Followers

Monday 2 July 2012

Satu persatu skandal PR terbuka

Belum pun sampai tempoh 5 tahun memerintah, pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah dikaitkan dengan beberapa skandal yang serius. Skandal-skandal seks seolah-olah perkara biasa dalam PR, tetapi skandal keewangan juga tidak kurang hebatnya. Bermula dengan kes balak di Kelantan, kes pasir di Selangor dan kes 30% di Kedah, kes-kes terbaru adalah begitu serius dan merupakan salah satu faktor Rafizi meletakkan jawatan dari kerajaan Selangor.

Perletakan jawatan Rafizi itu dikaitkan dengan peruntukan RM 300 juta di bawah geran Selangorku Sayang yang didakwa didapati dari sumber yang meragukan dan sehingga kini masih belum dijelaskan oleh kerajaan Selangor. Selain dari itu, Rafizi juga dilaporkan berselisih faham dengan Faekah Husin, Setiusaha Politik Menteri Besar Selangor, yang lebih banyak bercakap tentang isu geran tersebut berbanding dengan MB Khalid sendiri.



Tetapi yang lebih mengejutkan ialah tentang pendedahan yang dibuat oleh Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) tentang penyelewangan RM 1 billion oleh Parti Keadilan Rakyat Selangor melibatkan Talam Corporation. Talam Corp dilaporkan berhutang sebanyak RM392 juta dengan beberapa syarikat kerajaan negeri. Sepatutnya hutang tersebut dipungut, tetapi kerajaan Selangor telah membeli aset-aset Talam Corp bernilai RM 1 billion- bermakna kerajaan Selangor telah membelanjakan lebihan RM 676 juta dalam pembelian aset-aset tersebut. Yang peliknya, laporan sebuah syarikat yang memberikan hutang kepada Talam Corp menunjukkan hutang tersebut belum dijelaskan. Setakat ini MB Kahlid tidak memberikan sebarang penjelasan tentang isu yang dibawa; sebaliknya beliau mengugut akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang "menfitnah" kerajaan Selangor.

Sementara itu, sidang DewanNegeri Melaka dikecohkan oleh satu soalan berulang kali oleh seorang wakil dari MCA, Datuk Gan Tian Loo (ADUN Duyong), yang ditujukan kepada isteri Guan Eng iaitu Betty Chew (ADUN DAP Kota Laksamana) mengenai seorang wanita yang telah dipindahkan (transferred) kerja dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ke pejabat lain. Wakil tersebut berulang kali bertanya adakah isteri Guan Eng mengenali wanita terbabit. Pertanyaan berulang-kali ini menimbulkan berbagai spekulasi dan aku yakin ada sesuatu yang akan terbongkar dalam masa terdekat.


Kita tunggu apa kata Betty Chew atau Guan Eng tentang wanita bernama Ng Phaik Kheng itu.

No comments:

Post a Comment