Followers

Monday 9 July 2012

"Imam Mahadi" mati ditembak

"Imam Mahadi" yang mengamuk di Putrajaya kerana mahu menggulingkan kerajaan dengan sebilah pedang samurai, telah ditembak polis dan mati dalam perjalanan ke hospital, manakala wanita yang bersamanya, yang baru dikenali seminggu, juga cedera ditembak. Lelaki tersebut dilaporkan mempunyai seorang isteri yang tidak terlibat dengan kejadian petang tadi. Lelaki tersebut juga dipercayai seorang blogger anti-kerajaan. Wanita itu juga dilaporkan sudah berkahwin.



"Imam Mahadi" tersebut cuba ditenangkan oleh wanita yang bersamanya selepas ditembak polis bila pasangan itu cuba menyerang polis yang cuba menangkap mereka

Lokasi kejadian


Untuk melihat video, klik link di bawah ini:
http://youtu.be/YhVfTacc4qI


Kalau ada sesiapa yang patut dipersalahkan, ianya adalah pembangkang Malaysia yang telah mempergunakan Islam dan ketaksuban kepada pemimpin mereka untuk membenci kerajaan secara melampau.

Tapi mahukah pembangkang bertanggungjawab? Sudah tentu tidak. Yang akan dipersalahkan adalah kerajaan, polis dan pihak berkuasa lain. Mereka tidak akan nampak bahawa benih kebencian yang mereka tanam telah menyebabkan ramai yang fanatik dan bertindak melulu mengikut perasaan yang penuh dengan kebencian yang tidak berpatutan. Malah mungkin tak lama lagi mungkin ada fatwa bahawa lelaki "Imam Mahadi" itu mati syahid!

Kita tentu ingat tentang kejadian kumpulan Al-Maunah di Sauk berhampiran sempadan Perak/Kedah dalam tahun 2000. Baru beberapa bulan lepas pula, kita telah menyaksikan keganasan segelintir penyokong pembangkang dalam Bersih 3.0. Semuanya dilakukan oleh orang-orang Melayu-Islam! Juga perlu ditekankan bahawa sebelum demontrasi Bersih tersebut, Nik Aziz dengan egonya mendakwa bahawa semua penyokong-penyokong PAS telah dilatih untuk berdisiplin dan mematuhi undang-undang, manakala Unit Amal PAS akan dikerah untuk memantau dan memastikan keamanan.

Yang nyata, kejadian di Putrajaya hari ini bukan yang terakhir. Selagi pembangkang tidak berhenti menanam benih kebencian dan fitnah-fitnah melampau, peluang untuk kejadian ini akan berulang lagi amatlah tinggi.

Kebebasan demokrasi bukanlah kebebasan memfitnah, mengapi-apikan orang lain dan melakukan keganasan. Setiap rakyat Malaysia berhak untuk hidup dengan aman dan selamat.

5 comments:

  1. sejarah paling awal masa Serangan Balai Polis Batu Pahat. Sama gak caranya. bawak pedang. ajaran sesat punya pasal..

    ReplyDelete
  2. Cara mudah nak mati dalam glemer...adakah PAS akan lancar TABUNG MAHADI guna konsept TABUNG MEMALI??

    ReplyDelete
  3. 100 % PAS akan menafikan .....tak percaya, kita tungguuu....!!!

    ReplyDelete
  4. Mesti mereka akan persalahkan polis. Kan?

    ReplyDelete
  5. sudah ada suara-suara sumbang menyoal kenapa polis tidak guna senjata lain seperti peluru getah...

    ReplyDelete