Followers

Monday 18 November 2013

Ahli Parlimen UK Kunjungi SPR

Pembangkang Malaysia sering menuduh SPR dengan berbagai tuduhan...
Tetapi amat aneh bila 6 Ahli Parlimen dari United Kingdom datang melawat SPR di Malaysia....


P. MANOGRAN (tiga, kanan) dan Christopher Wan Soo Kee (kiri) bersama delegasi Persatuan Parlimen Komanwel dari United Kingdom yang diketuai Ian Liddell-Grainger (tengah) ketika menerima kunjungan delegasi itu di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 18 Nov. - Enam ahli Persatuan Parlimen Komanwel dari United Kingdom hari ini melawat Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk memahami sistem pilihan raya dan isu-isu berkaitan di negara ini.
Mereka yang hadir ialah Ian Liddell-Grainger, John Denham, Baron Dholakia, Viscount Hanworth, Yasmin Qureshi dan Pete Wishart.
Ahli politik dari pelbagai parti politik termasuk Parti Buruh, Parti Konservatif, Parti Liberal Demokrat dan Parti Nasional Scottish itu menghabiskan masa lebih sejam untuk berkongsi pengalaman dengan Ahli SPR, Datuk Dr. P. Manogran dan Datuk Christopher Wan Soo Kee.
Manogran berkata, tujuan lawatan wakil-wakil rakyat United Kingdom ke Malaysia adalah untuk memahami fungsi SPR selain keadaan di Malaysia termasuk operasi Mahkamah Syariah dan Sivil di negara ini.
''Mereka juga berminat mengenai sistem Parlimen, pembentukan Parlimen baharu di Malaysia serta perhubungan antara Dewan Rakyat dengan Dewan Undangan Negeri (DUN).
''Mereka juga mahu mengetahui tentang peranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara selain mengenai keharmonian kaum di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia 19 Nov 2013

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131119/dn_02/Ahli-Parlimen-UK-kunjungi-SPR#ixzz2l2szs5AK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment