Followers

Wednesday 11 July 2012

Amuk di Putrajaya: Angkara budaya politik membenci?

Kes "Imam Mahadi" yang mati ditembak di Putrajaya dua hari lepas sedang hangat dibincangkan dalam media-media utama dan media-media sosial di alam siber. Berbagai pendapat dan pandangan telah dikemukakan untuk mengupas punca kejadian. Ramai yang menuding jari kepada pengaruh amalan sesat, keadaan jiwa pelaku, penggunaan dadah, zaman remaja pelaku dan sebagainya. Tetapi hampir tidak ada orang menyentuh tentang sesuatu yang amat penting yang saya telah sentuh dalam posting saya sebelum ini mengenai kejadian amuk tersebut: budaya membenci kerajaan secara melampau.

Bagi saya, benih kebencian terhadap kerajaan yang disemai oleh pembangkang sejak sekian lama adalah satu faktor utama yang mendorong seseorang itu bertindak agresif dalam meluahkan rasa tidak puas hati  terhadap kerajaan. Di bawah ini adalah satu contoh propaganda membenci kerajaan yang di buat oleh PAS:




Sejak 1981, Hadi Awang mengajak penyokong-penyokong PAS "berjihad" menentang UMNO dan BN yang "mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah". Apakah Hadi Awang mahu bertanggung-jawab sekiranya seseorang itu melakukan keganasan kerana mahu "berjihad" menentang UMNO?

Sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam dengan terangnya mengajak penyokong-penyokongnya meminta Allah menghancurkan UMNO seperti Allah menghancurkan tentera-tentera Ahzab. Mereka memburukkan UMNO sehingga begitu rupa demi untuk memancing sokongan.

Perkataan-perkataan buruk yang keterlaluan seperti zalim, kejam, kuku besi, korup, mungkar, kafir, perompak, pencuri, firaun, jahil dan sebagainya amat biasa dilontarkan oleh pembangkang terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan seolah-olah semua tuduhan itu adalah betul.

Propaganda seperti ini, bila dilakukan berulang kali, akan menimbulkan kebencian terhadap kerajaan dalam jiwa penyokong-penyokong mereka, dan bila kebencian itu memuncak dan tidak boleh dikawal, maka kejadian yang tidak diingini akan berlaku. Fitnah-fitnah dilontarkan tanpa asas untuk menimbulkan keraguan di hari rakyat, walaupun mereka tahu fitnah-fitnah itu tidak benar dan sengaja direka.

Kita boleh lihat apa yang terjadi dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Sebelum perhimpunan Bersih itu diadakan, pihak pembangkang dan penganjur begitu banyak mencanang dan cuba menyakinkan semua pihak bahawa perhimpunan itu akan berlangsung secara aman tanpa sebarang keganasan. Malah Nik Aziz, selaku MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS, telah MEWAJIBKAN semua ahli-ahli PAS menyertai perhimpuan tersebut, dan Nik Aziz dengan egonya menyatakan bahawa semua peserta-peserta dari PAS sudah terlatih untuk bertindak dengan aman dan akan mematuhi undang-undang dan peraturan. Bukan setakat itu, PAS juga menyediakan Unit Amal yang akan memantau dan menghalang sebarang keganasan. Begitu yakin Nik Aziz bahawa PAS boleh mengawal tindak-tanduk setiap penyokongnya.

Tetapi lihatlah apa yang berlaku. Dengan sedikit provokasi dari Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, sebilangan peserta Bersih merempuh polis dan penghadang yang menyekat laluan ke Dataran Merdeka. Ada pula yang mengejar dan menendang motorsikal polis dan anggota-anggota polis yang bertugas, dan yang paling teruk sekali ialah bila sebahagian mereka bertindak dengan lebih ganas dengan mengejar, membaling, memukul, memijak dan menterbalikkan sebuah kereta peronda polis.

Keganasan berpunca dari kebencian melampau yang tersimpan di dalam hati perserta-peserta tersebut, dan perasaan itu tidak lagi dapat dikawal, terutama bila bilangan mereka ramai. Dan yang menyebabkan kebencian itu tidak lain tidak bukan adalah dakyah pembangkang selama ini yang diterima bulat-bulat oleh penyokong-penyokong mereka.

Walau apa pun yang diperkatakan tentang Khalil Afandi, kita tidak boleh nafikan bahawa dakyah dan propaganda pembangkang yang begitu lama menanam perasaan membenci kerajaan secara melampau, merupakan salah satu faktor yang mendorong beliau cuba "menggulingkan kerajaan" yang beliau dakwa tidak berlandaskan lunas-lunas Islam. Dan saya yakin, selagi budaya membenci ini tidak dihentikan, akan ada "Imam Mahadi" lain atau "pejuang-pejuang" lain yang akan melakukan perkara bodoh yang sama.

Syukur kepada Allah majoriti rakyat Malaysia yang berakal tidak mudah terperdaya dengan fitnah-fitnah dan dakyah mereka. Tetapi ia akan terus melahirkan pemberontak tidak berakal dari kalangan pengikut-pengikut pembangkang yang taksub. Yang rugi adalah mereka sendiri.

1 comment:

  1. Pengertian JIHAD itu sendiri mereka tidak fahami dengan secara mendalam sebenarnya bro ..

    Itu pasal la , dikalangan mereka juga yang menjadi punca kehancuran dan perbalahan sesame seagama

    ReplyDelete