
Sediamajumara RakyatMalysia
Zul Ismail
Sheryda Abdullah
Otai Reformasi
Kim Jung Woo
Papa Sazalies
Abdulrahim Abdurahman
Cik Nur Aiza
Strider Ithilien (Altair)
Mati Syahid
Zek Alkhindi Arrawi
Akhi Izzudin
Kelapa Muda
Azman Othman
Malaikat Maut
Syed Anwar Al-Sanoussi
Lebai Google

Mereka amat berkesan dengan tugas mereka dan telah melakukan tugas-tugas di atas dengan baik sekali, dan pastinya mendapat bayaran yang lumayan.

Albangi ingat dia dah cukup pandai, tapi sebenarnya dia belum cukup ilmu....
Wakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakaka.....

Sunday 17 June 2012

Alasan Terbaru

Jelas sekali alasan untuk kalah dalam PRU 13 sudah mula dicipta oleh pembangkang. Dalam PRU 2008 dulu, kemenangan mereka di beberapa negeri banyak dibantu oleh blog-blog dan media sosial yang mengeluarkan fitnah-fitnah yang dipercayai oleh segelintir yang kurang cerdik. Bila rakyat yang berakal mula menggunakan media sosial untuk membuka kebenaran dan menbidas segala tuduhan dan fitnah tersebut, mereka kini menuduh aktivis-aktivis media sosial seperti aku ni sebagai ejen UMNO yang dibayar menjadi 'cybertrooper'...
Ternyata sokongan rakyat yang meningkat kepada kerajaan BN telah menakutkan mereka dan mereka mula mencipta alasan untuk diberikan kepada penyokong-penyokong mereka bila kalah dalam PRU 13 nanti...


(Makin dikuPAS makin niPIS, lama-lama puPUS)

Angguk-angguk Geleng-geleng

PAS kata nak Negara Islam...Karpal kata "Over my dead body!"...PAS kata "Ok, ok...kita buat Negara Berkebajikan je ye..."

PAS kata nak laksanakan Hudud...Karpal kata Hudud tak ada dalam manifesto dan Buku Jingga...PAS pun kata "keperluan melaksanakan Hudud hanya 0.0001% dalam Islam, dan Hudud tak akan dilaksanakan selagi ada kemiskinan"

PAS kata Perdana Menteri Malaysia mesti seorang Islam...Karpal kata dia akan perjuangkan PM bukan Melayu dan bukan Islam...PAS terkedu dan kata "Itu pendapat peribadi Karpal"...

Drama akan berterusan....Burung-burung kakak tua terus menangguk...

Pengetahuan Am: Jenis-jenis Papa

Papadom adalah sejenis makanan India seakan keropok yang dimakan dengan nasi. Papadom juga adal singkatan untuk Papa Dirty Old Man

Paparazzi adalah jurugambar-jurugambar yang sering mengekori orang-orang terkenal untuk mengambil gambar-gambar curi

Papa Hebat adalah seorang pemimpin politik Malaysia yang banyak terlibat dengan berbagai skandal tetapi masih disokong oleh pengikut-pengikutnya yang dungu. Nama lain untuk beliau adalah Papadom (Papa Dirty Old Man)

Papa Gomo adalah seorang blogger Malaysia yang sering mendedahkan tentang skandal individu tertentu, termasuk video seks Papa Hebat yang sukar didapati walaupun oleh paparazzi yang berpengalaman

Papah Singh adalah rakan kepada Papa Hebat dan merupakan seorang ahli politik berkerusi roda, yang perlu dipapah untuk bangun, tetapi amat berani dan bermatian-matian menentang perjuangan Negara Islam dan Hukum Hudud rakan sekutunya


Papa Kool adalah seorang ahli politik yang juga "rakan" kepada Papa Hebat dan sanggup "meminjamkan" isterinya kepada Papa Hebat. Papa Kool gemar memberikan aiskrim percuma kepada sesiapa yang berminat (bukan jenama aiskrim Mat Kool)

PaPAS adalah singkatan untuk Parti HamPAS, sebuah parti politik pembangkang di Malaysia yang menyokong Papa Hebat dan Papah Singh walaupun penjuangan mereka ditentang hebat oleh Papah Singh

Papa Kedana adalah nasib yang akan menimpa orang-orang Melayu yang hanya akan makan papadom sekiranya mereka menyokong PaPAS, Papa Hebat dan Papah Singh

Peluang Keemasan: Tawaran Tender untuk Membekal Botol

1) Tawaran ini dibuka untuk semua usahawan Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2) Pembekal dikehendaki membekalkan sekurang-kurangnya 1 juta botol kosong (kaca atau plastik) berketinggian tidak kurang dari 18 cm dan mempunyai penutup jenis putar (screw). Botol-botol yang diguna semula adalah digalakkan.



3) Botol-botol tersebut mesti disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh tender ini, dengan menyatakan jenis, saiz dan harga botol.

4) Botol-botol tersebut mestilah tahan untuk digunakan bagi menangkap dan mengisi pengudi-pengundi hantu yang dijangka akan digunakan oleh Barisan Nasional dalam PRU 13 tidak lama lagi. Contoh pengundi hantu tersebut adalah seperti di bawah.



5) Botol-botol tersebut mestilah jenis yang mudah dipegang dan dikendalikan oleh bomoh-bomoh professinal yang akan ditugaskan menangkap pengundi-pengundi hantu tersebut.

6) Untuk mengelakkan tuduhan "cronysm", tawaran ini TIDAK dibuka kepada datuk, nenek, bapa/ibu mertua, bisan, menantu, bapa/emak saudara, sepupu, cucu angkat, jiran, rakan atau sesiapa sahaja yang mempunyai apa-apa bentuk hubungan dengan mana-mana ahli-ahli politik.

7) Pemohon-pemohon yang berminat hanya perlu menyatakan hasrat anda di dalam ruangan "Comments" di bawah dan pihak pembeli akan menghubungi anda.

Saturday 16 June 2012

Pembohong Besar

Siang tadi DS Najib mengingatkan rakyat menolak Anwar yang telah diketahui berbohong besar beberapa kali.

Mari kita imbas kembali antara pembohongan manusia "Anugerah Tuhan" tersebut:


1) Sebaik saja dipecat, beliau mengumumkan bahawa beliau mempunyai beberapa kotak bukti rasuah, penyelewengan dan salah kuasa kerajaan. Beberapa kali beliau berjanji untuk mendedahkan bukti-bukti tersebut, tetapi hingga sekarang tidak ada satu pun yang dibuktikan, dengan memberi berbagai alasan bodoh.


2) Beliau kemudiannya cuba mengejutkan negara dengan mendakwa bahawa 30 orang ADUN dan Ahli Parlimen BN akan melompat ke PR pada 16 September 2010 dan menjadikan PR sebagai kerajaan Malaysia yang baru.. Malah satu pasukan khas dihantar ke luar negara untuk mengikuti rombongan pemimpin-pemimpin BN yang sedang dalam misi berkaitan teknologi pertanian. Ternyata dakwaan beliau hanya "gempaq" sahaja.


3) Bila video seks beliau didedahkan, beliau dengan nada yakin cuba mencipta alibi kononnya beliau sedang sibuk bertwitter dengan penyokong-penyokongnya dan melayan facebook ketika adigan tersebut didakwa dirakam. Pembohongan tersebut terbongkar akhirnya.


4) Beliau juga berbohong tentang jam Omeganya yang kononnya masih disimpan oleh isterinya. Sampai sekarang jam Omega tersebut tidak dapat beliau tunjuk.

5) Seterusnya beliau cuba mengaitkan DS Najib dengan Altantuya. Fitnah yang disebarkan ialah bahawa DS Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya untuk menutup "komisyen" yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya sebagai orang tengah melalui Razak Baginda. Dakwaan ini adalah fitnah yang jelas kerana penjanjian pembelian Scorpene ditandatangani dalam tahun 2002, dan Razak Baginda mengenali Altantuya hanya dalam tahun 2004.

6) Beliau juga berbohong kepada PAS sendiri dengan menjanjikan beberapa jawatan penting untuk PAS, tetapi ternyata itu hanya janji kosong kerana PAS tidak memegang walaupun dalam hal-ehwal Islam di Selangor dan Pulau Pinang.

7) Beliau juga bebohong tentang sokongannya terhadap Israel seperti yang didedahkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris.


8) Banyak lagi pembohongan beliau akan dibongkar, tetapi pembohongan-pembohongan yang sudah pun didedahkan sepatutnya sudah cukup untuk membuka mata penyokong-penyokongnya, namun segelintir mereka masih buta dan masih sanggup dibohongi. Bagaimanapun, syukur kepada Allah semakin ramai yang dulunya berpihak kepada beliau atau yang atas pagar telah meninggalkan manusia pembohong tersebut.

Syukur

Belajarlah bersyukur, bukan merungut. Sikap bersyukur akan menguatkan semangat anda untuk terus membaiki diri anda, manakala merungut tidak akan membawa anda ke mana-mana malah hanya akan menjahanamkan diri anda

Kerajaan yang Kejam

Kejamnya kerajaan BN..Rakyat Malaysia tak mampu miliki kereta dan motor..tak mampu miliki TV 32" plasma, LCD atau LED, tak mampu milikki Astro...tak mampu milikki handphone Blackberry..tak mampu milikki komputer atau laptop atau notebook...tak mampu beli perabot dan pakaian...tak mampu makan 3 kali sehari...tak mampu bershopping di Tesco, Giant atau lain-lain shopping complex...tak mampu melancong...tak mampu cari kerja atau berniaga...tak mampu mengamalkan ugama masing-masing termasuk Islam...tak mampu menyekolahkan anak-anak...tak mampu mendapatkan rawatan perubatan...tak mampu menyuarakan pendapat masing-masing...tak mampu mengundi mengikut pilihan masing-masing...
Sungguh kejam! Zalim! Kejam!
Itulah agaknya yang pembangkang Malaysia nampak selama ini!

Melayu

Al-kisah...


Bila kita ke workshop orang Cina, sebaik saja kita sampai, taukeh atau bini taukeh akan datang bertanya masalah kita...Bila kita dah cakap, dia dengan sopan akan suruh kita tunggu sekejap menanti kereta-kereta lain siap...Kadang dia bagi kerusi untuk kita duduk...


Bila kita ke workshop Melayu, begitu lama kita tunggu, tak ada seorang pun yang datang bertanya kepada kita...Taukeh pun kita tak nampak...Selepas bosan menunggu, kita pun beredar dan pergi ke workshop Cina...

Friday 15 June 2012

Fitnah-fitnah Gred F

Semakin dekat dengan PRU 13, semakin banyak fitnah-fitnah tidak masuk akal akan dilemparkan oleh pembangkang terutama terhadap Perdana Menteri DS Najib.




Mula-mula depa cuba kaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya, tetapi rakyat tidak mudah percaya dengan tuduhan sensasi tanpa secebis bukti itu...


Bila tak jalan, depa cuba kaitkan Rosmah dengan cincin RM24juta...Budak kecil pun tahu adalah tidak masuk akal Rosmah akan membeli cincin bernilai jutaan ringgit secara pos tanpa memeriksa kualiti dan saiz cincin terlebih dahulu...Fitnah itu pun tak jalan jugak...

Pastu depa cuba pula kaitkan Najib dengan isu Scorpene...satu dunia tak layan...Kononnya beberapa orang pemimpin Malaysia termasuk Najib akan di sepina ke mahkamah Perancis, tapi sampai sekarang tidak ada seorang pun yang di sepina...


Sekarang depa target bakal menantu Najib pulak...Bila itu pun tak jalan, depa kaitkan Najib dengan tender LRT pulak...


Lepas tu nanti mungkin driver Najib pulak kot jadi mangsa, diikuti oleh pembantu rumah dan tukang kebun...

Fitnah-fitnah "bodo piang" dari pembangkang ini mengingatkan aku tentang cerita seorang gembala yang suka berbohong kepada orang-ramai yang kononnya serigala sering kali menyerangnya. Kerana terlalu kerap berbohong, akhirnya orang-ramai tidak lagi percaya walaupun satu hari serigala itu benar-benar menyerangnya.


Mungkin kucing Parsi peliharaan Najib pun nanti akan dituduh mencuri "ikan rakyat"...

Yang Kemaruk Tetapi Belakon "Bersih"

Tu dia..kemaruk sangat..baucar "kebajikan" Jom Shopping pun depa sapu...Jahanam....Jahanam...

Antara Ikan dan Joran

Kalau ada orang miskin, cara terbaik untuk membantunya bukan dengan memberikan ikan, tetapi memberi joran dan umpan, dan mengajarnya cara-cara memancing.


Itulah yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Tetapi pembangkang Malaysia mahu kerajaan memberikan ikan setiap hari...


Aku tak tahu pembangkang-pembangkang Malaysia ni fikir guna akal ke tidak...atau setakat mana akal mereka...

Cerita Tilawah: Hukum Pok Nik

Sejak tahun 1990, wanita tidak dibenarkan menyertai tilawah kerana "suara wanita adalah aurat"...Sekarang tetiba Pok Nik kata boleh pulak kerana ianya hanya perkara khilaf dan tilawah sebenarnya memberi manafaat kepada umat Islam...
Dah jad...i taraf Nabi pulak Pok Nik ni, boleh sekat dan tarik balik sesuka hati...
Ikut suka mung la Pok Nik oiiii....cakap mung semua "betul" dan "Bersih" hahaha


Psssst Pok Nik...Ambo tau la Ustazah "Janji Manismung" tu nak masuk tilawah :)
 

 
(Makin dikuPAS makin niPIS, lama-lama puPUS)



Pakatan Recycle