Followers

Saturday 23 November 2013

Nik Aziz Mr Arrogant?

Sesuatu yang menarik dalam Muktamar Pas hari ini ialah mengenai "Mr Arrogant" yang dikatakan menjadi punca krisis dalam Pas, bukannya perbalahan antara "Erdogan" dan "ulama". Isu ini ditimbulkan oleh wakil dari Terengganu Hishamuddin Abdul Karim.



Katanya, Mr. Arrogant ini telah muncul di dalam PAS dan menguasai diri dalam pimpinan parti itu sehingga merasai diri merekalah yang terbaik.

"Tetapi sebenarnya pimimpin parti dan ahli PAS telah melahirkan Mr. Arrogant dalam diri. Bolehkah kita setia dan sayangkan jemaah mengatasi kepentingan diri sendiri. 

“Ya, saya menaruh keyakinan Arrogant telah menguasai sebilangan diri kita pada hari ini," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-59, hari ini.


Demi memantapkan kekuatan parti, beliau mencadangkan agar semua pihak berusaha untuk memperkukuhkan wehdatul fikr di kalangan seluruh ahli.

"Berakhirnya muktamar ini, segala konflik dalaman hendaklah ditamatkan segera dan kebumikan terus di stadium ini bagi mengorak langkah yang lebih padu memartabatkan Islam," katanya yang juga Adun Tepoh.

Katanya, penyertaan ke dalam PAS hendaklah berasaskan penyertaan dalam sebuah jemaah Islam yang menuntut ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

"Walaupun kita datang dari pelbagai jemaah yang lain, kepimpinan jamaah yang mesti ditaati dan diberikan sepenuh kepercayaan hanyalah kepada tunggak kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang," jelasnya.


Persoalnnya di sini, siapakah orang atau orang-orang yang disebut sebagai Mr Arrogant itu? Mungkin hanya Hishamuddin yang tahu, tetapi ia jelas tidak merujuk kepada Hadi Awang. Selain Hadi, yang paling berpengaruh dalam Pas ialah Nik Aziz. Dan melihat singkap bongkak Nik Aziz, beliau adalah salah seorang yang layak mendapat gelaran tersebut.

Syabas kepada Hishamuddin kerananya akhirnya ada seorang ahli Pas yang berani bersuara terhadap Mr Arrogant ini.

BERITA PENUH DALAM HARAKAH: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/23714-bukan-isu-erdogan-vs-ulama-tapi-mr-arrogant 

No comments:

Post a Comment