Followers

Saturday 30 June 2012

Keputusan PRU 13: BN akan menang 14-0

Ramai yang tertanya-tanya bilakah DS Najib akan mengumumkan tarikh PRU 13. Ini membuatkan ramai yang gelisah sehinggakan PAS menggesa penyokong-penyokongnya menangguhkan ibadah haji kerana khuatir PRU tersebut mungkin dilakukan di musim haji (mereka fikir hanya orang-orang PAS sahaja yang mengerjakan haji, orang UMNO tidak menunaikan haji.... hahaha).



DS Najib semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu dan perlu menilai dari banyak segi sebelum keputusan mengadakan PRU diumumkan. Banyak faktor yang perlu diambil kira, antaranya ialah memastikan projek-projek dan perkara-perkara penting untuk negara tidak terganggu kerana pilihanraya. Melihat kepada sokongan kepada BN yang semakin hari semakin memuncak, tarikh PRU boleh diumumkan bila-bila masa sahaja, tetapi kerajaan tidak perlu tergesa-gesa kerana tempoh kerajaan sekarang hanya akan berakhir dalam pertengahan tahun 2013.

Apa pun, banyak spekulasi tentang keputusan PRU 13 nanti sudah mula diperkatakan. Melihat senario semasa, BN tidak perlu risau sedikit pun. Banyak perubahan telah dibuat dan banyak kejayaan sudah dicapai di bawah kepimpinan DS Najib.Walau pun ramai yang mungkin tidak setuju, aku menjangka BN akan menyapu bersih dan menang 14-0. Paling kurang pun, 13-1 di mana BN mungkin kalah hanya di Pulau Pinang.

Dalam PRU 12, PAS bertanding di 66 kerusi parlimen dan menang hanya 23. DAP pula bertanding di 97 kerusi dan menang 31, kebanyakannya di Perak dan Pulau Pinang. Keputusan terbaik pihak pembangkang ialah oleh PKR yang menang 28 dari 47 kerusi parlimen yang ditandingi mereka, kebanyakannya di Selangor dan Pulau Pinang.

Tetapi selepas PRU 12 di mana pembangkang banyak dibantu oleh undi protes dan media-media siber yang banyak menyebelahi pembangkang ketika itu, sokongan kepada pembangkang telah merosot dengan amat ketara. Pembangkang terutama PAS telah kalah dalam hampir semua pilihanraya kecil selepas 2008. Pemecatan Hasan Ali telah membawa sebahagian penyokong-penyokongnya keluar dari PAS. Beberapa orang pemimpin pembangkang telah keluar dari parti dan menjadi pemimpin bebas atau yang pro-BN. Skandal-skandal yang melibatkan beberapa orang pemimpin pembangkang terutama dari PKR telah banyak memberi kesan buruk kepada pembangkang. Ketidakcekapan dalam mentadbir negeri-negeri yang mereka pegang juga telah menyebabkan ramai yang dulunya menyokong mereka kini menyesal kerana mengundi PR pada tahun 2008. Pertelingkahan dalaman pula semakin menjadi-jadi dan kelihatan seperti tiada kesudahan.

Aktivis-aktivis media siber seperi RPK juga telah meninggalkan pembangkang, dan media-media sosial di alam siber kini dipenuhi dengan penyokong-penyokong kerajaan. Malaysiakini, media pro-pembangkang, baru-baru ini telah mengakui bahawa kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa alam siber bukan lagi milik pembangkang seperti dahulu.

Pun begitu, PAS berangan untuk bertanding dalam 80 kerusi parlimen dalam PRU 13 ini seperti yang dicadangkan oleh Hadi Awang semalam. Namun masyarakat umum dan penyokong-penyokong PAS sendiri telah sedar bahawa PAS sudah hilang arah umpama layang-layang yang putus tali dan semakin jauh tersasar dari perjuangan asal untuk Islam. Yang tinggal hanya penyokong-penyokong tegar yang menyokong PAS semata-mata kerana mahu menjatuhkan UMNO dan BN, bukan untuk mendaulatkan Islam seperti yang dicanang sana sini.

Kedah dan Selangor sudah pasti ditawan kembali, begitu juga Kelantan yang dipegang oleh PAS sekian lama. Peningkatan fitnah-fitnah pembangkang sekarang ini ialah kerana kegusaran mereka yang menyedari bahawa ramai yang dulunya bersimpati dengan mereka kini telah sedar dan telah kembali kepada kerajaan. Kerana itulah pembangkang begitu ligat cuba memancing undi pelajar, pejuang alam sekitar dan pengamal-pengamal seks bebas, serta terus cuba memainkan isu rasuah dan cuba menjatuhkan kredibiliti DS Najib.

Namun, semakin banyak mereka berbohong, semakin ramai rakyat meluat. Yang tinggal hanya segelintir penyokong tegar mereka yang syok sendiri.

Mungkin Pok Nik perlu segara mengajak semua pengikut-pengikutnya bersolat hajat di semua stadium.

Semakin dikuPAS, semakin niPIS, lama-lama puPUS...

No comments:

Post a Comment