Followers

Tuesday 31 July 2012

Syabas PAS! LRRK siap sebelum PRU13

Dengar khabarnya, dengan wang sumbangan sebanyak RM430,000 yang telah berjaya dipungut oleh PAS Kelantan, projek Lebuhraya Rakyat Kelantan akan berjaya disiapkan sebelum Pilhian Raya 13 tak lama lagi.

Walaupun aku bukan penyokong PAS, aku terpanggil untuk mengucapkan tahniah kepada Nik Aziz dan kerajaan PAS Kelantan.

Ini adalah gambar terbaru pembinaan lebuhraya tersebut:


Untung sungguh rakyat Kelantan..... Kehkehkehkehkeh...........

Friday 27 July 2012

Tudia...PAS Kedah nak cantas Mat Sabu


Laporan terkini oleh Malaysiakini menyebut tentang PAS Kedah yang mahu mencantas Mat Sabu dari bertanding di Kedah.
Sila lihat: http://www.malaysiakini.com/news/204701



Mengapa ya, orang nombor dua PAS itu mahu dicantas? Sudah tentu sebab utama ialah kerana kisah silam Mat Sabu itu sendiri yang masih menghantui dan memberi kesan buruk kepada PAS.

Mat Sabu ditangkap khalwat bersama dengan isteri orang bernama Norma  Abdul Halim, pada
31 Januari 1995 . Ianya berlaku di bilik 121 Hotel Perdana, Jalan Mahmood, Kota Baru.




Ketika itu, Mat Sabu yang berasal dari Perak, , adalah ahli Parlimen Nilam Puri Kelantan.
Mat Sabu telah didakwa di Mahkamah Syariah tapi dilepaskan atas sebab teknikal, iaitu pendakwa "tersilap" nombor bilik dalam pertuduhan. Sebenarnya, kalau betul-betul mahu mendakwa, pendakwa boleh meminda dakwaan dan membuat tuduhan sekali lagi, tetapi itu tidak dilakukan.

Mat Sabu sebenarnya mengaku bahawa wanita itu memang berada dalam biliknya, tetapi untuk "menghantar ubat buasir".


Nik Aziz pula telah masuk campur dan memanipulasi hukum agama. Mengikut hukum syariah, tuduhan zina atau khalwat mesti ada empat orang saksi. Dalam kes itu, dua dari empat pegawai  MAIK tiba-tiba mengundur diri dari menjadi saksi dengan alasan mereka bertindak luar waktu bekerja dan tak layak jadi saksi. Pelik pula bila menjalankan hukum Allah mesti guna waktu pejabat!

Video in menceritakan segala-galanya: http://youtu.be/8wS2mftc8IA


Apa pun, Mat Sabu terlepas dari tuduhan kerana kesilapan nombor bilik dan "kekurangan bukti", walaupun dia mengaku berduan dengan wanita berkenaan di dalam bilik tersebut. Sebaliknya, mereka menuduh UMNO yang sengaja "memerangkap" Mat Sabu. Muka depan Harakah pula tak lama selepas itu menulis "Mat Sabu hanya berkhalwat" ! Ada pulak "HANYA berkhalwat" hehehe....



Bagaimana pun, Mat Sabu selepas itu tidak lagi diterima di Kelantan lalu ditukar ke Kedah. Bila Kedah pun tak terima, dia mencuba nasib di Pulau Pinang pula, tetapi dia juga ditolak di sana. Kerana itulah dia mencari jawatan di PAS Pusat. Kerana tiada banyak pilihan, Mat Sabu yang pandai buat lawak dan memaki orang itu diterima oleh PAS Pusat walau pun dia bukan ulamak. Tapi kini keinginannya untuk kembali bertanding di Kedah ditolak oleh PAS Kedah.

Sudah-sudah la tu Mat Sabu....Kalau PAS sendiri tolak, sapa nak terima hang? Elok bertaubat je!

Thursday 26 July 2012

Al-Maunah dan Amuk di JPM: Hadi dan PAS WAJIB bertanggungjawab

Pada 7 April 1981, Hadi Awang telah mengeluarkan amanat berikut:


Isi utama amanat tersebut ialah bahawa PAS menentang UMNO kerana UMNO mengamalkan peraturan penjajah, kafir dan jahiliah dan sekirannya mati "kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid".

Apa yang diucapkan oleh Hadi itu adalah sesuatu yang amat keras dan kuat.

Pada 2 Julai 2000 kita dikejutkan oleh sekumpulan Al-Maunah yang mahu menggulingkan kerajaan yang "tidak Islam", dan pada 9 Julai 2012 Khalil Afandi dan Muhdalina pula mengamuk di JPM kerana mahu "menggulingkan kerajaan yang tidak mengamalkan lunas-lunas Islam".

Hadi Awang dan PAS tidak boleh lepas tangan bahawa mereka tidak pernah menyuruh sesiapa pun melakukan keganasan, dan tidak boleh berkata bahawa amanat tersebut tidak mendorong sesiapa pun bertindak ganas. "Mati kerana berlawan adalah mati syahid" adalah satu saranan yang amat kuat. Secara amnya, mati syahid tidak akan dikaitkan dengan mati kerana mengundi dalam PRU, tetapi pastinya dikaitkan dengan kematian kerana berlawan dengan senjata! Pengikut yang fanatik dan taksub pastinya akan mengambil amanat tersebut sebagai satu fatwa yang wajib diikuti, dan tidak mengejutkan sekiranya ada yang sanggup bertindak ganas dan mahu mati syahid.

Yang peliknya, Hadi sendiri pada 6 Mac 2000 telah menyatakan bahawa "keberatan melaksanakan hudud hanya 0.0001 % " sahaja. ( Sila rujuk http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bila-pula-terengganu-mahu-laksana-hudud-soal-hadi/ ) . Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan amanatnya terdahulu.

Namun Hadi dan PAS tidak pernah mengakui bahawa amanatnya itu silap. Yang ironinya, sekiranya mereka menganggap bahawa amanat tersebut adalah betul, Hadi dan PAS sepatutnya menyokong tindakan Al-Maunah dan Khalil Afandi, kerana tindakannya kedua-duanya adalah selari dengan apa yang disarankan dalam amanat beliau. Tetapi Hadi dan PAS telah lepas tangan pula!

Sebaliknya, sekiranya Hadi dan PAS menyatakan bahawa tindakan Al-Maunah dan Khalil Afandi itu salah, mereka sepatutnya telah mengaku kesilapan amanat tersebut dan menarik balik. Tetapi ini tidak pernah berlaku. Ini bermakna Hadi dan PAS, yang selama ini tidak pernah mempertikaikan amanat tersebut, bertanggung-jawab sekiranya ada sesiapa bertindak ganas atas nama jihad kerana "berlawan" dengan UMNO.

Apa pun pendirian Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS, samada terus berdiri dengan amanat tersebut dan menyokong tindakan Al-Maunah dan Khalil Afandi, atau mengaku bahawa amanat tersebut adalah salah, membuktikan bahawa mereka bukan ulamak sejati, tetapi hanya ulamak politik yang membuat kenyataan untuk kepentingan sendiri, bukan untuk Islam yang kononnya diperjuangkan mereka.

Kebebasan bersuara bukan bermakna kebebasan menghasut. Amanat Hadi jelas merupakan satu bentuk hasutan yang dahsyat boleh menggugat keamanan negara. Kalau pun tidak ditahan dibawah ISA, Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS yang menyokong amanat tersebut WAJIB bertanggung-jawab dan WAJIB bertaubat. Mereka perlu ditolak.

Tuesday 17 July 2012

Fuyoooo! Tok Guru sudah guna Ipad!

Satu perkembangan yang 'memberangsangkan'! Satu perkembangan yang tidak dijangka....

Tahniah aku ucapkan kepada Tok Guru! Tak lama lagi bolehlah KJ perkenalkan Google kepada Tok Guru hehehe...




Satu je nak pesan.....Harap-harap lepas ni Tok Guru tak cakap "IPad hanye besi" hehehe


Sunday 15 July 2012

Berapa orangkah boleh muat dalam satu padang bola?

Kalau anda nak menganggar berapa jumlah orang dalam sesuatu tempat seperti padang bola dan sebagainya, ini adalah caranya.


Seorang manusia memerlukan sekurang-kurangnya kawasan seluas 2 kaki x 2.5 kaki. (Ini adalah yang paling kurang; kalau mahu selesa, keluasan yang diperlukan adalah lebih dari itu). Untuk keluasan 10 kaki x 10 kaki (100 kaki persegi), jumlah MAKSIMA yang boleh muat ialah 20 orang, tanpa ada sebarang kawasan kosong seperti kawasan laluan dan sebagainya. Oleh itu, untuk setiap kaki persegi, jumlah orang yang boleh diisi ialah 0.2 orang.


Keluasan maksima satu padang bolasepak ialah 110m (352 kaki) x 75m (240 kaki); oleh itu satu padang bola mempunyai keluasan 84480 kaki persegi. Jumlah MAKSIMA manusia yang boleh muat dalam padang tersebut ialah 16,896. Ini adalah sekiranya semua mereka duduk bersentuhan antara satu sama lain dan tidak ada ruang kosong, ruang laluan, meja, pentas, kipas angin dan sebagainya dalam padang tersebut.




Kalau rapat dan sesak seperti ini, jumlah maksima adalah 20 orang untuk setiap 10' x 10'

Sekiranya duduk atau berdiri jarang-jarang seperti dalam gambar ini, jumlah maksima mungkin hanya sekitar 8 - 12 orang untuk setiap 10' x 10'


Memandangkan bahawa orang-ramai tidak akan duduk rapat-rapat antara satu sama lain, dan bahawa beberapa ruang laluan dan ruang untuk peralatan lain diperlukan, jumlah sebenar yang boleh diisi hanyalah antara 1/3 (5,632 orang) hingga 2/3 (11,264 orang).


Meletakkan 16,896 orang atau lebih dalam satu padang bolasepak adalah mustahil.

Saturday 14 July 2012

Makin Lama Makin Sikit :)

Makin dikuPAS makin niPIS...
Makin lama, makin sikit hehehe...
Statistik menceritakan segala-galanya!



Dan yang best sekali, 5,000 orang ( orang Felda ke?) cuba mewakili dan "memperjuangkan nasib" 112,635 orang peneroka Felda.

Sungguh memalukan!!!

Inilah yang dikatakan HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG!Statistics don't lie! Makin ramai sudah muak nak menyertai perhimpunan depa...

Aku yakin lepas ni depa tak berani nak buat apa-apa demonstrasi atau perhimpunan lagi :)

Tak payah tipu- ini jumlah sebenar peserta Oren!

Malaysiakini menyatakan jumlah peserta Oren petang tadi adalah 5,000 orang. Ini adalah pembohongan paling jelas dan bodoh. Aku akan terangkan kenapa. Pertama, lihat dulu gambar di bawah:



Nampak agak ramai, dan susah untuk dikira. tetapi sebenarnya adalah tidak sukar untuk menganggar jumlah manusia dalam gambar ini secara bijaksana.

Begini caranya. Satu petak 10' x 10' ( 100 kaki persegi) boleh memuatkan MAKSIMA 20 orang kalau rapat dan tidak ada ruang kosong antara mereka, bermakna 1 kaki persegi boleh memuatkan 0.2 orang.

Peserta Oren dalam gambar di atas berada di jalanraya yang aku anggarkan 30' lebar dan panjang jalan yang diisi mereka adalah 500'. Jumlah kaki persegi ialah 15,000 (30 x 500). Oleh itu jumlah maksima manusia dalam ruang tersebut ialah 15,000 x 0.2 iaitu 3000 orang.


Tetapi, seperti yang kita boleh lihat dalam gambar, masih ada banyak ruang kosong antara mereka. Jadi jumlah sebenar yang hadir di situ sebenarnya kurang dari 3,000! Jumlah sebenar mungkin hanya separuh dari jumlah pengiraan, iaitu sekitar 1,500 orang seperti yang dilaporkan oleh Utusan.

Kalau Malaysiakini atau sesiapa saja menyatakan jumlah mereka 5.000 dan sebagainya, itu pembohongan yang amat ketara! Yang percaya hanya mereka yang bodoh :)



Oren: 5,000 je? Hahahaha

La....Ingatkan puluhan ribu...rupanya 5,000 je hahahaha...Tu pun ikut kiraan Malaysiakini la...Muka-muka depa pulak pun nampak tak semangat je...Penat buat iklan je...ishhhh

Muka-muka sugul...

http://www.malaysiakini.com/news/203640

 Entah dari mana agaknya dikutip geng-geng baju oren ni...Tak nampak macam orang Felda pun :)
Ramai yang nampak macam Mat Rempit je..Berapa agaknya upah mereka?
Mat Sabu pun nampak sedih macam nak menangis je :)

Awas!!! Jenis-jenis Spy Cam


Zaman sekarang, berbagai-bagai jenis spy camera boleh didapati dalam pasaran. Banyak kamera intip sekarang datang dalam saiz yang kecil dan dalam bentuk-bentuk yang tidak dijangka.


BERIKUT ADALAH CONTOH KAMERA TERSEMBUNYI YANG SUKAR DIKESAN:






                                                         Kamera berbentuk suis lampu






                                Kamera dengan perakam video digital berbentuk  butang, jam meja/dinding dan smoke detector



Antara bentuk-bentuk kamera intip terkini


Kamera-kamera tersebut mudah diletakkan di mana-mana sahaja. Kecuaian boleh membawa padah bila aktiviti anda dirakam tanpa anda sedari!

Berikut adalah satu link yang menerangkan cara-cara mengesan spy-cam (Bahasa Inggeris):

http://www.ehow.com/how_7685853_detect-spy-camera.html 

Thursday 12 July 2012

Kupasan: Rahsia Kenapa PAS "Memperjuangkan" Hudud

"Over my dead body!", kata Karpal Singh.

"Hukum Hudud tidak ada dalam agenda Pakatan", kata Anwar Ibrahim.

Walaupun begitu lantang rakan-rakan sekutu PAS menentang penubuhan "Negara Islam" dan perlaksanaan hukum hudud, PAS masih kedengaran juga mahu memperjuangkan hudud, terutama di hadapan penyokong-penyokong mereka. Agenda Negara Islam sudah pun digugurkan dan digantikan dengan Negara Berkebajikan, tetapi hukum hudud masih dilaungkan oleh PAS, lebih lagi ketika dekat pilihanraya.

Hadi Awang sendiri pernah berkata pada 6 Mac 2000 bahawa "keberatan untuk melaksanakan hudud hanya 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja." ( Sila rujuk http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bila-pula-terengganu-mahu-laksana-hudud-soal-hadi/ )

Biar pun PAS tahu Takzir dan Qisas juga adalah hukum Allah yang boleh diguna-pakai, PAS cuba mengabui pengikut-pengikutnya dengan menggambarkan seolah-olah hanya hudud satu-satunya hukum Allah yang boleh dipakai.

PAS juga sedar bahawa ia bukan kuasa dominan dalam Pakatan. Dengan tentangan yang kuat dari sekutunya sendiri, PAS sedar ia tidak ada keupayaan melaksanakan Negara Islam dan hukum hudud jika Pakatan memerintah Malaysia sekali pun. Ini terbukti bila jawatan exco hal-ehwal Islam pun gagal dipegang oleh PAS di Selangor dan Pulau Pinang. Pakatan pula dengan tegas berkata mereka akan mengikuti perlembagaan Malaysia sekiranya memerintah.



Tetapi kenapakah masih ada pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS yang masih beriya-iya melaungkan hudud hingga sekarang? Jawapanya mudah sahaja- ada dua sebab utama.

Pertama, hudud adalah satu-satunya senjata PAS yang ada untuk menentang UMNO. Semua yang lain telah dibuat oleh UMNO untuk kepentingan Melayu-Islam. Satu-satunya perkara yang belum dilaksanakan oleh UMNO adalah hudud, dan hanya inilah senjata yang tinggal untuk PAS bagi memastikan sokongan berterusan dan penyokong-penyokokng tegarnya.

Sebab yang kedua ialah kerana Amanat Hadi Awang satu ketika dulu seperti di bawah:



Dalam amanat itu, jelas Hadi mengisytiharkan bahawa menentang UMNO yang mengamalkan peraturan "penjajah, kafir dan jahiliah" adalah satu jihad. Amanat inilah sebenarnya yang memulakan perpecahan Melayu-Islam hingga menyebabkan ada dua imam dalam satu-satu masjid, sembelihan orang UMNO tidak dimakan oleh orang PAS, kenduri orang UMNO tidak dihadiri oleh orang PAS dan sebagainya. Sehingga sekarang masalah ini masih berlaku malah ada yang menyebabkan perceraian antara suami-isteri ( Kes terbaru http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm ).

Sekiranya PAS mengugurkan perjuangan hudud, ia adalah menyatakan bahawa Amanat Hadi Awang itu adalah salah. Sekiranya ini berlaku, adakah Hadi akan meminta maaf kepada semua orang-orang Islam yang terpecah kerana amanat tersebut?

Sudah tentu tidak! Sekiranya Hadi mengaku telah tersilap, ia akan menghilangkan penghormatan dari penyokong-penyokong PAS yang menganggap Hadi adalah seorang tok guru yang seolah-olah maksum. Di mana Hadi nak letak mukanya? Mengaku silap juga adalah tamparan hebat kepada penyokong-penyokong PAS yang taksub mengikut apa saja kata pemimpin-pemimpin mereka selama ini, dan ini akan menjatuhkan maruah mereka.

Tun Mahathir pernah meminta maaf kerana tersilap melantik Anwar sebagai TPM. Baru-baru ini DS Najib meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana kekurangan yang ada. Chua Soi Lek meminta maaf kerana kesilapannya. Semua mereka ini adalah pemimpin-pemimpin hebat yang tidak takut meminta maaf jika ada kesilapan, dan mereka lebih dihormati sekarang ini.

Tetapi tidak PAS. Biar apa pun kesilapan yang dilakukan oleh pemipin-pemimpin mereka atau pemimpin-pemimpin Pakatan, mereka akan bermati-matian mempertahankannya walau pun ada berbagai bukti dikemukakan. Berbagai alasan dicari untuk menutup kesilapan mereka.

Pastinya Hadi Awang dan PAS tidak akan mengaku silap dan meminta maaf kerana amanat itu. Kerana tersepit dengan kata-kata sendiri, agenda hudud mesti diteruskan biar pun mendapat tentangan hebat dari rakan-rakan sendiri. Nyawa PAS bergantung kepada hudud.

Itulah hakikat perjuangan hudud PAS!

Wednesday 11 July 2012

Amuk di Putrajaya: Angkara budaya politik membenci?

Kes "Imam Mahadi" yang mati ditembak di Putrajaya dua hari lepas sedang hangat dibincangkan dalam media-media utama dan media-media sosial di alam siber. Berbagai pendapat dan pandangan telah dikemukakan untuk mengupas punca kejadian. Ramai yang menuding jari kepada pengaruh amalan sesat, keadaan jiwa pelaku, penggunaan dadah, zaman remaja pelaku dan sebagainya. Tetapi hampir tidak ada orang menyentuh tentang sesuatu yang amat penting yang saya telah sentuh dalam posting saya sebelum ini mengenai kejadian amuk tersebut: budaya membenci kerajaan secara melampau.

Bagi saya, benih kebencian terhadap kerajaan yang disemai oleh pembangkang sejak sekian lama adalah satu faktor utama yang mendorong seseorang itu bertindak agresif dalam meluahkan rasa tidak puas hati  terhadap kerajaan. Di bawah ini adalah satu contoh propaganda membenci kerajaan yang di buat oleh PAS:




Sejak 1981, Hadi Awang mengajak penyokong-penyokong PAS "berjihad" menentang UMNO dan BN yang "mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah". Apakah Hadi Awang mahu bertanggung-jawab sekiranya seseorang itu melakukan keganasan kerana mahu "berjihad" menentang UMNO?

Sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam dengan terangnya mengajak penyokong-penyokongnya meminta Allah menghancurkan UMNO seperti Allah menghancurkan tentera-tentera Ahzab. Mereka memburukkan UMNO sehingga begitu rupa demi untuk memancing sokongan.

Perkataan-perkataan buruk yang keterlaluan seperti zalim, kejam, kuku besi, korup, mungkar, kafir, perompak, pencuri, firaun, jahil dan sebagainya amat biasa dilontarkan oleh pembangkang terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan seolah-olah semua tuduhan itu adalah betul.

Propaganda seperti ini, bila dilakukan berulang kali, akan menimbulkan kebencian terhadap kerajaan dalam jiwa penyokong-penyokong mereka, dan bila kebencian itu memuncak dan tidak boleh dikawal, maka kejadian yang tidak diingini akan berlaku. Fitnah-fitnah dilontarkan tanpa asas untuk menimbulkan keraguan di hari rakyat, walaupun mereka tahu fitnah-fitnah itu tidak benar dan sengaja direka.

Kita boleh lihat apa yang terjadi dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Sebelum perhimpunan Bersih itu diadakan, pihak pembangkang dan penganjur begitu banyak mencanang dan cuba menyakinkan semua pihak bahawa perhimpunan itu akan berlangsung secara aman tanpa sebarang keganasan. Malah Nik Aziz, selaku MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS, telah MEWAJIBKAN semua ahli-ahli PAS menyertai perhimpuan tersebut, dan Nik Aziz dengan egonya menyatakan bahawa semua peserta-peserta dari PAS sudah terlatih untuk bertindak dengan aman dan akan mematuhi undang-undang dan peraturan. Bukan setakat itu, PAS juga menyediakan Unit Amal yang akan memantau dan menghalang sebarang keganasan. Begitu yakin Nik Aziz bahawa PAS boleh mengawal tindak-tanduk setiap penyokongnya.

Tetapi lihatlah apa yang berlaku. Dengan sedikit provokasi dari Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, sebilangan peserta Bersih merempuh polis dan penghadang yang menyekat laluan ke Dataran Merdeka. Ada pula yang mengejar dan menendang motorsikal polis dan anggota-anggota polis yang bertugas, dan yang paling teruk sekali ialah bila sebahagian mereka bertindak dengan lebih ganas dengan mengejar, membaling, memukul, memijak dan menterbalikkan sebuah kereta peronda polis.

Keganasan berpunca dari kebencian melampau yang tersimpan di dalam hati perserta-peserta tersebut, dan perasaan itu tidak lagi dapat dikawal, terutama bila bilangan mereka ramai. Dan yang menyebabkan kebencian itu tidak lain tidak bukan adalah dakyah pembangkang selama ini yang diterima bulat-bulat oleh penyokong-penyokong mereka.

Walau apa pun yang diperkatakan tentang Khalil Afandi, kita tidak boleh nafikan bahawa dakyah dan propaganda pembangkang yang begitu lama menanam perasaan membenci kerajaan secara melampau, merupakan salah satu faktor yang mendorong beliau cuba "menggulingkan kerajaan" yang beliau dakwa tidak berlandaskan lunas-lunas Islam. Dan saya yakin, selagi budaya membenci ini tidak dihentikan, akan ada "Imam Mahadi" lain atau "pejuang-pejuang" lain yang akan melakukan perkara bodoh yang sama.

Syukur kepada Allah majoriti rakyat Malaysia yang berakal tidak mudah terperdaya dengan fitnah-fitnah dan dakyah mereka. Tetapi ia akan terus melahirkan pemberontak tidak berakal dari kalangan pengikut-pengikut pembangkang yang taksub. Yang rugi adalah mereka sendiri.

Monday 9 July 2012

PANAS!!! Tembelang Anwar pecah lagi!!!

Penasihat PKR didakwa pernah 'hentam' Pas, DAP


ZAMIL Ibrahim menunjukkan cakera padat dan butiran perbualan berkaitan Anwar Ibrahim menghentam parti dalam pakatan pembangkang 
PETALING JAYA 9 Julai - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim akan mendedahkan rakaman Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menghentam' rakan sekutunya dalam satu mesyuarat tertutup Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zon Utara di Pulau Pinang pada 9 Januari 2008.

Menurutnya, beliau akan mengambil tindakan itu jika Ketua Pembangkang tersebut gagal menjawab secara jujur mengenai rakaman berkenaan yang diterima dalam bentuk cakera padat (CD) daripada seorang Ketua Cabang PKR di Kedah.

Dakwanya, rakaman selama lima minit dan 20 saat menerusi telefon bimbit milik ketua cabang itu antara lain memaparkan kenyataan Anwar yang menghentam DAP selain menyifatkan Pas sebagai sebuah parti yang hanya disokong oleh golongan Melayu di kampung. (Sedutan dari Utusan Malaysia 10 Julai 2012)

Inilah perangai sebenar manusia Anugerah Tuhan ini. Depan A dia kutuk B dan C, depan B dia kutuk A dan C, depan C dia kutuk A dan B.

"Imam Mahadi" mati ditembak

"Imam Mahadi" yang mengamuk di Putrajaya kerana mahu menggulingkan kerajaan dengan sebilah pedang samurai, telah ditembak polis dan mati dalam perjalanan ke hospital, manakala wanita yang bersamanya, yang baru dikenali seminggu, juga cedera ditembak. Lelaki tersebut dilaporkan mempunyai seorang isteri yang tidak terlibat dengan kejadian petang tadi. Lelaki tersebut juga dipercayai seorang blogger anti-kerajaan. Wanita itu juga dilaporkan sudah berkahwin.



"Imam Mahadi" tersebut cuba ditenangkan oleh wanita yang bersamanya selepas ditembak polis bila pasangan itu cuba menyerang polis yang cuba menangkap mereka

Lokasi kejadian


Untuk melihat video, klik link di bawah ini:
http://youtu.be/YhVfTacc4qI


Kalau ada sesiapa yang patut dipersalahkan, ianya adalah pembangkang Malaysia yang telah mempergunakan Islam dan ketaksuban kepada pemimpin mereka untuk membenci kerajaan secara melampau.

Tapi mahukah pembangkang bertanggungjawab? Sudah tentu tidak. Yang akan dipersalahkan adalah kerajaan, polis dan pihak berkuasa lain. Mereka tidak akan nampak bahawa benih kebencian yang mereka tanam telah menyebabkan ramai yang fanatik dan bertindak melulu mengikut perasaan yang penuh dengan kebencian yang tidak berpatutan. Malah mungkin tak lama lagi mungkin ada fatwa bahawa lelaki "Imam Mahadi" itu mati syahid!

Kita tentu ingat tentang kejadian kumpulan Al-Maunah di Sauk berhampiran sempadan Perak/Kedah dalam tahun 2000. Baru beberapa bulan lepas pula, kita telah menyaksikan keganasan segelintir penyokong pembangkang dalam Bersih 3.0. Semuanya dilakukan oleh orang-orang Melayu-Islam! Juga perlu ditekankan bahawa sebelum demontrasi Bersih tersebut, Nik Aziz dengan egonya mendakwa bahawa semua penyokong-penyokong PAS telah dilatih untuk berdisiplin dan mematuhi undang-undang, manakala Unit Amal PAS akan dikerah untuk memantau dan memastikan keamanan.

Yang nyata, kejadian di Putrajaya hari ini bukan yang terakhir. Selagi pembangkang tidak berhenti menanam benih kebencian dan fitnah-fitnah melampau, peluang untuk kejadian ini akan berulang lagi amatlah tinggi.

Kebebasan demokrasi bukanlah kebebasan memfitnah, mengapi-apikan orang lain dan melakukan keganasan. Setiap rakyat Malaysia berhak untuk hidup dengan aman dan selamat.

Sunday 8 July 2012

Gambar yang tak akan keluar dalam Harakah, Malaysiakini atau Suara Keadilan



A picture paints a thousand words...
PULAU PINANG 8 Julai - Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.
Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.
Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.
Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan 'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan.
Ketika menyampaikan amanat selama kira-kira 45 minit, tidak ada banyak perkara baru yang disebut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kecuali mengulangi kritikannya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 

Saturday 7 July 2012

Kes Makan Cili Terasa Pedas

Ini baru betul-betul kes "siapa makan cili, dia terasa pedas"!



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Betty Chew Gek Cheng sepatutnya menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo dan bukannya menafikan suaminya, Lim Guan Eng mempunyai kaitan dengan bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Phaik Kheng.

Walaupun telah menafikan isu tersebut, keengganan Betty menjawab persoalan Tian Loo telah menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka kepada rakyat.

Tian Loo hanya bertanya dua soalan:

1) Apakah benar dakwaan dalam blog yang mengatakan Betty pernah mengasari seorang wanita bernama Ng Phaik Eng yang pernah bekerja di pejabat suaminya Lim Guan Eng?

2) Kenapa wanita itu ditukarkan kerja ke tempat lain secara tiba-tiba?

Itu sahaja soalan Tian Loo. Tian Loo tidak menyentuh apa-apa tentang skandal Lim Guan Eng dengan wanita itu pun. Kenapa Betty Chew dan Lim Guan Eng begitu melompat hingga sanggup mengaitkan orang lain yang tak bersangkutan? Kenapa tak jawab je soalan yang ditanya???

Melainkan kalau mereka terasa pedas...

Jawab saja soalan Tian Loo dengan segera bagi mengelakkan syak wasangka!

'Jangan ghairah ke Putrajaya'


Mohamed Daud

KOTA BHARU 6 Julai - Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud kesal dengan sikap kebanyakan pimpinan dan ahli Pas yang ghairah untuk ke Putrajaya sedangkan agenda dakwah sebenar dalam masyarakat seperti dipinggirkan.
Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, orang Pas sepatutnya memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan, bukannya merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata.
Beliau berkata, lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.
"Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya.
"Kalau kita tinggalkan agenda masjid dan hanya fikir mahukan Putrajaya, jika kita berkuasa kelak, orang jenis macam mana yang kita hendak lantik menjadi duta misalnya? Adakah orang yang tidak pernah bersolat di masjid?
"Saya sedih lihat keadaan banyak masjid sekarang sudah mati, di mana orang kita yang sepatutnya datang penuhkan masjid? Padahal kalau masjid sudah hidup barulah kita sebenarnya boleh perintah negara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.
Mohamed menambah, beliau amat berharap semua pihak sedar mengenai perkara ini dan melakukan tindakan segera. - Utusan Malaysia

Komen aku: Amat tepat sekali kata-kata Datuk Mohamed Daud... PAS semakin jauh tersasar dari perjuangan asal. Kini perjuangan mereka hanya untuk ke Putrajaya, tak kira apa cara sekali pun. Semakin hari semakin banyak agenda Islam ditinggalkan PAS malah PAS kini tidak malu menyokong kafir yang ditentangnya dulu, dan tidak ragu-ragu menyokong pemimpin-pemimpin yang diketahui melakukan maksiat dan rasuah. PAS telah menjadikan Islam sebagai lawak-jenaka...

Satu soalan yang perlu ditanya: Adakah Datuk Mohamed Daud akan menerima nasib yang sama seperti Datuk Hasan Ali yang ditendang dari PAS kerana bersuara untuk kebenaran???

Thursday 5 July 2012

Competency, Accountability, Transparency (CAT) Taik Kucing!

Competency, Accountability and Transparency (CAT)...Itulah yang selalu dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat didalam pemerintahannya. Selama ini mereka menuduh Barisan Nasional tidak mengamalkan perkara tersebut dan sering memberikan projek kepada "kroni" secara terus (direct) tanpa tender. Pakatan Rakyat kononnya mahu semua ini dihentikan dan akan mengamalkan CAT dalam negeri-negeri yang ditadbir mereka.

Indah khabar dari rupa adalah ayat yang sesuai untuk Pakatan Rakyat ini. Apa yang mereka laungkan hanya kata-kata manis untuk menarik undi, bukan untuk benar-benar amalkan. Sudah banyak kes kita dengar dan saya sudah sentuh dalam blog ini. Ini ada lagi yang terbaru melibatkan pemberian projek membekalkan hamper Hari Raya bernilai RM2 juta di Selangor. Pemberian tender-tender membekal hamper tersebut sejak 2009 dibuat tanpa mengikuti polisi "open tender" seperti yang dilaungkan.

( Sila rujuk Malaysiakini : http://www.malaysiakini.com/news/202772 )

CAT hanya cakap-cakap kosong. Sesiapa pun boleh cakap!


Wednesday 4 July 2012

Warna-warna hamPAS...

Mula-mula mereka guna warna kuning dalam demo Bersih....Pok Nik kata adalah "WAJIB" menyokong Bersih... Beribu-ribu penyokong mereka memakai T-shirt kuning terpekik terlolong dan menendang itu ini serta melompat-lompat atas kereta polis macam kera baru keluar hutan....








Bila itu tak boleh jalan, mereka buat pula perhimpunan Hijau, kononnya sebagai menunjukkan sokongan "rakyat" untuk mereka ke Putrajaya... Malangya, sambutan untuk Hijau juga sekadar suam-suam kuku...



Himpunan Hijau membantah Lynas

Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Darulaman anjuran PAS

Kini mereka tukar warna lagi....Oren pulak jadi pilihan...




Kononnya demi untuk "menyelamatkan Felda", PAS mengARAHkan semua pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokongnya untuk turun ke Perhimpunan Oren (Sila rujuk http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11459-pas-arah-semua-ahli-sertai-himpunan-oren )

Macam sesumpah je asyik tukar warna :)

Kuning tak jalan....Hijau pun tak jalan....Oren pasti lebih teruk...Lepas ni pasti mereka akan jumpa LAMPU MERAH!