Followers

Sunday 23 September 2012

Kenapa Nik Aziz bermati-matian mempertahankan Anwar?

Sudah agak lama aku bertanya soalan di atas. Memang amat pelik seorang "ulamak", yang selama ini begitu lantang menentang perkara "mungkar" dan maksiat, begitu kuat mempertahankan seorang pemimpin yang sudah jelas melakukan banyak salah-laku moral dan maksiat dan terbukti dalam video dan bukti-bukti lain.

Aku bertanya kepada ramai aktivis-aktivis politik termasuk penyokong-penyokong PAS di Kelantan yang mempunyai hubungan dengan beberapa orang tertentu untuk mengupas hal ini. Agak sukar mendapat jawapan yang pasti tetapi akhirnya aku berjaya mengumpul maklumat dari beberapa sumber yang boleh dipercayai.

Jawapannya tidaklah sukar. Menteri Besar Kelantan itu telah dijanjikan oleh "bakal PM" satu jawatan yang lebih tinggi iaitu Timbalan Perdana Menteri!

Bukan lagi menjadi rahsia bahwa Nik Aziz pada mulanya bersikap agak neutral ketika video Anwar mula tersebar. Begitu juga dengan Hadi Awang dan Mat Sabu. Tetapi selepas Anwar berjumpanya di Kota Bharu, nada Nik Aziz mula berubah. Ramai percaya bahawa di saat itulah Anwar telah memujuk Nik Aziz dengan jawatan Timbalan PM. Perubahan nada Nik Aziz pula telah memaksa Hadi untuk ikut menukar irama dan kembali menyokong Anwar dengan mengistiharkan bahawa "video hanya besi", manakala Mat Sabu memilih untuk berdiam diri walaupun sebelum itu pernah menyarankan video tersebut disiasat oleh pakar luar-negara.

Jawatan Timbalan PM memang sesuatu yang amat menarik untuk Nik Aziz. Bagaimanaupun, beliau tidak mempunyai latar-belakang yang mencukupi untuk meyakinkan penyokong-penyokong PR menerimanya sebagai Timbalan PM, terutama dari segi ekonomi dan pembangunan rakyat terutama Melayu-Islam.

Oleh yang demikian, kredibiliti Nik Aziz terpaksa dibina. Maka lahirlah Ladang Rakyat, dinar emas dan berbagai lagi, termasuk yang terbaru "projek" Lebuhraya Rakyat Kelantan. Malangnya, kerana tidak cekap mentadbir, semua projek iru gagal, malah menantu Nik Aziz sendiri terpaksa mengundur diri atas sebab-sebab yang kita semua tahu. Kerana kegagalan-kegagalan tersebut, PAS terpaksa bermain dengan isu-isu lain seperti isu Felda dan juga hudud walaupun sebelum ini telah mengumunkan bahawa Negara Berkebajikan yang akan dibawa mereka tidak mempunyai hukum hudud.

Jawatan Timbalan PM ini memang sesuatu yang amat diidamkan oleh sesiapa pun. Mungkin itu sebabnya kenapa Nik Aziz masih tidak berundur walau pun kesihatannya sudah diganggu usia tua. Malah, kita semua masih ingat cabarannya kepada Tun Mahathir di mana Nik Aziz berkata dia akan berundur sekiranya Tun M berundur, tetapi itu tidak terjadi.

Dalam masa yang sama, Hadi Awang, walau pun nampak bersetuju dengan apa yang terjadi, sebenarnya tidak bersetuju dan merasa disisihkan. Hadi pernah menyarankan penyatuan dengan UMNO tetapi ditentang keras oleh Nik Aziz dan penyokokng-penyokongnya. Terbaru, Hadi menyatakan hasrat untuk tidak bertanding dalam PRU 13, tetapi telah dipujuk untuk mengubah fikiran.

Dan dalam kes yang paling baru, Hadi dilihat menyokong Nasharudin yang mahu disingkirkan oleh Nik Aziz, menyebabkan Nik Aziz meninggalkan mesyuarat Majlis Syura PAS yang sepatutnya dipengerusikannya.

Hasrat untuk menjadi Timbalan PM semakin kuat sehingga PAS telah mengadakan beberapa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. PAS juga amat aktif dalam perhimpuan Bersih dan beberapa demonstrasi lain. Sudah pasti motivasi mereka ialah jawatan Timbalan PM tersebut.

Tetapi Nik Aziz lupa bahawa Anwar bukan seorang yang jujur. Jika Anwar boleh menjanjikan jawatan Timbalan PM kepada Nik Aziz atau PAS, Anwar juga boleh menjanjikan perkara yang sama kepada DAP. Ini amat jelas kita lihat: Anwar tidak berani mengumumkan Kabinet Bayangannya biar pun didesak banyak kali oleh berbagai pihak. Mengeluarkan Kabinet Bayangan hanya akan membuka tembelangnya.

Mungkin kini Nik Aziz sendiri telah sedar bahawa jawatan Timbalan PM yang diimpikan itu tidak mungkin menjadi kenyataan. Namun, kerana tersalah menyokong Anwar, beliau tidak boleh berpatah balik. Andainya beliau menarik balik sokongannya kepada Anwar, ramai akan mepersoalkan tindakannya yang terdahulu, dan ini akan menjejaskan reputasinya sebagai seorang "ulamak" yang dianggap maksum. Mahu tak mahu, NIk Aziz terpaksa terus menyokong Anwar biarpun sokongan tersebut sebenarnya membawa padah kepada PAS!

No comments:

Post a Comment