Followers

Tuesday, 3 July 2012

RM430,000 untuk bina Lebuhraya Rakyat Kelantan?

Harakah hari ini dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka telah berjaya memungut sumbangan sebanyak RM430,000 untuk projek Lebuhraya Rakyat Kelantan (LRRK). Sila rujuk Harakah online:  http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11436-rm430000-dipungut-untuk-bina-lebuh-raya .

PAS begitu yakin dengan jumlah yang dipungut itu serta hasil yang bakal dipungut dari ekspot bijih besi melauli pelabuhan Tok Bali Bachok, mereka akan berjaya membina lebuhraya tersebut.

Satu igauan siang hari yang melucukan!

Untuk pengetahuan, kos membina jalan min tar kampung (1 lorong sahaja) adalah sekurang-kurangnya RM80,000 untuk setiap satu kilometer. Kalau jalan yang lebih besar seperti lebuhraya, kosnya boleh melebihi RM1 juta untuk setiap kilometer, bergantung kepada struktur tanah dan sebagainya. Sekiranya panjang lebuhraya adalah 50km, tentunya jumlah diperlukan adalah sekurang-kurangnya RM 50 juta. Dan ini tidak termasuk kos-kos lain seperti pampasan tanah, dan juga tidak termasuk kos penyelenggaraan yang kekal dan meningkat setiap tahun.


Jalan kampung seperti ini memerlukan kos sekurang-kurangnya RM80,000 setiap kilometer

Rakyat yang berakal dapat melihat bahawa cadangan PAS tersebut tidak lain tidak bukan hanyalah gimik untuk cuba memancing kembali sokongan yang semakin kurang untuk PAS. Gelombang merah semakin merebak ke seluruh Kelantan dan setiap hari sokongan terhadap BN semakin meningkat.

Dan sekiranya lebuhraya tersebut tidak dapat dibina seperti yang dicanang, kemana akan perginya wang sumbangan yang dikumpul itu?

Cukup-cukuplah 24 tahun menipu rakyat Kelantan. Rakyat sudah muak.

Monday, 2 July 2012

Satu persatu skandal PR terbuka

Belum pun sampai tempoh 5 tahun memerintah, pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah dikaitkan dengan beberapa skandal yang serius. Skandal-skandal seks seolah-olah perkara biasa dalam PR, tetapi skandal keewangan juga tidak kurang hebatnya. Bermula dengan kes balak di Kelantan, kes pasir di Selangor dan kes 30% di Kedah, kes-kes terbaru adalah begitu serius dan merupakan salah satu faktor Rafizi meletakkan jawatan dari kerajaan Selangor.

Perletakan jawatan Rafizi itu dikaitkan dengan peruntukan RM 300 juta di bawah geran Selangorku Sayang yang didakwa didapati dari sumber yang meragukan dan sehingga kini masih belum dijelaskan oleh kerajaan Selangor. Selain dari itu, Rafizi juga dilaporkan berselisih faham dengan Faekah Husin, Setiusaha Politik Menteri Besar Selangor, yang lebih banyak bercakap tentang isu geran tersebut berbanding dengan MB Khalid sendiri.



Tetapi yang lebih mengejutkan ialah tentang pendedahan yang dibuat oleh Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) tentang penyelewangan RM 1 billion oleh Parti Keadilan Rakyat Selangor melibatkan Talam Corporation. Talam Corp dilaporkan berhutang sebanyak RM392 juta dengan beberapa syarikat kerajaan negeri. Sepatutnya hutang tersebut dipungut, tetapi kerajaan Selangor telah membeli aset-aset Talam Corp bernilai RM 1 billion- bermakna kerajaan Selangor telah membelanjakan lebihan RM 676 juta dalam pembelian aset-aset tersebut. Yang peliknya, laporan sebuah syarikat yang memberikan hutang kepada Talam Corp menunjukkan hutang tersebut belum dijelaskan. Setakat ini MB Kahlid tidak memberikan sebarang penjelasan tentang isu yang dibawa; sebaliknya beliau mengugut akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang "menfitnah" kerajaan Selangor.

Sementara itu, sidang DewanNegeri Melaka dikecohkan oleh satu soalan berulang kali oleh seorang wakil dari MCA, Datuk Gan Tian Loo (ADUN Duyong), yang ditujukan kepada isteri Guan Eng iaitu Betty Chew (ADUN DAP Kota Laksamana) mengenai seorang wanita yang telah dipindahkan (transferred) kerja dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ke pejabat lain. Wakil tersebut berulang kali bertanya adakah isteri Guan Eng mengenali wanita terbabit. Pertanyaan berulang-kali ini menimbulkan berbagai spekulasi dan aku yakin ada sesuatu yang akan terbongkar dalam masa terdekat.


Kita tunggu apa kata Betty Chew atau Guan Eng tentang wanita bernama Ng Phaik Kheng itu.

Saturday, 30 June 2012

Keputusan PRU 13: BN akan menang 14-0

Ramai yang tertanya-tanya bilakah DS Najib akan mengumumkan tarikh PRU 13. Ini membuatkan ramai yang gelisah sehinggakan PAS menggesa penyokong-penyokongnya menangguhkan ibadah haji kerana khuatir PRU tersebut mungkin dilakukan di musim haji (mereka fikir hanya orang-orang PAS sahaja yang mengerjakan haji, orang UMNO tidak menunaikan haji.... hahaha).



DS Najib semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu dan perlu menilai dari banyak segi sebelum keputusan mengadakan PRU diumumkan. Banyak faktor yang perlu diambil kira, antaranya ialah memastikan projek-projek dan perkara-perkara penting untuk negara tidak terganggu kerana pilihanraya. Melihat kepada sokongan kepada BN yang semakin hari semakin memuncak, tarikh PRU boleh diumumkan bila-bila masa sahaja, tetapi kerajaan tidak perlu tergesa-gesa kerana tempoh kerajaan sekarang hanya akan berakhir dalam pertengahan tahun 2013.

Apa pun, banyak spekulasi tentang keputusan PRU 13 nanti sudah mula diperkatakan. Melihat senario semasa, BN tidak perlu risau sedikit pun. Banyak perubahan telah dibuat dan banyak kejayaan sudah dicapai di bawah kepimpinan DS Najib.Walau pun ramai yang mungkin tidak setuju, aku menjangka BN akan menyapu bersih dan menang 14-0. Paling kurang pun, 13-1 di mana BN mungkin kalah hanya di Pulau Pinang.

Dalam PRU 12, PAS bertanding di 66 kerusi parlimen dan menang hanya 23. DAP pula bertanding di 97 kerusi dan menang 31, kebanyakannya di Perak dan Pulau Pinang. Keputusan terbaik pihak pembangkang ialah oleh PKR yang menang 28 dari 47 kerusi parlimen yang ditandingi mereka, kebanyakannya di Selangor dan Pulau Pinang.

Tetapi selepas PRU 12 di mana pembangkang banyak dibantu oleh undi protes dan media-media siber yang banyak menyebelahi pembangkang ketika itu, sokongan kepada pembangkang telah merosot dengan amat ketara. Pembangkang terutama PAS telah kalah dalam hampir semua pilihanraya kecil selepas 2008. Pemecatan Hasan Ali telah membawa sebahagian penyokong-penyokongnya keluar dari PAS. Beberapa orang pemimpin pembangkang telah keluar dari parti dan menjadi pemimpin bebas atau yang pro-BN. Skandal-skandal yang melibatkan beberapa orang pemimpin pembangkang terutama dari PKR telah banyak memberi kesan buruk kepada pembangkang. Ketidakcekapan dalam mentadbir negeri-negeri yang mereka pegang juga telah menyebabkan ramai yang dulunya menyokong mereka kini menyesal kerana mengundi PR pada tahun 2008. Pertelingkahan dalaman pula semakin menjadi-jadi dan kelihatan seperti tiada kesudahan.

Aktivis-aktivis media siber seperi RPK juga telah meninggalkan pembangkang, dan media-media sosial di alam siber kini dipenuhi dengan penyokong-penyokong kerajaan. Malaysiakini, media pro-pembangkang, baru-baru ini telah mengakui bahawa kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa alam siber bukan lagi milik pembangkang seperti dahulu.

Pun begitu, PAS berangan untuk bertanding dalam 80 kerusi parlimen dalam PRU 13 ini seperti yang dicadangkan oleh Hadi Awang semalam. Namun masyarakat umum dan penyokong-penyokong PAS sendiri telah sedar bahawa PAS sudah hilang arah umpama layang-layang yang putus tali dan semakin jauh tersasar dari perjuangan asal untuk Islam. Yang tinggal hanya penyokong-penyokong tegar yang menyokong PAS semata-mata kerana mahu menjatuhkan UMNO dan BN, bukan untuk mendaulatkan Islam seperti yang dicanang sana sini.

Kedah dan Selangor sudah pasti ditawan kembali, begitu juga Kelantan yang dipegang oleh PAS sekian lama. Peningkatan fitnah-fitnah pembangkang sekarang ini ialah kerana kegusaran mereka yang menyedari bahawa ramai yang dulunya bersimpati dengan mereka kini telah sedar dan telah kembali kepada kerajaan. Kerana itulah pembangkang begitu ligat cuba memancing undi pelajar, pejuang alam sekitar dan pengamal-pengamal seks bebas, serta terus cuba memainkan isu rasuah dan cuba menjatuhkan kredibiliti DS Najib.

Namun, semakin banyak mereka berbohong, semakin ramai rakyat meluat. Yang tinggal hanya segelintir penyokong tegar mereka yang syok sendiri.

Mungkin Pok Nik perlu segara mengajak semua pengikut-pengikutnya bersolat hajat di semua stadium.

Semakin dikuPAS, semakin niPIS, lama-lama puPUS...

Friday, 29 June 2012

Wow! Ceramah Anwar di Sungai Petani 29 Jun 2012 dihadiri 50,000!

Aku baru pulang dari tempat ceramah Anwar Ibrahim di Taman Ria Jaya, Sungai Petani sebentar tadi. Kalau mengikut kenyataan di banner, majlis tersebut sepatutnya bermula jam 6.00 petang, tetapi Anwar hanya tiba pada pukul 9.30 malam.

Ketibaan "bakal Perdana Menteri yang disayangi" itu disambut dengan sebuah lagu Tamil. Ceramah itu bertemakan "Selamatkan Malaysia", tetapi tidak ada satu bendera Malaysia pun dipasang.

Padang tapak malam itu dilengkapi dengan 30 buah khemah. Satu khemah boleh memuatkan maksima 50 buah kerusi, jadi jumlah maksima hadirin adalah 1,500 sekiranya semua kerusi dipenuhi.

Bagaimanapun, setelah aku tinjau semua khemah-khemah yang ada, hanya beberapa khemah di bahagian hadapan yang hampir penuh, manakala khemah-khemah yang lain hanya satu-pertiga atau separuh penuh.

Kebanyakan yang hadir adalah dari kaum India, diikuti oleh kaum Melayu. Aku tidak nampak seorang pun orang Cina kecuali yang berniaga di sebuah gerai telekomunikasi di kawasan itu.

Aku anggarkan jumlah di dalam khemah adalah sekitar 1,000 paling ramai. Bagaimananpun, kalau didarabkan dengan 10, jumlahnya adalah 10,000, dan kalau dicampur dengan 40,000 ekor nyamuk, lalat, kupu-kupu, belalang, pepatung, cengkerik dan lain-lain serangga serta hantu-hantu yang tidak kelihatan dengan mata kasar, maka jumlahnya memang mencapai 50,000! Jumlah ini amat berpadanan dan memang dijangka untuk seorang "bakal Perdana Menteri yang disayangi" itu. Jumlah ini adalah dua kali ganda berbanding jumlah MANUSIA yang hadir ketika DS Najib datang ke tempat yang sama 3 bulan lepas.

Ini adalah gambar-gambar yang sempat aku rakam di sekitar ceramah tersebut:

Pada jam 6.30, jumlah yang hadir hanya sekitar 30-50 orang. Aku diberitahu bahawa Anwar dijangka tiba hanya pada jam 9.00 malam dan bukannya 6.00 petang seperti yang ditulis di atas banner

Gambar ini dan semua gambar-gambar dibawah diambil antara jam 9.15 - 9.45 malam. Anwar tiba pada jam 9.30 malam

Begitu ramai yang hadir hingga peniaga-peniaga kelam-kelibut melayan pelanggan-pelanggan yang berebut-rebut membeli! Bagaimana pun anda tidak nampak pelanggan-pelanggan tersebut kerana mereka adalah invisible


Tuesday, 26 June 2012

Kenapa Kelantan tidak layak dapat royalti minyak

Article 3 UNCLOS 1982

Breadth of territorial sea
(Keluasan wilayah laut)

Every State has the right to establish the breadth of its territorial sea up to a limit not exceeding 12 nautical miles, measured from baselines determined in accordance with this Convention.
(Tiap-tiap Negeri mempunyai hak untuk menubuhkan lebar laut wilayah sehingga had tidak melebihi 12 batu nautika yang diukur dari garis dasar yang ditentukan mengikut Konvensyen ini.)

  • Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83), semua hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerahkan hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana-mana udang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dulu sampai sekarang.
  • Kerajaan Persekutuan hanya menyerahkan hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada PETRONAS menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) di mana PETRONAS telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan ekplorasi dan ekspoitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.
  • Begitu juga dengan Kerajaan Kelantan yang telah menyerahkan sepenuh haknya tanpa boleh batal (irrevocable) kepada PETRONAS untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta144) pada 9 Mei 1975.                                
  • Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dan Pengerusi PETRONAS, Tengku Razaleigh Hamzah telah menandatangani satu Surat cara Peletakhakkan (Vesting Deed/Instrument) yang dibuat menurut peruntukkan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144)#
  • Dalam isu tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ini, keterangan menunjukan bahawa kedudukan medan / telaga minyak yang terlibat iaitu PM301 dan PM302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut Negeri Kelantan.


  • Oleh itu, adalah jelas bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak layak mendapat bayaran tunai (royalti) di bawah Perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang dijumpai oleh PETRONAS yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.

Thursday, 21 June 2012

UMNO, Felda dan Melayu

Hanya ada dua badan yang diterajui oleh Melayu yang dihormati di dunia ini: UMNO dan Felda.

UMNO sejak penubuhannya dahulu telah membuktikan keupayaan Melayu dalam mentadbir negara berbilang kaum dengan mengutamakan kepentingan bangsa Melayu dan ugama Islam sebagai majoriti, dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan kaum-kaum dan ugama-ugama lain. Perkongsian kuasa Melayu UMNO dengan MCA dan MIC yang mewakili dua lagi kaum terbesar di Malaysia, serta parti-parti lain yang lebih kecil, adalah sesuatu yang amat dikagumi di dunia, dan telah memberikan keamanan kepada Malaysia sejak sekian lama. Banyak negara mahu belajar dari Malaysia formula perkongsian kuasa ini, tetapi mereka gagal melaksanakannya. Keamanan dan kestabilan politik telah memberikan Malaysia peluang yang amat baik untuk memajukan negara dan Malaysia kita sudah lama keluar dari kelompok Negara Ketiga dan sedang menuju ke arah negara maju. Berpusu-pusu rakyat asing datang menumpang mencari rezeki di Malaysia.



UMNO jugalah yang telah mengilhamkan dan memajukan Felda. Felda kini dikenali sebagai badan pertanian yang terbesar di dunia dan semakin maju dari masa ke semasa. Felda inilah yang telah membantu ramai Melayu keluar dari kepompong kemiskinan, dan anak-anak Felda kini tidak lagi terpinggir malah ramai dari mereka telah jauh ke hadapan berbanding rakyat biasa yang lain. Selain dari memberi pendapatan tetap dan memuaskan untuk keluarga Felda, ia juga telah memberikan banyak peluang pekerjaan sehinggakan pekerja-pekerja asing begitu ramai diperlukan.



Kedua-dua UMNO dan Felda diterajui oleh Melayu untuk Melayu sendiri. Ia digeruni oleh bangsa-bangsa lain dan negara-negara lain. Ia menjadi contoh kepada banyak negara yang kurang maju untuk mereka membangunkan negara mereka sendiri. Apa tidaknya, Malaysia hanya negara yang kecil berbanding dengan jiran-jiran seperti Indonesia dan Thailand, tetapi Malaysia menjadi pengeluar getah dan sawit utama di dunia- semuanya adalah kerana sistem perladangan terancang dan tersusun melalui Felda.

Malangnya, segelintir Melayu sendiri cuba menjatuhkan UMNO dan Felda. Golongan ini sebenarnya tahu kebaikan dan kepentingan UMNO dan Felda untuk Melayu, namun kerana sikap hasad-dengki sesama bangsa yang memang telah lama wujud dalam masyarakat Melayu, mereka sanggup berkerjasama dengan pihak-pihak lain untuk memburukkan UMNO dan Felda. Demi agenda peribadi mereka, mereka sanggup hilang keistimewaan yang dimilikki oleh kaum Melayu, bak kata orang, "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".

Melayu tidak menguasai sebarang perniagaan, kecuali perniagaan pasar malam. Melayu tidak menguasai sektor-sektor pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perikanan, perlombongan, pembalakan dan lain-lain. Mengapa satu-satunya yang ada - itu pun dengan bantuan UMNO dan kerajaan- masih hendak dimusnahkan?

Yang ironik dan sedihnya, perbuatan memburukkan UMNO dan Felda hampir semuanya datang dari Melayu sendiri, bukan kaum lain. Mungkin kaum lain seperti Cina sedar bahawa Melayu, yang merupakan masyarakat majoriti di Malaysia, perlu mempunyai kuasa membeli; jika tidak, siapa yang akan membeli barangan dan perkhidmatan mereka. Tetapi Melayu tidak boleh melihat Melayu lain senang, Melayu lebih rela melihat kaum lain kaya-raya asalkan bukan bangsa mereka sendiri!

Memang ada kelemahan atau isu dalam UMNO atau Felda. Tetapi sepatutnya tumpuan rungutan atau bantahan ditumpukan kepada kelemahan atau isu berkenaan untuk sama-sama diperbaiki, bukannya menuduh itu-ini tanpa asas.

Mereka inilah sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara. Tidak kira apa topeng perjuangan yang mereka pakai, samada topeng ugama, "Bersih" atau apa saja, tujuan mereka hanya satu: menjatuhkan UMNO dan apa saja yang berkaitan dengan UMNO seperti Felda.

Sudah sampai masanya Melayu menyedari hakikat ini dan menentang perjuangan palsu yang hanya mahu menjatuhkan Melayu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa kejatuhan Melayu adalah kerana Melayu sendiri. Kita perlu belajar mengenal musuh sebenar dan bukannya saling menjatuhkan sesama-sendiri kerana jika kita menang sekali pun, kita hanya akan menang bersorak sedangkan kampung kita tergadai.

Rafizi oh Rafizi...

Kenapa Rafizi letak jawatan?



Pendebat yang "hebat" hari tu kini telah meletakkan jawatan untuk "berehat"... Adakah beliau perlukan masa untuk mempelajari Google yang "diperkenalkan" oleh Khairy, atau beliau telah menjumpai sesuatu dalam Google yang meyebabkan beliau meletakkan jawatan? :)

Atau apakah Rafizi terkedu kerana melihat "ketirisan" dan "cronyism" yang diteriak dalam debat beliau dengan Khairy kini terpampang di depan matanya dalam PKR sendiri?
Apa pun, aku pasti bukan Rafizi seorang dari PKR atau PAS yang akan meletak jawatan dalam masa terdekat ini. Ramai lagi dijangka akan menyusul. Perbalahan dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat dibendung lagi.

Retak menunggu belah. Semakin hari semakin niPIS...

http://www.malaysiakini.com/news/201553