Followers

Thursday 12 July 2012

Kupasan: Rahsia Kenapa PAS "Memperjuangkan" Hudud

"Over my dead body!", kata Karpal Singh.

"Hukum Hudud tidak ada dalam agenda Pakatan", kata Anwar Ibrahim.

Walaupun begitu lantang rakan-rakan sekutu PAS menentang penubuhan "Negara Islam" dan perlaksanaan hukum hudud, PAS masih kedengaran juga mahu memperjuangkan hudud, terutama di hadapan penyokong-penyokong mereka. Agenda Negara Islam sudah pun digugurkan dan digantikan dengan Negara Berkebajikan, tetapi hukum hudud masih dilaungkan oleh PAS, lebih lagi ketika dekat pilihanraya.

Hadi Awang sendiri pernah berkata pada 6 Mac 2000 bahawa "keberatan untuk melaksanakan hudud hanya 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja." ( Sila rujuk http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bila-pula-terengganu-mahu-laksana-hudud-soal-hadi/ )

Biar pun PAS tahu Takzir dan Qisas juga adalah hukum Allah yang boleh diguna-pakai, PAS cuba mengabui pengikut-pengikutnya dengan menggambarkan seolah-olah hanya hudud satu-satunya hukum Allah yang boleh dipakai.

PAS juga sedar bahawa ia bukan kuasa dominan dalam Pakatan. Dengan tentangan yang kuat dari sekutunya sendiri, PAS sedar ia tidak ada keupayaan melaksanakan Negara Islam dan hukum hudud jika Pakatan memerintah Malaysia sekali pun. Ini terbukti bila jawatan exco hal-ehwal Islam pun gagal dipegang oleh PAS di Selangor dan Pulau Pinang. Pakatan pula dengan tegas berkata mereka akan mengikuti perlembagaan Malaysia sekiranya memerintah.



Tetapi kenapakah masih ada pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS yang masih beriya-iya melaungkan hudud hingga sekarang? Jawapanya mudah sahaja- ada dua sebab utama.

Pertama, hudud adalah satu-satunya senjata PAS yang ada untuk menentang UMNO. Semua yang lain telah dibuat oleh UMNO untuk kepentingan Melayu-Islam. Satu-satunya perkara yang belum dilaksanakan oleh UMNO adalah hudud, dan hanya inilah senjata yang tinggal untuk PAS bagi memastikan sokongan berterusan dan penyokong-penyokokng tegarnya.

Sebab yang kedua ialah kerana Amanat Hadi Awang satu ketika dulu seperti di bawah:



Dalam amanat itu, jelas Hadi mengisytiharkan bahawa menentang UMNO yang mengamalkan peraturan "penjajah, kafir dan jahiliah" adalah satu jihad. Amanat inilah sebenarnya yang memulakan perpecahan Melayu-Islam hingga menyebabkan ada dua imam dalam satu-satu masjid, sembelihan orang UMNO tidak dimakan oleh orang PAS, kenduri orang UMNO tidak dihadiri oleh orang PAS dan sebagainya. Sehingga sekarang masalah ini masih berlaku malah ada yang menyebabkan perceraian antara suami-isteri ( Kes terbaru http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm ).

Sekiranya PAS mengugurkan perjuangan hudud, ia adalah menyatakan bahawa Amanat Hadi Awang itu adalah salah. Sekiranya ini berlaku, adakah Hadi akan meminta maaf kepada semua orang-orang Islam yang terpecah kerana amanat tersebut?

Sudah tentu tidak! Sekiranya Hadi mengaku telah tersilap, ia akan menghilangkan penghormatan dari penyokong-penyokong PAS yang menganggap Hadi adalah seorang tok guru yang seolah-olah maksum. Di mana Hadi nak letak mukanya? Mengaku silap juga adalah tamparan hebat kepada penyokong-penyokong PAS yang taksub mengikut apa saja kata pemimpin-pemimpin mereka selama ini, dan ini akan menjatuhkan maruah mereka.

Tun Mahathir pernah meminta maaf kerana tersilap melantik Anwar sebagai TPM. Baru-baru ini DS Najib meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana kekurangan yang ada. Chua Soi Lek meminta maaf kerana kesilapannya. Semua mereka ini adalah pemimpin-pemimpin hebat yang tidak takut meminta maaf jika ada kesilapan, dan mereka lebih dihormati sekarang ini.

Tetapi tidak PAS. Biar apa pun kesilapan yang dilakukan oleh pemipin-pemimpin mereka atau pemimpin-pemimpin Pakatan, mereka akan bermati-matian mempertahankannya walau pun ada berbagai bukti dikemukakan. Berbagai alasan dicari untuk menutup kesilapan mereka.

Pastinya Hadi Awang dan PAS tidak akan mengaku silap dan meminta maaf kerana amanat itu. Kerana tersepit dengan kata-kata sendiri, agenda hudud mesti diteruskan biar pun mendapat tentangan hebat dari rakan-rakan sendiri. Nyawa PAS bergantung kepada hudud.

Itulah hakikat perjuangan hudud PAS!

No comments:

Post a Comment