Followers

Tuesday 19 November 2013

Madu Kuberi Racun Kau Balas....

Satu ketika Pas kata haram berkongsi kuasa dengan kafir.

Tetapi apabila kalah dalam setiap PRU dan hanya mampu berkuasa di Kelantan, tiba-tiba Pok Nik berkata beliau sanggup berkerjasama dengan syaitan sekali pun jika itu menolong Islam.

Maka bermulalah 'tahaluf siyasi' bersama PKR dan DAP. Pok Nik dan Hadi Awang tahu ini bukan sesuatu yang mudah untuk diterima oleh pengikut-pengikut mereka yang selama ini begitu berkobar-kobar mahu memperjuangkan Negara Islam dan hudud tanpa berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir.



Maka untuk melembutkan hati dan menggula-gulakan penyokong-penyokong mereka, bermulalah episod 'menaik-tarafkan' orang-orang kafir yang ditentang hebat sebelum ini.

Mula-mula pemerintahan Guan Eng dipuji malah dibandingkan dengan pentadbiran seorang khalifah. Kemudian beberapa orang pemimpin DAP mula membaca ayat-ayat Quran dan hadis. Pemimpin-pemimpin DAP termasuk wanita yang tidak menutup rambut juga dibenarkan masuk ke masjid.



Pemimpin-pemimpin kafir terus dipuji dengan strategi tersusun menggunakan terutamamya Pok Nik sendiri, Hadi Awang dan Mat Sabu serta Mustafa Ali, manakala pemimpin yang tidak bersetuju seperti Hasan Ali ditendang dari parti.



Kemuncaknya strategi itu ialah bila mereka dengan berani telah mengisytiharkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP lebih memahami Islam dari UMNO... UMNO dibayangkan seolah-olah lebih teruk dari kafir bila Pok Nik menyatakan "orang Umno tidak bersolat" dan "UMNO buat masjid hanya untuk menjadi kontraktor", dan dalam masa yang sama memuji pemimpin-pemimpin DAP yang kononnya sudah boleh duduk semeja, malah sudah memahami dan menerima Islam. Sebagai balasan, kalimah Allah sanggup digadaikan...



Tapi semua lakonan dan penipuan itu hanya sia-sia. Kini syaitan yang dikawani itu dengan lantang terus menentang Negara Islam dan hudud, malah menyeru supaya parti yang berasaskan ugama dibubarkan dari Malaysia. Segala pengorbanan terhadap DAP selama ini hancur berkecai!

Mungkin ini peringatan dari Allah bahawa manusia bukan maksum dan tidak boleh bongkak, kerana Allah lebih berkuasa. Apabila anda berkawan dengan syaitan, anda juga akan menjadi syaitan dan kemurkaan Allah akan datang.

No comments:

Post a Comment