1) Tawaran ini dibuka untuk semua usahawan Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2) Pembekal dikehendaki membekalkan sekurang-kurangnya 1 juta botol kosong (kaca atau plastik) berketinggian tidak kurang dari 18 cm dan mempunyai penutup jenis putar (screw). Botol-botol yang diguna semula adalah digalakkan.
3) Botol-botol tersebut mesti disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh tender ini, dengan menyatakan jenis, saiz dan harga botol.
4) Botol-botol tersebut mestilah tahan untuk digunakan bagi menangkap dan mengisi pengudi-pengundi hantu yang dijangka akan digunakan oleh Barisan Nasional dalam PRU 13 tidak lama lagi. Contoh pengundi hantu tersebut adalah seperti di bawah.
5) Botol-botol tersebut mestilah jenis yang mudah dipegang dan dikendalikan oleh bomoh-bomoh professinal yang akan ditugaskan menangkap pengundi-pengundi hantu tersebut.
6) Untuk mengelakkan tuduhan "cronysm", tawaran ini TIDAK dibuka kepada datuk, nenek, bapa/ibu mertua, bisan, menantu, bapa/emak saudara, sepupu, cucu angkat, jiran, rakan atau sesiapa sahaja yang mempunyai apa-apa bentuk hubungan dengan mana-mana ahli-ahli politik.
7) Pemohon-pemohon yang berminat hanya perlu menyatakan hasrat anda di dalam ruangan "Comments" di bawah dan pihak pembeli akan menghubungi anda.
No comments:
Post a Comment