Followers

Friday 29 June 2012

Wow! Ceramah Anwar di Sungai Petani 29 Jun 2012 dihadiri 50,000!

Aku baru pulang dari tempat ceramah Anwar Ibrahim di Taman Ria Jaya, Sungai Petani sebentar tadi. Kalau mengikut kenyataan di banner, majlis tersebut sepatutnya bermula jam 6.00 petang, tetapi Anwar hanya tiba pada pukul 9.30 malam.

Ketibaan "bakal Perdana Menteri yang disayangi" itu disambut dengan sebuah lagu Tamil. Ceramah itu bertemakan "Selamatkan Malaysia", tetapi tidak ada satu bendera Malaysia pun dipasang.

Padang tapak malam itu dilengkapi dengan 30 buah khemah. Satu khemah boleh memuatkan maksima 50 buah kerusi, jadi jumlah maksima hadirin adalah 1,500 sekiranya semua kerusi dipenuhi.

Bagaimanapun, setelah aku tinjau semua khemah-khemah yang ada, hanya beberapa khemah di bahagian hadapan yang hampir penuh, manakala khemah-khemah yang lain hanya satu-pertiga atau separuh penuh.

Kebanyakan yang hadir adalah dari kaum India, diikuti oleh kaum Melayu. Aku tidak nampak seorang pun orang Cina kecuali yang berniaga di sebuah gerai telekomunikasi di kawasan itu.

Aku anggarkan jumlah di dalam khemah adalah sekitar 1,000 paling ramai. Bagaimananpun, kalau didarabkan dengan 10, jumlahnya adalah 10,000, dan kalau dicampur dengan 40,000 ekor nyamuk, lalat, kupu-kupu, belalang, pepatung, cengkerik dan lain-lain serangga serta hantu-hantu yang tidak kelihatan dengan mata kasar, maka jumlahnya memang mencapai 50,000! Jumlah ini amat berpadanan dan memang dijangka untuk seorang "bakal Perdana Menteri yang disayangi" itu. Jumlah ini adalah dua kali ganda berbanding jumlah MANUSIA yang hadir ketika DS Najib datang ke tempat yang sama 3 bulan lepas.

Ini adalah gambar-gambar yang sempat aku rakam di sekitar ceramah tersebut:

Pada jam 6.30, jumlah yang hadir hanya sekitar 30-50 orang. Aku diberitahu bahawa Anwar dijangka tiba hanya pada jam 9.00 malam dan bukannya 6.00 petang seperti yang ditulis di atas banner

Gambar ini dan semua gambar-gambar dibawah diambil antara jam 9.15 - 9.45 malam. Anwar tiba pada jam 9.30 malam

Begitu ramai yang hadir hingga peniaga-peniaga kelam-kelibut melayan pelanggan-pelanggan yang berebut-rebut membeli! Bagaimana pun anda tidak nampak pelanggan-pelanggan tersebut kerana mereka adalah invisible


3 comments:

  1. macam zaman dulu2 tengok wayang sambil makan kacang putih.....

    ReplyDelete
  2. kalau di perhatikan gambar2 nie banyak jugak yang ada "ORBS" tuh.. ngeri tengok..

    ReplyDelete
  3. situasi di ceramah tersebut amat pudar seolah-olah yg hadir langsung tidak bersemangat...mungkin kerana mereka tidak menjangka begitu banyak kerusi akan kosong...beberapa puluh orang pula hanya berdiri dalam gelap melihat dari jauh, seolah-olah malu utk dilihat oleh orang lain

    ReplyDelete