Hanya ada dua badan yang diterajui oleh Melayu yang dihormati di dunia ini: UMNO dan Felda.
UMNO sejak penubuhannya dahulu telah membuktikan keupayaan Melayu dalam mentadbir negara berbilang kaum dengan mengutamakan kepentingan bangsa Melayu dan ugama Islam sebagai majoriti, dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan kaum-kaum dan ugama-ugama lain. Perkongsian kuasa Melayu UMNO dengan MCA dan MIC yang mewakili dua lagi kaum terbesar di Malaysia, serta parti-parti lain yang lebih kecil, adalah sesuatu yang amat dikagumi di dunia, dan telah memberikan keamanan kepada Malaysia sejak sekian lama. Banyak negara mahu belajar dari Malaysia formula perkongsian kuasa ini, tetapi mereka gagal melaksanakannya. Keamanan dan kestabilan politik telah memberikan Malaysia peluang yang amat baik untuk memajukan negara dan Malaysia kita sudah lama keluar dari kelompok Negara Ketiga dan sedang menuju ke arah negara maju. Berpusu-pusu rakyat asing datang menumpang mencari rezeki di Malaysia.
UMNO jugalah yang telah mengilhamkan dan memajukan Felda. Felda kini dikenali sebagai badan pertanian yang terbesar di dunia dan semakin maju dari masa ke semasa. Felda inilah yang telah membantu ramai Melayu keluar dari kepompong kemiskinan, dan anak-anak Felda kini tidak lagi terpinggir malah ramai dari mereka telah jauh ke hadapan berbanding rakyat biasa yang lain. Selain dari memberi pendapatan tetap dan memuaskan untuk keluarga Felda, ia juga telah memberikan banyak peluang pekerjaan sehinggakan pekerja-pekerja asing begitu ramai diperlukan.
Kedua-dua UMNO dan Felda diterajui oleh Melayu untuk Melayu sendiri. Ia digeruni oleh bangsa-bangsa lain dan negara-negara lain. Ia menjadi contoh kepada banyak negara yang kurang maju untuk mereka membangunkan negara mereka sendiri. Apa tidaknya, Malaysia hanya negara yang kecil berbanding dengan jiran-jiran seperti Indonesia dan Thailand, tetapi Malaysia menjadi pengeluar getah dan sawit utama di dunia- semuanya adalah kerana sistem perladangan terancang dan tersusun melalui Felda.
Malangnya, segelintir Melayu sendiri cuba menjatuhkan UMNO dan Felda. Golongan ini sebenarnya tahu kebaikan dan kepentingan UMNO dan Felda untuk Melayu, namun kerana sikap hasad-dengki sesama bangsa yang memang telah lama wujud dalam masyarakat Melayu, mereka sanggup berkerjasama dengan pihak-pihak lain untuk memburukkan UMNO dan Felda. Demi agenda peribadi mereka, mereka sanggup hilang keistimewaan yang dimilikki oleh kaum Melayu, bak kata orang, "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
Melayu tidak menguasai sebarang perniagaan, kecuali perniagaan pasar malam. Melayu tidak menguasai sektor-sektor pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perikanan, perlombongan, pembalakan dan lain-lain. Mengapa satu-satunya yang ada - itu pun dengan bantuan UMNO dan kerajaan- masih hendak dimusnahkan?
Yang ironik dan sedihnya, perbuatan memburukkan UMNO dan Felda hampir semuanya datang dari Melayu sendiri, bukan kaum lain. Mungkin kaum lain seperti Cina sedar bahawa Melayu, yang merupakan masyarakat majoriti di Malaysia, perlu mempunyai kuasa membeli; jika tidak, siapa yang akan membeli barangan dan perkhidmatan mereka. Tetapi Melayu tidak boleh melihat Melayu lain senang, Melayu lebih rela melihat kaum lain kaya-raya asalkan bukan bangsa mereka sendiri!
Memang ada kelemahan atau isu dalam UMNO atau Felda. Tetapi sepatutnya tumpuan rungutan atau bantahan ditumpukan kepada kelemahan atau isu berkenaan untuk sama-sama diperbaiki, bukannya menuduh itu-ini tanpa asas.
Mereka inilah sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara. Tidak kira apa topeng perjuangan yang mereka pakai, samada topeng ugama, "Bersih" atau apa saja, tujuan mereka hanya satu: menjatuhkan UMNO dan apa saja yang berkaitan dengan UMNO seperti Felda.
Sudah sampai masanya Melayu menyedari hakikat ini dan menentang perjuangan palsu yang hanya mahu menjatuhkan Melayu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa kejatuhan Melayu adalah kerana Melayu sendiri. Kita perlu belajar mengenal musuh sebenar dan bukannya saling menjatuhkan sesama-sendiri kerana jika kita menang sekali pun, kita hanya akan menang bersorak sedangkan kampung kita tergadai.
susah payah orang lain berfikir untuk memcahkan ruyung ..... senang2 orang lain mengata yang bukan2... sedangkan sedarah sedaging sebangsa seagama pulak tu ...
ReplyDeletememang cilaka la puak2 diorang ni... SIALLLLLL
jom follow blog saya ...
ReplyDeletekepada anda yang berada disini..mari lah follow blog talkwithhand di
http://talkwithhand.blogspot.com
perkara ini berlaku adalah kerana kemaruk seorang makluk yg tk ada moral untuk menjadi PM, dan sanggup menggadaikan melayu dan Islam demi cita-cita celaka mereka.
ReplyDelete