Followers

Thursday 9 February 2017

AKHIRNYA RAFIZI AKUI PEMBANGKANG PERLU MENCERMIN DIRI!


Usaha menyelamatkan Malaysia tidak mencukupi dengan pembangkang sekadar menuding jari terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebaliknya pembangkang perlu imbas kembali dan menginsafi apa dilakukan sebelum ini sehingga menyebabkan pengundi mengekalkan Umno-BN.
"Kita kena 'cermin diri' sendiri. Selagi kita tak buat begitu, maka kita akan ada masalah mendapat undi terutamanya dari orang Melayu," katanya dalam sesi meja bulat "Selamatkan Malaysia" pada 7 Feb 2017.
Menurut Rafizi, pembangkang selama ini tersilap apabila menyangka orang Melayu khususnya di luar bandar tidak memahami isu dibawa pembangkang.
"Selama ini kempen dan cara kita menyampaikan maklumat seolah-olah pengundi Melayu di kampung tak boleh 'mengira'. Tetapi Melayu sebenarnya faham isu nasional.
"Masalah kita bukannya Melayu tak faham dengan kerosakan dilakukan Najib, tapi sebab mereka tak yakin kita boleh tadbir dengan lebih baik dan memastikan kerosakan sama tidak berlaku. Melainkan kita menukar cara mendekati mereka," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pembangkang perlu memikirkan cara untuk dinilai sebagai satu gabungan politik yang jujur dan benar-benar mahu membantu rakyat.
"Kenapa ada masalah kredibiliti itu? Sebab mereka (rakyat) merasakan sehingga sekarang kita masih belum dapat mengemukakan rangka penyelesaian yang bukan saja 'incredible' tapi jujur.
"Sebab itu kita kena cermin diri dan fikir bagaimana kita dapat dinilai sebagai satu gabungan politik yang jujur dan benar-benar mahu membantu dan bukan sekadar untuk menang ke Putrajaya," katanya.  

Akhirnya Rafizi baru sedar, tetapi majoriti rakyat Malaysia telah lama sedar mengenai perkara ini dan terus memberi mandat kepada BN untuk memerintah. Dan sepatutnya Rafizi sendiri yang pertama sekali perlu mencermin diri sendiri kerana beliaulah antara yang paling banyak memfitnah, antaranya:   


1) Setelah bertahun-tahun menjaja kononnya DS Rosmah membeli cincin berharga    
     RM24 juta, Rafizi akhirnya mendakwa di mahkamah bahawa beliau hanya "bergurau"
2) Rafizi juga menyerang NFC dan menuduh NFC menggunakan wang pinjaman untuk            membeli kondominium di Singapura dan kini beliau berdepan dengan saman dan                  tindakan undang-undang yang boleh membawanya ke penjara
3) Kira-kira 3,600 penyimpan Tabung Haji telah menutup akaun mereka dan kehilangan            peluang mengerjakan haji gara-gara terpedaya dengan fitnah Rafizi kononnya TH                 akan muflis.
4) Fitnah mengenai kos pembinaan MRT dengan mengambil lapuran luar-negara yang            tidak betul, di mana akhirnya fitnah ini disangkal oleh portal Malaysiakini sendiri

Selain dari pembohongan-pembohongan di atas, pembangkang juga telah banyak menabur fitnah lain seperti;

- kononnya mahkamah Perancis akan mendakwa DS Najib berhubung rasuah pembelian        Scorpene
- kononnya Altantuya diarahkan dibunuh oleh DS Najib dan DS Rosmah berada di                   tempat kejadian
- berbagai tuduhan liar mengenai 1MDB
- mendakwa pembangkang dapat membatalkan/menurunkan tol, cukai pintu, bayaran            parking dan sebagainya, sebaliknya menaikan kos-kos tersebut bila mereka memerintah      Pulau Pinang dan Kelantan
- kononnya kes khalwat Mat Sabu, video liwat Anwar dan video Mustafa Ali adalah fitnah        dari Umno
- sentiasa menuduh Umno sebagai parti rasuah, tetapi cuba menutup kes rasuah
  Lim Guan Eng yang kini bakal dibicarakan
- Bertahun-tahun menjaja mengenai pengundi hantu tanpa dapat membuktikan walau             seorang pengundi hantu yang wujud
- mendakwa kononnya negara sedang digadai kepada negara luar seperti China hanya           kerana pelaburan yang datang dari negara berkenaan, sedang perkara yang sama telah       lama dilakukan termasuk oleh Pulau Pinang sendiri

Banyak lagi fitnah dan tohmahan dilemparkan pembangkang terutama dalam ceramah-ceramah mereka. tetapi amat jelas rakyat biasa termasuk orang kampung tidak lagi mudah terpedaya dengan fitnah-fitnah dan tohmahan ini dan pembangkang hanya "syok sendiri" dengan fitnahdan tohmahan itu.

Seperti kata Rafizi, pembangkang perlu mencermin diri sendiri, seperti Pas yang sudah sedar dan kini mula mengamalkan "politik matang". Selagi pembangkang tidak muhsabah dan memperbaiki diri mereka, mereka akan kekal sebagai "pembangkang paling teruk di dunia" seperti yang dilabelkan oleh Perancis berikutan fitnah rasuah Scorpene.

Aku dan keluarga aku akan terus mengundi Umno dan BN! :)

No comments:

Post a Comment