Ramai yang marah kat aku bila aku "dedahkan" para cybertrooper UMNO "yang menyamar sebagai penyokong pembangkang" baru-baru ini.
(Sila rujuk post terdahulu ini: http://makinkupasmakinnipis.blogspot.com/2012/06/cybertrooper-umno.html )
Sememangnya nama-nama yang aku paparkan itu berhak untuk marah kat aku...kerana post tersebut hanya rekaan aku semata-mata sebagai satu jenaka sindiran. Ia sebagai "follow-up" untuk menyangkal fitnah terdahulu dalam Albangi's Blog.
Albangi dalam tulisannya telah menamakan aku sebagai salah-seorang cybertropper UMNO yang berbayar. Dia membuat andaian kononnya UMNO menggunakan para cybertrooper yang diupah untuk menjalankan tugas tertentu di media-media sosial. Beliau telah mengemukakan beberapa "bukti" untuk menyokong andaian beliau.
Hakikatnya, "bukti-bukti" yang beliau ada hanyalah keratan beberapa perbualan di alam siber yang hanya merupakan perbualan biasa dan tidak menunjukkan yang sebarang bayaran telah atau akan dibuat, dan langsung tidak membuktikan bahawa orang-orang seperti aku telah diupah oleh UMNO.
Bila tulisan beliau tersebar, ramai yang menganggap tulisan tersebut mempunyai asas dan tidak seorang pun yang menanggap itu sebagai fitnah. Ramai di kalangan penyokong pembangkang telah menggunakan tulisan tersebut untuk menyindir dan memburukkan penyokong-penyokong UMNO yang hanya sukarela, termasuk aku.
Jesteru, aku mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa fitnah bodoh seperti itu boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Maka terbentuklah jenaka sindiran aku tersebut.
Seperi yang aku jangka, nama-nama yang aku paparkan tersebut mula melompat, seperti mana yang terjadi kepada aku bila nama aku disenaraikan oleh Albangi. Nama-nama tersebut aku pilih secara random dari kalangan yang aktif di media-media sosial. Aku tak kenal pun individu-individu terbabit dan aku tidak ada sebarang bukti bahawa mereka adalah cybertrooper upahan. Ia hanya rekaan aku sebagai sindiran.
Ternyata sindiran tersebut memberi kesan yang aku jangkakan dan membuktikan point yang aku cuba buktikan.
Sesiapa sahaja boleh mencipta fitnah dengan sedikit creativity. Tetapi kita memilih untuk mempercayai fitnah yang datangnya dari orang yang berpihak kepada kita. Sekiranya ia datang dari pihak lawan, kita cepat pula menyangkalnya sebagai fitnah. Dan andainya fitnah tersebut kena kepada diri kita sendiri seperti yang aku kena, kita akan merasa marah. Begitulah yang aku rasa bila nama aku dan yang lain-lain itu disenaraikan dan disebarkan sebagai cybertrooper upahan. Ia hanya FITNAH.
Kepada semua yang aku senaraikan itu, tak perlu ambil hati...Aku tahu sebenarnya anda bukan cybertrooper upahan kerana cybertrooper upahan sebenarnya tidak wujud. Adakah anda fikir mudah untuk membayar seseorang itu berdasarkan berapa "posting" dan "comment" yang dia buat, dan berapa 'like' yang dia dapat di facebook? Siapa yang akan mengira dan mengesahkan? Siapa yang akan membayar? Siapa yang layak menerima bayaran? Semua itu hanya cerita karut!
Aku tahu semua yang aku senaraikan itu benar-benar penyokong parti politik masing-masing tanpa apa-apa bayaran dari mana-mana pihak. Sindiran aku hanya sekadar untuk mengingatkan bahawa kita perlu berhati-hati dengan mana-mana cerita yang disebarkan, terutama yang tidak masuk akal. Tidak salah menyokong mana-mana parti politik, tapi sokonglah berdasarkan penilaian yang objektif dan pintar, bukan hanya kerana mempercayai cakap orang lain bulat-bulat!
Salam perjuangan!
Tak sangka cepat mereka melatah rupanya. Tahu pun marah. Bila nama penyokong UMNO dikatakan telah dibayar, punyalah dicanang semua fb dan satu Malaysia tahu. Tapi bila kena diri sendiri, tahu pulak mereka melatah. Kata suara rakyat,kuasa rakyat bila kena batang hidung sendiri apasal marah pula. Cakap tak serupa bikin.
ReplyDelete