Followers

Sunday 15 July 2012

Berapa orangkah boleh muat dalam satu padang bola?

Kalau anda nak menganggar berapa jumlah orang dalam sesuatu tempat seperti padang bola dan sebagainya, ini adalah caranya.


Seorang manusia memerlukan sekurang-kurangnya kawasan seluas 2 kaki x 2.5 kaki. (Ini adalah yang paling kurang; kalau mahu selesa, keluasan yang diperlukan adalah lebih dari itu). Untuk keluasan 10 kaki x 10 kaki (100 kaki persegi), jumlah MAKSIMA yang boleh muat ialah 20 orang, tanpa ada sebarang kawasan kosong seperti kawasan laluan dan sebagainya. Oleh itu, untuk setiap kaki persegi, jumlah orang yang boleh diisi ialah 0.2 orang.


Keluasan maksima satu padang bolasepak ialah 110m (352 kaki) x 75m (240 kaki); oleh itu satu padang bola mempunyai keluasan 84480 kaki persegi. Jumlah MAKSIMA manusia yang boleh muat dalam padang tersebut ialah 16,896. Ini adalah sekiranya semua mereka duduk bersentuhan antara satu sama lain dan tidak ada ruang kosong, ruang laluan, meja, pentas, kipas angin dan sebagainya dalam padang tersebut.




Kalau rapat dan sesak seperti ini, jumlah maksima adalah 20 orang untuk setiap 10' x 10'

Sekiranya duduk atau berdiri jarang-jarang seperti dalam gambar ini, jumlah maksima mungkin hanya sekitar 8 - 12 orang untuk setiap 10' x 10'


Memandangkan bahawa orang-ramai tidak akan duduk rapat-rapat antara satu sama lain, dan bahawa beberapa ruang laluan dan ruang untuk peralatan lain diperlukan, jumlah sebenar yang boleh diisi hanyalah antara 1/3 (5,632 orang) hingga 2/3 (11,264 orang).


Meletakkan 16,896 orang atau lebih dalam satu padang bolasepak adalah mustahil.

No comments:

Post a Comment