Followers

Saturday 16 June 2012

Pembohong Besar

Siang tadi DS Najib mengingatkan rakyat menolak Anwar yang telah diketahui berbohong besar beberapa kali.

Mari kita imbas kembali antara pembohongan manusia "Anugerah Tuhan" tersebut:


1) Sebaik saja dipecat, beliau mengumumkan bahawa beliau mempunyai beberapa kotak bukti rasuah, penyelewengan dan salah kuasa kerajaan. Beberapa kali beliau berjanji untuk mendedahkan bukti-bukti tersebut, tetapi hingga sekarang tidak ada satu pun yang dibuktikan, dengan memberi berbagai alasan bodoh.


2) Beliau kemudiannya cuba mengejutkan negara dengan mendakwa bahawa 30 orang ADUN dan Ahli Parlimen BN akan melompat ke PR pada 16 September 2010 dan menjadikan PR sebagai kerajaan Malaysia yang baru.. Malah satu pasukan khas dihantar ke luar negara untuk mengikuti rombongan pemimpin-pemimpin BN yang sedang dalam misi berkaitan teknologi pertanian. Ternyata dakwaan beliau hanya "gempaq" sahaja.


3) Bila video seks beliau didedahkan, beliau dengan nada yakin cuba mencipta alibi kononnya beliau sedang sibuk bertwitter dengan penyokong-penyokongnya dan melayan facebook ketika adigan tersebut didakwa dirakam. Pembohongan tersebut terbongkar akhirnya.


4) Beliau juga berbohong tentang jam Omeganya yang kononnya masih disimpan oleh isterinya. Sampai sekarang jam Omega tersebut tidak dapat beliau tunjuk.

5) Seterusnya beliau cuba mengaitkan DS Najib dengan Altantuya. Fitnah yang disebarkan ialah bahawa DS Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya untuk menutup "komisyen" yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya sebagai orang tengah melalui Razak Baginda. Dakwaan ini adalah fitnah yang jelas kerana penjanjian pembelian Scorpene ditandatangani dalam tahun 2002, dan Razak Baginda mengenali Altantuya hanya dalam tahun 2004.

6) Beliau juga berbohong kepada PAS sendiri dengan menjanjikan beberapa jawatan penting untuk PAS, tetapi ternyata itu hanya janji kosong kerana PAS tidak memegang walaupun dalam hal-ehwal Islam di Selangor dan Pulau Pinang.

7) Beliau juga bebohong tentang sokongannya terhadap Israel seperti yang didedahkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris.


8) Banyak lagi pembohongan beliau akan dibongkar, tetapi pembohongan-pembohongan yang sudah pun didedahkan sepatutnya sudah cukup untuk membuka mata penyokong-penyokongnya, namun segelintir mereka masih buta dan masih sanggup dibohongi. Bagaimanapun, syukur kepada Allah semakin ramai yang dulunya berpihak kepada beliau atau yang atas pagar telah meninggalkan manusia pembohong tersebut.

No comments:

Post a Comment