Followers
Wednesday, 20 June 2012
Bulan yang semakin malap...
Islam itu indah...Islam itu menawan...Islam itu syumul...Itu yang sepatutnya berlaku...
PAS mencanangkan perjuangan "Islam" sejak sekian lama...Tetapi mereka harus sedar dan bertanya kepada diri mereka sendiri kenapakah "Islam" yang mereka bawa itu gagal menarik sokongan majoriti rakyat Melayu Malaysia yang berugama Islam. Sokongan terhadap PAS hanya terhad kepada ahli-ahli sendiri- itu pun semakin berkurangan. Sokongan dari DAP dan PKR hanyalah kerjasama untuk menjatuhkan UMNO dan BN, bukan kerjasama untuk memertabatkan Islam seperti yang dimimpikan oleh PAS.
Sekiranya PAS betul-betul memperjuangkan Islam seperti yang dilaungkan, maka keindahan Islam tersebut sepatutnya telah menarik pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PKR untuk menyertai mereka. Malah PKR tak perlu diwujudkan pun. Tetapi kenapakah mereka masih menubuhkan PKR dan tidak menyertai PAS?
Yang berselisih paham dengan PKR pula, bila mereka keluar dari PKR, mereka juga tidak menyertai PAS. Sebaliknya mereka kembali kepada UMNO, dan mana-mana yang tidak diterima UMNO terpaksa pula menubuhkan parti baru seperti KITA. Tidak ada yang masuk PAS.
Sekiranya PAS tulus memperjuangkan Islam yang suci seperti yang didakwa mereka, Islam mereka tersebut sepatutnya telah berjaya menarik lebih ramai penyokong untuk membolehkan mereka menang lebih besar tanpa perlu menggadaikan mana-mana prinsip perjuangan mereka. Tetapi, walaupun mereka sudah banyak kali bersolat hajat di merata stadium dan banyak berdoa, yang berlaku adalah sebaliknya. Selepas PRU 2008 di mana PAS menang di beberapa kerusi atas bantuan PKR dan DAP, prestasi mereka menurun dengan ketara dalam pilihanraya di Sarawak dan mereka juga kalah di hampir semua pilihanraya kecil di beberapa negeri.
Rakyat yang cerdik boleh melihat: DAP dan PKR tidak berminat tentang Islam dan tidak akan membantu apa-apa untuk kebaikan orang-orang Islam. Semua itu hanya khayalan PAS demi untuk memujuk hati sendiri.
Hakikatnya, samada PAS bersendirian atau bersama PKR dan DAP, PAS tidak akan dapat mencapai matlamatnya selagi mereka sendiri bercelaru dengan "Islam" yang mereka bawa dan hanya pandai menuduh orang lain tidak Islam atau kurang Islam dari mereka. Ego PAS selama ini yang menganggap hanya mereka yang benar-benar Islam sudah memakan diri sendiri dan mereka akan terus tenggelam dalam takbur dan ego sendiri.
Mereka telah menjadikan Islam itu seolah-olah lawak jenaka dan boleh dipermainkan sesuka hati. Merekalah yang memburukkan Islam. Merekalah yang melemahkan Islam. Merekalah yang menjauhkan orang dari Islam...
Semakin kita kuPAS, mereka semakin niPIS, dan tidak hairan kalau satu hari nanti mereka akan terus puPUS.
Labels:
Pakatan Rakyat,
PAS,
PR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment