Followers

Monday, 25 November 2013

Hadi Awang Sudah Menekan Panic Button!

Belum pernah terjadi dalam sejarah muktamar Pas begitu ramai perwakilan dengan beraninya mengkritik Pas dengan berbagai isu. Antara yang diluahkan ialah tentang kualiti ulama Pas yang hanya sekadar ulama kampung, sikap taksub dan bongak di kalangan "Mr Arrogant" di dalam Pas, fokus Pas yang hanya pada soal hukum-hakam tapi tidak mementingkan perkara-pekara lain yang penting, hakikat bahawa Pas hanya "Barua Dap" dan sekadar penumpang di dalam Pakatan, kemerosotan undi Melayu kepada Pas, konsert heavy metal di Karnival Pas Shah Alam, dan pemilihan yang dimalukan dengan insiden salah cetak kertas undi. Luah-luahan ini disuarakan dengan begitu lantang, seolah-olah mereka memberi kata dua atau amaran kepada pucuk pimpinan.

Pemilihan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden adalah sesuatu yang tidak disenangi dan memeranjatkan ramai ahli-ahli Pas. Walaupun ini tidak disuarakan, penolakan itu dapat dilihat jelas kerana tidak ada pemimpin atau perwakilan yang tampil mengucapkan tahniah kepada Mat Sabu.

Hadi Awang pada 23 Nov 2013 mengumumkan bahawa Pas sedia bermuzakarah dengan Umno mengenai perlaksanaan hukum-hukum Islam. Ini adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan pendirian Nik Aziz sebelum itu yang sanggup meludah sesiapa sahaja yang cuba mengajak Pas bersatu dengan Umno.

Dan semalam pada 24 Nov, Hadi Awang dalam ucapannya memberi amaran supaya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Pas "jangan meninggalkan bahtera.". "Sesiapa yang meninggalkan bahtera, dia tidak akan selamat walaupun ulama", katanya.

Persoalannya, kenapakah perwakilan kali ini begitu banyak mengkritik Pas? Kenapa tiba-tiba Pas mahu bermuzakarah sedangkan selama ini mereka menganggap Umno menolak hukum Allah dan kafir, zalim, jahil dan sebagainya? Dan kenapa pula Hadi memberi amaran supaya tidak meninggalkan bahtera?

Jawapannya jelas. Semua ini membayangkan krisis yang serius dalam Pas. Nakhoda kapal sebenarnya sudah menekan panic button. Pas sebenarnya adalah sebuah kapal yang sudah lama hanyut, dan kini ia sedang tenggelam. Hadi sedar bahawa ramai telah, sedang dan akan meninggalkan Pas, maka usaha terakhir beliau ialah untuk cuba menyakinkan mereka yang ada supaya terus kekal bersama Pas, dengan memberi beberapa harapan termasuk muzakarah dengan Umno dan perbincangan dengan Pakatan mengenai siapa yang bakal mengetuai Pakatan, serta meniup harapan bahawa Hadi bakal menjadi PM sekiranya Pakatan memerintah.

Tetapi semuanya mungkin sudah terlewat. Bahtera itu akan terus tenggelam dan penumpang-penumpang akan melompat keluar.




Saturday, 23 November 2013

Kelucuan Sepanjang Muktamar Pas Ke 59

Banyak betul perkara lucu sepanjang Muktamar Pas kali ini....Antaranya:

1) Hadi Awang dalam ucapannya menegaskan bahawa isu-isu mengenai Islam bukan barang dagangan yang boleh dijaja ke sana-sini. Samada sedar atau tidak, Hadi sedang menemplak parti sendiri yang menjaja Islam ke sana-kemari selama ini.

2) Anak Hadi Awang menang Timbalan Ketua Pemuda Pas manakala menantunya menang AJK Pemuda Pas Pusat. Ini menguatkan lagi trend parti anak-beranak dalam PR.

3) Hadi Awang juga menegaskan bahawa Pas bukan sekadar penumpang dalam PR tetapi setaraf dengan DAP dan PKR. Kenyataan ini amat memalukan kerana Hadi Awang lupa bahawa dalam tahaluf siyasi sepatutnya Islam yang memimpin, bukan sekadar sama taraf.

4) Pemilihan AJK Pusat terpaksa ditangguhkan kerana kesilapan kertas undi. Nama seorang calon dicetak dua kali, manakala nama seorang lagi calon tidak dicetak. Ini adalah kesilapan yang amat-amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku dalam parti yang sering mengkritik PRU negara yang jauh lebih besar.

5) Serang perwakilan dari Kedah membangkitkan rasa terkejut dengan konsert Gig Green Zone di Karnival Pas Shah Alam di mana ianya disertai oleh kumpulan heavy metal Heart Attack yang tidak menepati budaya Pas, yang selama ini banyak membantah konsert seumpama itu sebelum ini. Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pas, Dr Muhaimin Sulam mengakui bahawa konsert sedemikian sudah banyak kali dianjurkan oleh Pas untuk menarik anak muda.

6) Pemuda Pas menolak usul mempertahankan kepimpinan ulama.

7) Mat Sabu, seorang yang kalah dalam PRU13 dan tidak disenangi oleh sebahagian ahli-ahli Pas sendiri, berjaya mengekalkan kerusi Timbalan Pengerusi

Nik Aziz Mr Arrogant?

Sesuatu yang menarik dalam Muktamar Pas hari ini ialah mengenai "Mr Arrogant" yang dikatakan menjadi punca krisis dalam Pas, bukannya perbalahan antara "Erdogan" dan "ulama". Isu ini ditimbulkan oleh wakil dari Terengganu Hishamuddin Abdul Karim.



Katanya, Mr. Arrogant ini telah muncul di dalam PAS dan menguasai diri dalam pimpinan parti itu sehingga merasai diri merekalah yang terbaik.

"Tetapi sebenarnya pimimpin parti dan ahli PAS telah melahirkan Mr. Arrogant dalam diri. Bolehkah kita setia dan sayangkan jemaah mengatasi kepentingan diri sendiri. 

“Ya, saya menaruh keyakinan Arrogant telah menguasai sebilangan diri kita pada hari ini," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-59, hari ini.


Demi memantapkan kekuatan parti, beliau mencadangkan agar semua pihak berusaha untuk memperkukuhkan wehdatul fikr di kalangan seluruh ahli.

"Berakhirnya muktamar ini, segala konflik dalaman hendaklah ditamatkan segera dan kebumikan terus di stadium ini bagi mengorak langkah yang lebih padu memartabatkan Islam," katanya yang juga Adun Tepoh.

Katanya, penyertaan ke dalam PAS hendaklah berasaskan penyertaan dalam sebuah jemaah Islam yang menuntut ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

"Walaupun kita datang dari pelbagai jemaah yang lain, kepimpinan jamaah yang mesti ditaati dan diberikan sepenuh kepercayaan hanyalah kepada tunggak kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang," jelasnya.


Persoalnnya di sini, siapakah orang atau orang-orang yang disebut sebagai Mr Arrogant itu? Mungkin hanya Hishamuddin yang tahu, tetapi ia jelas tidak merujuk kepada Hadi Awang. Selain Hadi, yang paling berpengaruh dalam Pas ialah Nik Aziz. Dan melihat singkap bongkak Nik Aziz, beliau adalah salah seorang yang layak mendapat gelaran tersebut.

Syabas kepada Hishamuddin kerananya akhirnya ada seorang ahli Pas yang berani bersuara terhadap Mr Arrogant ini.

BERITA PENUH DALAM HARAKAH: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/23714-bukan-isu-erdogan-vs-ulama-tapi-mr-arrogant 

Friday, 22 November 2013

Hadi Mengkritik PAS sendiri!!!

Dalam ucapannya di Muktamar Pas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan  bahawa isu-isu agama yang bersendikan al-Quran dan as-Sunnah tidak wajar dijadikan 'barang dagangan' yang boleh dijaja ke sana ke mari.

Apatah lagi kata Abdul Hadi apabila ia dijadikan senjata politik oleh sesetengah pihak seolah-olah perihal agama ini umpama barang dagangan yang boleh dijual beli. 




Betapa benarnya kata-kata Hari itu, sekiranya kata-kata itu ditujukan kepada Pas sendiri. Siapakah yang menjaja isu-isu ugama dipentas-pentas politik, masjid-masjid dan sebagainya jika bukan Pas? Siapakah yang sering mengganggap diri sendiri lebih Islam dari orang lain dan mengkafirkan orang lain? Siapakah yang sering mengeluarkan fatwa-fatwa dan amanat yang bercanggah sesama sendiri kalau bukan Pas?

Nampaknya Hadi Awang hanya mengkritik Pas sendiri kerana tidak ada parti lain yang menggunakan Islam sebagai senjata politik.

Alhamdulillah jika Hadi sudah sedar.


Ulama PAS Hanya Ulama Kampung!

Aku tertarik dengan kenyataan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dalam Sinar Harian Hari ini ( http://www.sinarharian.com.my/politik/perlu-setaraf-ulama-antarabangsa-1.223292 ).


Katanya ulama-ulama Pas perlu meningkatkan diri untuk setaraf dengan ulama-ulama antarabangsa sehingga boleh membincangkan pelbagai isu, bukan hanya sekadar ilmu ugama tetapi perlu merangkumi eknomi, isu-isu semasa dan hubungan antarbangsa. Katanya, ada ulama antarabangsa yang bukan sahaja mahir dalam ilmu Islam, tetapi boleh bertutur senhingga 5 bahasa dan boleh bercakap dalam berbagai perkara termasuk undang-undang, dan ini menjadikan mereka amat disegani di persada antarabangsa.

Kenyataan ini amatlah tepat. Sudah lama diperkatakan, temasuk oleh Anwar sendiri, bahawa ulama Pas hanya ulama kampung. Kalau dilihat di ceramah-ceramah politik, isu yang ditimbulkan hanya isu-isu kecil dan remeh-temeh mengikut perspektif sendiri, dan banyak isu ceramah hanya bertumpu kepada menghina atau merendahkan orang lain. Tidak ketinggalan juga fitnah bersandarkan khabar angin. Tidak ada sebarang cadangan diberikan, jauh sekali bercakap tentang isu yang lebih luas untuk kepentingan umat Islam dan masyarakat am.

Begitu juga dengan ceramah-ceramah ugama. Semuanya hanya berkisar kepada hukum-hakam kecil terutama bab nikah kahwin dan hubungan suami-isteri, diselit dengan jenaka-jenaka menyindir dan kadang-kadang lucah, tetapi tidak pernah membincangkan sesuatu yang melangkaui perkara-perkara biasa yang sudah sering kita dengar. Ini diburukkan lagi dengan laungan negatif seperti "harta tidak boleh dibawa ke kubur", "dunia bukan untuk orang-orang Islam, akhirat yang utama" dan sebagainya..

Komen dari Dr Maszlee memang tepat pada masanya, bertepatan dengan Muktamar Ke 59 Pas yang sedang berlangsung. Sekiranya Pas ingin menjadi jaguh Islam, mereka perlu menjadi jauh lebih baik dari ulama kampung yang hanya mencaci dan mencela orang lain, dan perlu melihat dan mempromosikan Islam dari sudut yang lebih luas. Masyarakat sekarang tidak lagi berfikiran seperti orang kampung, tetapi Pas masih kekal di tahap lama.

Pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya.

Thursday, 21 November 2013

LAWAK TERBARU DARI PAS!

4 hari lalu Pas "dengan tegasnya" meminta Karpal meminta maaf secara terbuka terhadap kenyataannya menggesa Pas dibubarkan.

Seperti yang kita tahu, Karpal yang pernah berkata "Over my dead body!" itu tidak akan meminta maaf. Dia sendiri dengan tegas menyatakan yang dia tidak akan meminta maaf, malah menyindir Pas yang "tidak faham Bahasa Inggeris".

Seperti yang diduga, hari ini Pas beralah lagi! Karpal sudah dimaafkan tanpa perlu meminta maaf!

Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib dalam sidang media selepas penangguhan Muktamar Pas hari ini menyatakan bahawa Dewan itu akan "memaafkan" Karpal kerana Karpal belum faham Islam.

Harun Taib

Beliau juga berkata, tidak pernah dukacita terhadap kenyataan pemimpin nombor satu DAP itu.

"Saya sudah bercakap banyak kali, saya tak berdukacita dia bercakap demikian, sebab Karpal Singh tidak memahami Islam.

Macam mana kita nak kutuk  dia (Karpal) tak faham lagi, kita bertahaaluf dengan DAP dan PKR ini kerana kita bertujuan untuk berdakwah mereka dan boleh faham Islam.

Jadi Karpal Singh ini belum sempat lagi nak belajar Islam, jadi kita maaflah, kerana dalam Islam kata apabila orang jahil bercakap biar ke dia dulu, lawan orang jahil rosak kita," katanya pada sidang media.


KAH KAH KAH KAH! KALAU NAK MAAFKAN BEGITU SAJA, KENAPA SEBELUM NI MENDESAK KARPAL MEMOHON MAAF??? Lain kali jangan melenting kalau Karpal cakap apa-apa....maafkan je on the spot! :)

Berita penuh dari Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/politik/ulama-sudah-maafkan-karpal-1.223216

Tuesday, 19 November 2013

Anwar Terpaksa Menipu Lagi!!!

Apabila disindir pedas oleh DS Najib mengenai 40,000 pengundi Bangladesh, Anwar hari ini tampil menafikan bahawa beliau pernah menyebut tentang pengundi Bangladesh tersebut. Malah beliau menuduh fitnah mengenai pengundi Bangladesh ini hanya ditimbulkan oleh blogger-blogger Umno dan carian dalam internet tidak akan dapat menghubungkan beliau dengan dakwaan pengundi Bangladesh tersebut.

Pembohong besar Bang Non! 

Dia sendiri mencipta fitnah tersebut dan mencanang di merata ceramah, tetapi kini cuba menafikan pula!

 

Aku cari 5 minit je, aku dah jumpa dua link dari Harakah mengenai kes ini.

1. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18911-jpm-bawa-ribuan-warga-asing-masuk-untuk-mengundi

    Link ini dengan tajuk "JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi" dikeluarkan oleh Harakah pada 2 Mei 2013, tiga hari sebelum PRU13. Memang warga Bangladesh tidak disebut di sini, tetapi warga Sabah & Sarawak serta Thailand, Kemboja, Pakistan, Myanmar dan Indonesia disebut. Angka 40,500 juga disebut. Semua "pendedahan" itu dikaitkan dengan Anwar.

2. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18899-jika-spr-menipu-rakyat-sedia-bangkit

   Link kedua ini juga dikeluarkan oleh Harakah pada hari yang sama. Yang ini lebih panjang jelas menyebut mengenai pengundi Bangladesh. Antara yang disebut ialah "Pada 2hb Mei 2013, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mendedahkan bukti ketibaan para pengundi Bangladesh ini". Of course, pendedahan itu tidak pernah dibuat oleh Anwar pada hari itu atau pada 3 atau 4 Mei sebelum mengundi, hanya pembogongan besar!

Apakah Harakah menipu? Sekiranya Harakah menipu, Anwar perlu menyaman Harakah, bukannya menyalahkan Umno.

Inilah seorang penipu paling besar dalam sejarah Malaysia. Bila kantoi dengan satu penipuan, dia akan mencipta penipuan baru untuk menutup penipuan terdahulu. Mungkin dia ingat rakyat Malaysia masih bodoh.

You are finished Mr Anwar!