Semakin dekat dengan PRU 13, semakin banyak fitnah-fitnah tidak masuk akal akan dilemparkan oleh pembangkang terutama terhadap Perdana Menteri DS Najib.
Mula-mula depa cuba kaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya, tetapi rakyat tidak mudah percaya dengan tuduhan sensasi tanpa secebis bukti itu...
Bila tak jalan, depa cuba kaitkan Rosmah dengan cincin RM24juta...Budak kecil pun tahu adalah tidak masuk akal Rosmah akan membeli cincin bernilai jutaan ringgit secara pos tanpa memeriksa kualiti dan saiz cincin terlebih dahulu...Fitnah itu pun tak jalan jugak...
Pastu depa cuba pula kaitkan Najib dengan isu Scorpene...satu dunia tak layan...Kononnya beberapa orang pemimpin Malaysia termasuk Najib akan di sepina ke mahkamah Perancis, tapi sampai sekarang tidak ada seorang pun yang di sepina...
Sekarang depa target bakal menantu Najib pulak...Bila itu pun tak jalan, depa kaitkan Najib dengan tender LRT pulak...
Lepas tu nanti mungkin driver Najib pulak kot jadi mangsa, diikuti oleh pembantu rumah dan tukang kebun...
Fitnah-fitnah "bodo piang" dari pembangkang ini mengingatkan aku tentang cerita seorang gembala yang suka berbohong kepada orang-ramai yang kononnya serigala sering kali menyerangnya. Kerana terlalu kerap berbohong, akhirnya orang-ramai tidak lagi percaya walaupun satu hari serigala itu benar-benar menyerangnya.
Mungkin kucing Parsi peliharaan Najib pun nanti akan dituduh mencuri "ikan rakyat"...
secara totalnya bro .... nama pun pembangkang .... isu yang ada apa sahaja yang ada pasti akan di tentang ... hanya untuk membalas dendam sesama mereka ... itu sahaja niatnya ... lepas tu MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI...
ReplyDeleteYa..itulah yang sebenarnya; membangkang kerana hanya mahu menentang, tanpa rasional dan gunakan akal...Melayu yang rugi akhirnya...
Delete