Followers

Friday 31 August 2012

Tuesday 28 August 2012

Layakkah mereka???

Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam - Dr. Mahathir


KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.
Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.

Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.
"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.

Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.

"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya.

-Dari Utusan Malaysia

Tidur sebantal, mimpi lain-lain

TIDUR sebantal tetapi mimpi lain-lain. Ungkapan ini telah lama dikeluarkan oleh penganalisa dan pemimpin-pemimpin politik untuk pakatan PAS, PKR dan DAP, namun ramai yang memandang sinis.
Hari ini, apa yang dimaksudkan itu semakin jelas. Ia jelas bukan sahaja berdasarkan tindak-tanduk kepartian malah keputusan-keputusan yang dibuat dalam Pakatan.

Isu hudud dan Negara Islam sudah lama menjadi isu besar antara PAS dan DAP. Walaupun PAS akhirnya mengugurkan perjuangan Negara Islam, namun isu hudud masih mengundang persengketaan di khalayak ramai yang menyebabkan beberapa kenyataan akhbar dari kedua-dua pihak yang membuktikan isu ini tidak pernah dan tidak akan selesai.

Pebalahan terbaru ialah tema menyambut hari kemerdekaan.  Tema yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pusat iaitu `55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' telah dibangkang sekeras-kerasnya oleh pakatan pembangkang kerana ia dilihat cenderung kepada kerajaan BN. 

Namun, sekiranya apa yang dilakukan itu adalah atas dasar membawa kebaikan kepada rakyat, mendatangkan manfaat untuk masa depan negara, mengapa perlu dibangkang? Janji ditepati adalah sesuatu yang dituntut oleh rakyat selama ini. Kerajaan tidak boleh berjanji tetapi tidak menunaikan jnji-janji tersebut.

Pakatan perlu sedar bahawa tanggungjawab pembangkang dalam sesebuah negara bukanlah membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah. Tetapi tugas pembangkang adalah untuk memastikan  "check and balance" untuk tadbir urus negara berjalan dengan baik.

Yang lebih parah lagi, di sebalik bangkangan tersebut, mereka sendiri gagal mencapai kata sepakat. justeru, buat pertama kali dalam sejarah, tema sambutan yang selama ini menyatu-padukan rakyat berbilang kaum di negara ini, nampak carca-marba.

Selangor dan Pulau Pinang pada mulanya menggunakan tema `Sebangsa, Senegara, Sejiwa', dan PAS di Kelantan pula memilih `Menerajui Perubahan', manakala `Terus Berbakti' digunakan oleh kerajaan negeri Kedah.

Carca-marba itu menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian terpaksa tampil untuk memperbetulkan keadaan dan mengatakan, pakatan pembangkang akhirnya bersetuju dengan tema `Sebangsa, Senegara, Sejiwa.'

Namun, ada sesuatu yang menarik tentang tema ini kerana di peringkat awal, hanya Selangor dan Pulau Pinang sahaja bersetuju untuk menggunakannya tetapi tidak Kedah dan Kelantan. Amat jelas kepimpinan serta matlamat PAS amat berbeza dengan sekutu-sekutunya PKR dan DAP. Jika mereka sekata, seiring dan sejalan, masalah atau carca-marba yang berlaku ini tidak akan terjadi.

Namun akhirnya, PAS mungkin terpaksa akur kerana mereka sangat memerlukan dua sekutunya ini untuk menghadapi pilihan raya.

Jika soal hudud yang menjadi agenda perjuangan PAS sekian lama pun pemimpin-pemimpinnya boleh bertolak-ansur demi pilihan raya, mungkin kali ini mereka masih mampu untuk menutup sebelah mata. 

Namun, ini semua dilakukan dalam keadaan sebelum pilihan raya atau lebih tepat lagi sebelum mereka mempunyai kuasa. Ditakdirkan mereka menang, apakah jaminan pembangkang kepada rakyat bahawa mereka mampu mentadbir dengan baik dan melaksanakan semua yang dijanjikan?

Dan mampukah PAS bertindak sendirian untuk melaksanakan hudud di kala negara ini ditadbir pakatan pembangkang?

Wednesday 15 August 2012

Realiti Perjuangan PAS

SEDIH atau PEDIH, inilah realiti perjuangan PAS...
Aku malas nak citer panjang-panjang time aku tak sihat dan nak Raya ni....
Korang tengok sendiri gambar di bawah....
Inilah yang terbaik untuk menggambarkan hala-tuju PAS....




Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua pembaca budiman!

Sunday 5 August 2012

Kisah Anwar - Mat Sabu

Satu ketika dulu:

"Pemimpin-pemimpin PAS sanggup bertindak sesuka hati membelakangkan ajaran Islam sehingga pemimpinya yang berkhalwat dengan isteri orang terus dianggap sebagai pejuang Islam". Demikian kata Anwar Ibrahim terhadap Mat Sabu ketika berucap dalam perhimpunan rakyat di Padang Bandaran, Teluk Intan pada 24 Mac 1995.

Dulu musuh, sekarang "kawan"
Mat Sabu telah menggelarkan Anwar sebagai "Al Juburi " di dalam Parlimen apabila kes liwatnya mula terbongkar. Anwar pula kemudiannya membalas dengan menghentam Mat Sabu sepuas-puasnya bila dia ditangkap khalwat.

Tapi kini segalanya berubah. Walaupun Mat Sabu tahu dosa Anwar dan Anwar pula tahu kisah Mat Sabu, namun kerana masing-masing mahu mengejar kuasa politik, dosa itu mereka lupakan sementara. Begitu juga dengan Karpal Singh yang tahu kisah Anwar tetapi masih lagi mahu membela Anwar walaupun Karpal sendiri pernah berkata bahawa "Anwar harus bertaubat!" Yang peliknya, tidak ada seorang pun antara mereka itu yang meminta maaf sekiranya kenyataan mereka dulu itu adalah silap!

Kini mereka semua adalah "sahabat". Tapi kita semua tahu mereka sebenarnya hanyalah hipokrit-hipokrit yang memburu kuasa. Mungkin kalau salah seorang dari mereka bertukar parti, mereka akan kembali kutuk-mengutuk antara satu-sama lain... :)

Himpunan Fatwa-fatwa Nik Aziz

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.


10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.


13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009. 

Anda nilaikan sendiri siapa Nik Aziz!