Followers

Monday 25 November 2013

Hadi Awang Sudah Menekan Panic Button!

Belum pernah terjadi dalam sejarah muktamar Pas begitu ramai perwakilan dengan beraninya mengkritik Pas dengan berbagai isu. Antara yang diluahkan ialah tentang kualiti ulama Pas yang hanya sekadar ulama kampung, sikap taksub dan bongak di kalangan "Mr Arrogant" di dalam Pas, fokus Pas yang hanya pada soal hukum-hakam tapi tidak mementingkan perkara-pekara lain yang penting, hakikat bahawa Pas hanya "Barua Dap" dan sekadar penumpang di dalam Pakatan, kemerosotan undi Melayu kepada Pas, konsert heavy metal di Karnival Pas Shah Alam, dan pemilihan yang dimalukan dengan insiden salah cetak kertas undi. Luah-luahan ini disuarakan dengan begitu lantang, seolah-olah mereka memberi kata dua atau amaran kepada pucuk pimpinan.

Pemilihan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden adalah sesuatu yang tidak disenangi dan memeranjatkan ramai ahli-ahli Pas. Walaupun ini tidak disuarakan, penolakan itu dapat dilihat jelas kerana tidak ada pemimpin atau perwakilan yang tampil mengucapkan tahniah kepada Mat Sabu.

Hadi Awang pada 23 Nov 2013 mengumumkan bahawa Pas sedia bermuzakarah dengan Umno mengenai perlaksanaan hukum-hukum Islam. Ini adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan pendirian Nik Aziz sebelum itu yang sanggup meludah sesiapa sahaja yang cuba mengajak Pas bersatu dengan Umno.

Dan semalam pada 24 Nov, Hadi Awang dalam ucapannya memberi amaran supaya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Pas "jangan meninggalkan bahtera.". "Sesiapa yang meninggalkan bahtera, dia tidak akan selamat walaupun ulama", katanya.

Persoalannya, kenapakah perwakilan kali ini begitu banyak mengkritik Pas? Kenapa tiba-tiba Pas mahu bermuzakarah sedangkan selama ini mereka menganggap Umno menolak hukum Allah dan kafir, zalim, jahil dan sebagainya? Dan kenapa pula Hadi memberi amaran supaya tidak meninggalkan bahtera?

Jawapannya jelas. Semua ini membayangkan krisis yang serius dalam Pas. Nakhoda kapal sebenarnya sudah menekan panic button. Pas sebenarnya adalah sebuah kapal yang sudah lama hanyut, dan kini ia sedang tenggelam. Hadi sedar bahawa ramai telah, sedang dan akan meninggalkan Pas, maka usaha terakhir beliau ialah untuk cuba menyakinkan mereka yang ada supaya terus kekal bersama Pas, dengan memberi beberapa harapan termasuk muzakarah dengan Umno dan perbincangan dengan Pakatan mengenai siapa yang bakal mengetuai Pakatan, serta meniup harapan bahawa Hadi bakal menjadi PM sekiranya Pakatan memerintah.

Tetapi semuanya mungkin sudah terlewat. Bahtera itu akan terus tenggelam dan penumpang-penumpang akan melompat keluar.




Saturday 23 November 2013

Kelucuan Sepanjang Muktamar Pas Ke 59

Banyak betul perkara lucu sepanjang Muktamar Pas kali ini....Antaranya:

1) Hadi Awang dalam ucapannya menegaskan bahawa isu-isu mengenai Islam bukan barang dagangan yang boleh dijaja ke sana-sini. Samada sedar atau tidak, Hadi sedang menemplak parti sendiri yang menjaja Islam ke sana-kemari selama ini.

2) Anak Hadi Awang menang Timbalan Ketua Pemuda Pas manakala menantunya menang AJK Pemuda Pas Pusat. Ini menguatkan lagi trend parti anak-beranak dalam PR.

3) Hadi Awang juga menegaskan bahawa Pas bukan sekadar penumpang dalam PR tetapi setaraf dengan DAP dan PKR. Kenyataan ini amat memalukan kerana Hadi Awang lupa bahawa dalam tahaluf siyasi sepatutnya Islam yang memimpin, bukan sekadar sama taraf.

4) Pemilihan AJK Pusat terpaksa ditangguhkan kerana kesilapan kertas undi. Nama seorang calon dicetak dua kali, manakala nama seorang lagi calon tidak dicetak. Ini adalah kesilapan yang amat-amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku dalam parti yang sering mengkritik PRU negara yang jauh lebih besar.

5) Serang perwakilan dari Kedah membangkitkan rasa terkejut dengan konsert Gig Green Zone di Karnival Pas Shah Alam di mana ianya disertai oleh kumpulan heavy metal Heart Attack yang tidak menepati budaya Pas, yang selama ini banyak membantah konsert seumpama itu sebelum ini. Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pas, Dr Muhaimin Sulam mengakui bahawa konsert sedemikian sudah banyak kali dianjurkan oleh Pas untuk menarik anak muda.

6) Pemuda Pas menolak usul mempertahankan kepimpinan ulama.

7) Mat Sabu, seorang yang kalah dalam PRU13 dan tidak disenangi oleh sebahagian ahli-ahli Pas sendiri, berjaya mengekalkan kerusi Timbalan Pengerusi

Nik Aziz Mr Arrogant?

Sesuatu yang menarik dalam Muktamar Pas hari ini ialah mengenai "Mr Arrogant" yang dikatakan menjadi punca krisis dalam Pas, bukannya perbalahan antara "Erdogan" dan "ulama". Isu ini ditimbulkan oleh wakil dari Terengganu Hishamuddin Abdul Karim.



Katanya, Mr. Arrogant ini telah muncul di dalam PAS dan menguasai diri dalam pimpinan parti itu sehingga merasai diri merekalah yang terbaik.

"Tetapi sebenarnya pimimpin parti dan ahli PAS telah melahirkan Mr. Arrogant dalam diri. Bolehkah kita setia dan sayangkan jemaah mengatasi kepentingan diri sendiri. 

“Ya, saya menaruh keyakinan Arrogant telah menguasai sebilangan diri kita pada hari ini," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-59, hari ini.


Demi memantapkan kekuatan parti, beliau mencadangkan agar semua pihak berusaha untuk memperkukuhkan wehdatul fikr di kalangan seluruh ahli.

"Berakhirnya muktamar ini, segala konflik dalaman hendaklah ditamatkan segera dan kebumikan terus di stadium ini bagi mengorak langkah yang lebih padu memartabatkan Islam," katanya yang juga Adun Tepoh.

Katanya, penyertaan ke dalam PAS hendaklah berasaskan penyertaan dalam sebuah jemaah Islam yang menuntut ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

"Walaupun kita datang dari pelbagai jemaah yang lain, kepimpinan jamaah yang mesti ditaati dan diberikan sepenuh kepercayaan hanyalah kepada tunggak kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang," jelasnya.


Persoalnnya di sini, siapakah orang atau orang-orang yang disebut sebagai Mr Arrogant itu? Mungkin hanya Hishamuddin yang tahu, tetapi ia jelas tidak merujuk kepada Hadi Awang. Selain Hadi, yang paling berpengaruh dalam Pas ialah Nik Aziz. Dan melihat singkap bongkak Nik Aziz, beliau adalah salah seorang yang layak mendapat gelaran tersebut.

Syabas kepada Hishamuddin kerananya akhirnya ada seorang ahli Pas yang berani bersuara terhadap Mr Arrogant ini.

BERITA PENUH DALAM HARAKAH: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/23714-bukan-isu-erdogan-vs-ulama-tapi-mr-arrogant 

Friday 22 November 2013

Hadi Mengkritik PAS sendiri!!!

Dalam ucapannya di Muktamar Pas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan  bahawa isu-isu agama yang bersendikan al-Quran dan as-Sunnah tidak wajar dijadikan 'barang dagangan' yang boleh dijaja ke sana ke mari.

Apatah lagi kata Abdul Hadi apabila ia dijadikan senjata politik oleh sesetengah pihak seolah-olah perihal agama ini umpama barang dagangan yang boleh dijual beli. 




Betapa benarnya kata-kata Hari itu, sekiranya kata-kata itu ditujukan kepada Pas sendiri. Siapakah yang menjaja isu-isu ugama dipentas-pentas politik, masjid-masjid dan sebagainya jika bukan Pas? Siapakah yang sering mengganggap diri sendiri lebih Islam dari orang lain dan mengkafirkan orang lain? Siapakah yang sering mengeluarkan fatwa-fatwa dan amanat yang bercanggah sesama sendiri kalau bukan Pas?

Nampaknya Hadi Awang hanya mengkritik Pas sendiri kerana tidak ada parti lain yang menggunakan Islam sebagai senjata politik.

Alhamdulillah jika Hadi sudah sedar.


Ulama PAS Hanya Ulama Kampung!

Aku tertarik dengan kenyataan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dalam Sinar Harian Hari ini ( http://www.sinarharian.com.my/politik/perlu-setaraf-ulama-antarabangsa-1.223292 ).


Katanya ulama-ulama Pas perlu meningkatkan diri untuk setaraf dengan ulama-ulama antarabangsa sehingga boleh membincangkan pelbagai isu, bukan hanya sekadar ilmu ugama tetapi perlu merangkumi eknomi, isu-isu semasa dan hubungan antarbangsa. Katanya, ada ulama antarabangsa yang bukan sahaja mahir dalam ilmu Islam, tetapi boleh bertutur senhingga 5 bahasa dan boleh bercakap dalam berbagai perkara termasuk undang-undang, dan ini menjadikan mereka amat disegani di persada antarabangsa.

Kenyataan ini amatlah tepat. Sudah lama diperkatakan, temasuk oleh Anwar sendiri, bahawa ulama Pas hanya ulama kampung. Kalau dilihat di ceramah-ceramah politik, isu yang ditimbulkan hanya isu-isu kecil dan remeh-temeh mengikut perspektif sendiri, dan banyak isu ceramah hanya bertumpu kepada menghina atau merendahkan orang lain. Tidak ketinggalan juga fitnah bersandarkan khabar angin. Tidak ada sebarang cadangan diberikan, jauh sekali bercakap tentang isu yang lebih luas untuk kepentingan umat Islam dan masyarakat am.

Begitu juga dengan ceramah-ceramah ugama. Semuanya hanya berkisar kepada hukum-hakam kecil terutama bab nikah kahwin dan hubungan suami-isteri, diselit dengan jenaka-jenaka menyindir dan kadang-kadang lucah, tetapi tidak pernah membincangkan sesuatu yang melangkaui perkara-perkara biasa yang sudah sering kita dengar. Ini diburukkan lagi dengan laungan negatif seperti "harta tidak boleh dibawa ke kubur", "dunia bukan untuk orang-orang Islam, akhirat yang utama" dan sebagainya..

Komen dari Dr Maszlee memang tepat pada masanya, bertepatan dengan Muktamar Ke 59 Pas yang sedang berlangsung. Sekiranya Pas ingin menjadi jaguh Islam, mereka perlu menjadi jauh lebih baik dari ulama kampung yang hanya mencaci dan mencela orang lain, dan perlu melihat dan mempromosikan Islam dari sudut yang lebih luas. Masyarakat sekarang tidak lagi berfikiran seperti orang kampung, tetapi Pas masih kekal di tahap lama.

Pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya.

Thursday 21 November 2013

LAWAK TERBARU DARI PAS!

4 hari lalu Pas "dengan tegasnya" meminta Karpal meminta maaf secara terbuka terhadap kenyataannya menggesa Pas dibubarkan.

Seperti yang kita tahu, Karpal yang pernah berkata "Over my dead body!" itu tidak akan meminta maaf. Dia sendiri dengan tegas menyatakan yang dia tidak akan meminta maaf, malah menyindir Pas yang "tidak faham Bahasa Inggeris".

Seperti yang diduga, hari ini Pas beralah lagi! Karpal sudah dimaafkan tanpa perlu meminta maaf!

Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib dalam sidang media selepas penangguhan Muktamar Pas hari ini menyatakan bahawa Dewan itu akan "memaafkan" Karpal kerana Karpal belum faham Islam.

Harun Taib

Beliau juga berkata, tidak pernah dukacita terhadap kenyataan pemimpin nombor satu DAP itu.

"Saya sudah bercakap banyak kali, saya tak berdukacita dia bercakap demikian, sebab Karpal Singh tidak memahami Islam.

Macam mana kita nak kutuk  dia (Karpal) tak faham lagi, kita bertahaaluf dengan DAP dan PKR ini kerana kita bertujuan untuk berdakwah mereka dan boleh faham Islam.

Jadi Karpal Singh ini belum sempat lagi nak belajar Islam, jadi kita maaflah, kerana dalam Islam kata apabila orang jahil bercakap biar ke dia dulu, lawan orang jahil rosak kita," katanya pada sidang media.


KAH KAH KAH KAH! KALAU NAK MAAFKAN BEGITU SAJA, KENAPA SEBELUM NI MENDESAK KARPAL MEMOHON MAAF??? Lain kali jangan melenting kalau Karpal cakap apa-apa....maafkan je on the spot! :)

Berita penuh dari Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/politik/ulama-sudah-maafkan-karpal-1.223216

Tuesday 19 November 2013

Anwar Terpaksa Menipu Lagi!!!

Apabila disindir pedas oleh DS Najib mengenai 40,000 pengundi Bangladesh, Anwar hari ini tampil menafikan bahawa beliau pernah menyebut tentang pengundi Bangladesh tersebut. Malah beliau menuduh fitnah mengenai pengundi Bangladesh ini hanya ditimbulkan oleh blogger-blogger Umno dan carian dalam internet tidak akan dapat menghubungkan beliau dengan dakwaan pengundi Bangladesh tersebut.

Pembohong besar Bang Non! 

Dia sendiri mencipta fitnah tersebut dan mencanang di merata ceramah, tetapi kini cuba menafikan pula!

 

Aku cari 5 minit je, aku dah jumpa dua link dari Harakah mengenai kes ini.

1. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18911-jpm-bawa-ribuan-warga-asing-masuk-untuk-mengundi

    Link ini dengan tajuk "JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi" dikeluarkan oleh Harakah pada 2 Mei 2013, tiga hari sebelum PRU13. Memang warga Bangladesh tidak disebut di sini, tetapi warga Sabah & Sarawak serta Thailand, Kemboja, Pakistan, Myanmar dan Indonesia disebut. Angka 40,500 juga disebut. Semua "pendedahan" itu dikaitkan dengan Anwar.

2. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18899-jika-spr-menipu-rakyat-sedia-bangkit

   Link kedua ini juga dikeluarkan oleh Harakah pada hari yang sama. Yang ini lebih panjang jelas menyebut mengenai pengundi Bangladesh. Antara yang disebut ialah "Pada 2hb Mei 2013, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mendedahkan bukti ketibaan para pengundi Bangladesh ini". Of course, pendedahan itu tidak pernah dibuat oleh Anwar pada hari itu atau pada 3 atau 4 Mei sebelum mengundi, hanya pembogongan besar!

Apakah Harakah menipu? Sekiranya Harakah menipu, Anwar perlu menyaman Harakah, bukannya menyalahkan Umno.

Inilah seorang penipu paling besar dalam sejarah Malaysia. Bila kantoi dengan satu penipuan, dia akan mencipta penipuan baru untuk menutup penipuan terdahulu. Mungkin dia ingat rakyat Malaysia masih bodoh.

You are finished Mr Anwar!

Madu Kuberi Racun Kau Balas....

Satu ketika Pas kata haram berkongsi kuasa dengan kafir.

Tetapi apabila kalah dalam setiap PRU dan hanya mampu berkuasa di Kelantan, tiba-tiba Pok Nik berkata beliau sanggup berkerjasama dengan syaitan sekali pun jika itu menolong Islam.

Maka bermulalah 'tahaluf siyasi' bersama PKR dan DAP. Pok Nik dan Hadi Awang tahu ini bukan sesuatu yang mudah untuk diterima oleh pengikut-pengikut mereka yang selama ini begitu berkobar-kobar mahu memperjuangkan Negara Islam dan hudud tanpa berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir.



Maka untuk melembutkan hati dan menggula-gulakan penyokong-penyokong mereka, bermulalah episod 'menaik-tarafkan' orang-orang kafir yang ditentang hebat sebelum ini.

Mula-mula pemerintahan Guan Eng dipuji malah dibandingkan dengan pentadbiran seorang khalifah. Kemudian beberapa orang pemimpin DAP mula membaca ayat-ayat Quran dan hadis. Pemimpin-pemimpin DAP termasuk wanita yang tidak menutup rambut juga dibenarkan masuk ke masjid.



Pemimpin-pemimpin kafir terus dipuji dengan strategi tersusun menggunakan terutamamya Pok Nik sendiri, Hadi Awang dan Mat Sabu serta Mustafa Ali, manakala pemimpin yang tidak bersetuju seperti Hasan Ali ditendang dari parti.



Kemuncaknya strategi itu ialah bila mereka dengan berani telah mengisytiharkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP lebih memahami Islam dari UMNO... UMNO dibayangkan seolah-olah lebih teruk dari kafir bila Pok Nik menyatakan "orang Umno tidak bersolat" dan "UMNO buat masjid hanya untuk menjadi kontraktor", dan dalam masa yang sama memuji pemimpin-pemimpin DAP yang kononnya sudah boleh duduk semeja, malah sudah memahami dan menerima Islam. Sebagai balasan, kalimah Allah sanggup digadaikan...



Tapi semua lakonan dan penipuan itu hanya sia-sia. Kini syaitan yang dikawani itu dengan lantang terus menentang Negara Islam dan hudud, malah menyeru supaya parti yang berasaskan ugama dibubarkan dari Malaysia. Segala pengorbanan terhadap DAP selama ini hancur berkecai!

Mungkin ini peringatan dari Allah bahawa manusia bukan maksum dan tidak boleh bongkak, kerana Allah lebih berkuasa. Apabila anda berkawan dengan syaitan, anda juga akan menjadi syaitan dan kemurkaan Allah akan datang.

PKR Pula Selar PAS Mengenai Hudud

Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Dr Afif Baharudin hari ini menyelar PAS dan menyatakan bahawa banyak lagi perkara utama perlu dititik-beratkan selain hudud.




Katanya, masalah-masalah seperti kemiskinan, masalah sosial dan kekurangan pelajaran di kalangan remaja perlukan penyelesaian.

Nampaknya bukan hanya DAP yang tidak bersetuju mengenai hudud tetapi PKR juga tidak setuju. PAS perlu memilih samada menggugurkan perjuangan hudud sebagaimana Negara Islam digugurkan untuk kekal bersama PR, atau keluar dari PR jika masih mahu memperjuangkan hudud. PAS tidak lagi boleh membohongi diri sendiri dan penyokong-penyokongnya.

PAS Penang Ugut Akan Letak Jawatan

PAS Penang hari ini (19 Nov 2013) menggugut akan meletakkan jawatan-jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memprotes campur-tangan berlebihan dari Kerajaan Negeri dalam pentadbiran hal-ehwal Islam serta tidak puas-hati dengan perlantikan wakil-wakil agensi, wakil kampung dan JKK.





Baru sedar...atau ini cuma sandiwara untuk menutup isu-isu yang lebih besar yang sedang melanda PAS sekarang?

Sekiranya ini adalah kerana kesedaran, ia adalah sesuatu yang baik dan perlu dipandang serius oleh kepimpinan tertinggi PAS, dan PAS perlu mengkaji semula kerjasama dalam Pakatan. Hakikatnya, PAS hanya akan terus dikeldaikan sekiranya kekal dalam PR.

Monday 18 November 2013

Ahli Parlimen UK Kunjungi SPR

Pembangkang Malaysia sering menuduh SPR dengan berbagai tuduhan...
Tetapi amat aneh bila 6 Ahli Parlimen dari United Kingdom datang melawat SPR di Malaysia....


P. MANOGRAN (tiga, kanan) dan Christopher Wan Soo Kee (kiri) bersama delegasi Persatuan Parlimen Komanwel dari United Kingdom yang diketuai Ian Liddell-Grainger (tengah) ketika menerima kunjungan delegasi itu di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 18 Nov. - Enam ahli Persatuan Parlimen Komanwel dari United Kingdom hari ini melawat Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk memahami sistem pilihan raya dan isu-isu berkaitan di negara ini.
Mereka yang hadir ialah Ian Liddell-Grainger, John Denham, Baron Dholakia, Viscount Hanworth, Yasmin Qureshi dan Pete Wishart.
Ahli politik dari pelbagai parti politik termasuk Parti Buruh, Parti Konservatif, Parti Liberal Demokrat dan Parti Nasional Scottish itu menghabiskan masa lebih sejam untuk berkongsi pengalaman dengan Ahli SPR, Datuk Dr. P. Manogran dan Datuk Christopher Wan Soo Kee.
Manogran berkata, tujuan lawatan wakil-wakil rakyat United Kingdom ke Malaysia adalah untuk memahami fungsi SPR selain keadaan di Malaysia termasuk operasi Mahkamah Syariah dan Sivil di negara ini.
''Mereka juga berminat mengenai sistem Parlimen, pembentukan Parlimen baharu di Malaysia serta perhubungan antara Dewan Rakyat dengan Dewan Undangan Negeri (DUN).
''Mereka juga mahu mengetahui tentang peranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara selain mengenai keharmonian kaum di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia 19 Nov 2013

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131119/dn_02/Ahli-Parlimen-UK-kunjungi-SPR#ixzz2l2szs5AK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Biarlah Gambar Berbicara....

Lihatlah gambar ini dan anda nilaikan sendiri apa yang anda lihat...Tak perlu saya ulas panjang-panjang kerana gambar ini menceritakan segala-galanya...



EDISI BONGKAR: RAHSIA NAJIB KE BANGLADESH

DS Najib memulakan lawatan 3 hari ke Bangladesh hari ini. 


Ramai tertanya-tanya apa tujuan beliau ke Bangladesh itu.

Lapuran sulit menyatakan bahawa salah satu agenda utama beliau ialah mempelajari ilmu ghaib 40,000 rakyat Bangladesh yang membolehkan mereka mengundi di Malaysia tanpa dilihat sesiapa dalam PRU13 yang lepas.... 

Kalau ada peluang, aku pun teringin nak belajar...


KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Blackout di Kelantan Angkara UMNO?

GEMPAR TERBARU!!! Umno Buat Hal Lagi!!!

Ini adalah berita yang aku baru terima dari seorang rakan aku di Kelantan.

Negeri Serambi Mekah sebentar tadi telah mengalami blackout besar-besaran hampir di seluruh negeri.

Ini telah menyebabkan draf hudud yang sedang ditaip telah hilang sebelum disave.

Oleh yang demikian, Pas terpaksa mengambil masa 20 tahun lagi untuk menaip semula draf tersebut. 


Berita ini sudah dimuatkan dalam sebuah akhbar tempatan.

 Asal Usul's photo.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH.....

GEMPAR TERBARU!!!

NI BETUL-BETUL GEMPAR!!!

Adeh...aku tak tau nak gelak ke, nak terkejut ke atau nak apa....



Hari ini 18 Nov 2013, DAP telah memecat ADUN Pujut, Sarawak, Fong Pau Teck kerana tidak membayar sumbangan bulanan yang perlu dibayar oleh Adun/Ahli Parlimen yang telah dilantik!

Pemecatan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai petang tadi. 

Haiyaaaa...ini macam pun ada maaa..... All DAP ADUN's/MP's, please don't forget to pay your "protection money" promptly every month! :D

Sunday 17 November 2013

A Picture Paints a Thousand Words...

Rasanya aku tak perlu mengulas panjang-panjang... Biarlah gambar menceritakan segala-galanya...

Saturday 16 November 2013

Muktamar PAS akan diboikot?

Beberapa sumber menyatakan ramai ahli-ahli PAS akan memboikot Muktamar PAS ke 59 di Kota Permai.
Ini adalah kerana sebahagian pemimpin dan penyokong PAS tidak bersetuju dengan kepimpinan PAS yang dilihat terlalu mengikut telunjuk DAP dan PKR, sehingga PAS kelihatan hanya sebagai parti pak turut yang tidak lagi memperjuangkan Islam. Ramai pemimpin dan ahli-ahli PAS terutama di kalangan Pemuda PAS mendesak parti itu mengkaji semula 'tahaluf siyasi' bersama DAP dan PKR.

Sejauh mana kebenarannya, kita tunggu beberapa hari lagi.

Pengikut Tuhan Harun Dicari Polis

DUN Sg Limau: FAKTA, bukan Auta

SIAPA SEBENARNYA YANG RASIS?

Bila gerai-gerai Melayu diroboh tak ada sesiapa pun buat demontrasi...
Bila Kampung Hakka diroboh, ramai pemimpin-pemimpin dan ahli DAP meroyan dan merusuh...

INILAH RASIS! INILAH DOUBLE-STANDARD! MACAM CELAKA!!! MELAYU JUGAK YANG BODO DOK SOKONG DEPA!

http://www.malaysiakini.com/news/245438

Tahniah Kerajaan Kelantan!

Walaupun Kelantan kalah bola, projek lebuhraya tetap diteruskan dan kini sudah hampir siap...

Photo: Walaupun Kelantan kalah bola, projek lebuhraya tetap diteruskan dan kini sudah hampir siap...

Inilah Perjuangan Mereka!

Aksi seorang "Islam"!!! 

Diberitakan Pakcik (Atok?) dalam gambar ini ialah seorang pengedar akhbar-akhbar pembangkang di taman-taman sekitar Manjung... Kini dia menjaja kemaluannya pula :)

Photo: Aksi seorang "Islam"

PUSing-PUSing Bulatan...

Aik..dulu kata Karpal dan DAP dah paham perjuangan PAS...sekarang kata Karpal tak paham pulak???

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/23224-pas-bantah-kenyataan-karpal-singh

Kenapa aku HENTAM dan akan terus HENTAM Pas!

Ada orang tanya kenapa aku suka menghentam Pas, sedangkan Pas adalah sebuah parti "Islam". Depa tanya kenapa aku menentang Islam...Bukankah aku seorang Islam?

Ini sebab-sebabnya.


Pertama, Pas bukan Islam dan Islam bukan Pas. Pas hanya sebuah parti politik yang menggunakan nama Islam sebagai modal politik. Islam telah diturunkan Allah lama dulu sebelum kewujudan Pas.

Keduanya, Pas yang menjaja label Islam sedikit pun tidak menunjukkan keIslamannya dengan fatwa-fawta dan dolak-dalik yang hanya menjadikan Islam sebagai jenaka. Terlalu banyak contoh boleh dilihat, bermula dari Amanat Hadi Awang yang menyatakan bahawa adalah haram berkongsi kuasa dengan kafir. Tetapi kini, mereka sendiri berpakat dengan kafir dan memanggilnya tahaluf siyasi. Hadi Awang mungkin lupa bahawa dia pernah berkata bahawa tidak perlu masuk Yahudi untuk menjadi Yahudi, tidak perlu masuk Kristian untuk menjadi Kristian, cukup hanya dengan bersekongkol dengan mereka. Kini Pas melakukan apa yang dituduh kepada Umno, malah lebih teruk lagi.

Keceluparan mulut Nik Aziz sudah ditahap kritikal. Katanya, dia sanggup berkawan dengan syaitan sekali pun, asalkan bukan Umno. Umno dituduh mendirikan masjid hanya untuk menjadi kontraktor, bukan untuk bersolat. "Orang Umno tidak solat", kata Nik Aziz. Nik Aziz juga berkata dia akan meludah sesiapa sahaja yang mengajaknya untuk bersatu dengan Umno selagi dia masih hidup. Nik Aziz pernah mendoakan DS Najib pecah perut. Nik Aziz juga mengajak orang bersolat hajat mendoakan Umno KO. Dia juga berkata bahawa Islam membolehkan manusia memaki dan mencarut kerana Allah juga memaki.

Dalam masa yang sama, bila Dap tidak setuju dengan penubuhan Negara Islam, tiba-tiba sahaja Hadi Awang dapati bahawa Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran; yang ada hanya Negara Berkebajikan. Ini berlawanan dengan laungan mahu mendirikan Negara Islam sebelum itu. Bila Karpal dan Dap menentang hudud, Hadi Awang berkata bahawa "keperluan melaksanakan hudud hanya 0.0001% dalam Islam". Dia juga mengesahkan bahawa hudud tidak ada dalam agenda Pakatan. Beberapa orang pemimpin Pas juga membuat kenyataan bahawa hudud belum boleh dilaksanakan kerana faktor ekonomi dan ditakuti mendatangkan mudarat dan darurat. Tapi sebelum itu mereka begitu menghentam Umno kerana tidak melaksanakan hudud. Bila mereka sendiri tidak boleh melakukannnya, berbagai alasan diberi untuk mengambil hati dan terus menipu penyokong-penyokong mereka.

Di samping itu, Pas tak henti-henti memfitnah Umno. Sudah berpuluh tahun mereka mencanang isu pengundi hantu, tapi tak ada seorang pun ditangkap dan tak ada secebis bukti pun dikemukakan. Mereka tak henti-henti menuduh Umno terlibat dengan rasuah tanpa bukti jelas, tetapi menutup perbuatan mereka yang serupa. Tak henti-henti juga mereka menuduh Umno menguasai polis, mahkamah dan sebagainya bila sesuatu tidak menyebelahi mereka, tetapi diam bila ianya memberi kelebihan kepada mereka. Berbagai fitnah dan tuduhan dilemparkan kepada Umno, tetapi bila mereka sendiri melakukannya, mereka mendakwa itu semua hanya permainan media Umno.

Bila diberi kuasa mentadbir negeri seperti Kelantan dan Kedah, kebajikan rakyat terabai. Sumbangan untuk Islam hanya dengan meletakkan iklan-iklan dengan wanita bertudung; selain itu langsung tidak ada apa-apa pun dilakukan untuk Islam. Segala projek seperti Ladang Rakyat, Pusat Pengumpulan Agro dan berbagai pelaburan hancur dengan kerugiaan berpuluh juta, manakala balak-balak habis diberikan kepada orang-orang tertentu untuk ditebang.

Dalam pada itu, ramai pemimpin Pas dan Pakatan terlibat dalam isu moral dengan bukti yang jelas. Namun demi menjaga imej "bersih" dan "Islam", Pas sanggup mencari alasan untuk menidakkan kesalahan mereka dan terus menyimpan dan menyokong pemimpin-pemimpin yang terlibat. Ini adalah sesuatu yang amat memalukan.

Sikap hipokrit Pas makin ketara dalam isu kalimah Allah. Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, mereka sepatutnya orang pertama yang mempertahankan kalimah Allah. Tetapi malang, yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka sanggup membuang perjuangan negara Islam dan hudud, malah sanggup menggadai kalimah Allah demi untuk menjaga hati rakan sekutu yang bukan Islam. Begitu juga dengan isu kebebasan seks dan kebebasan untuk murtad. Pas hanya menjadi pak turut dan tidak berani menegakkan apa yang dilaungkan selama ini, sebaliknya memilih untuk terus menyokong penentang Islam.

Kesimpulannya, Pas hanya terdiri dari para hipokrit yang berserban yang hanya membahayakan Islam dan melemahkan Melayu. Aku akan terus menghentam Pas dan jangan tanya lagi kenapa.

Al-kisah...

Satu Cerita Lama....

Satu ketika dulu, aku pernah simpati juga dengan satu parti politik...Masa tu aku masih muda, hensem, tapi belum cukup matang...Arwah bapa aku pula penyokong parti itu walaupun tak taksub sangat dan sekadar mengikut orang kampung...Kadang aku ada juga ikut bapa aku ke ceramah parti berkenaan...

Dipendekkan cerita, satu hari bapa aku mengeluh kat aku...Kalau tengok pada ceramah parti tu, ribu-ribu orang datang, tapi bila pilihanraya, parti tu tetap juga kalah....Bapa aku kata mungkin hanya orang yg sama datang ke setiap ceramah, nampak je ramai tapi hanya muka-muka yang sama di setiap tempat...

Maka aku pun mula berfikir dan berfikir...

Setelah aku kuPAS-kuPAS dan taPIS-taPIS, PUSing depan PUSing belakang, aku dapati parti itu langsung tidak ada isi, semuanya hanya hamPas...

Dan setelah puas bercerita dan berhujah dengan bapa aku, alhamdulillah sebelum dia pergi buat selamanya, dia sempat beralih dari yang hamPas kepada yang benar-benar ada isi...

Maaf aku terpaksa rahsiakan nama parti yang hamPas itu...

Siapa Sebenarnya Menolak Hudud?

Depa kata DAP tolak hudud takpe sebab DAP bukan Islam...
Depa kata UMNO yang Islam tak sepatutnya tolak hudud....
Tapi.....
MAMAT NI UGAMA APA PULAK???

Photo: Depa kata DAP tolak hudud takpe sebab DAP bukan Islam...
Depa kata UMNO yang Islam tak sepatutnya tolak hudud....
Tapi.....
MAMAT NI UGAMA APA PULAK???

Al Maki Wal Hamun

PAS parti Al Maki Wal Hamun, kata Anwar...

Photo: PAS parti Al Maki Wal Hamun, kata Anwar...

Masalah Melayu

Masalah utama Melayu, termasuk para siswazah, ialah kekurangan keyakinan diri, kelemahan "communication and leadership skills", dan kekurangan usaha keras serta daya tahan... Ini menyebabkan Melayu tidak dapat menonjolkan diri untuk bersaing dengan orang lain, dan tidak dapat menangkis tuduhan atau pandangan orang lain, sednagkan Melayu juga mempunyai bakat dan kebolehan yang setaraf atau melebihi kaum lain.

Selain itu, Melayu perlu membaiki sikap dan komitment terhadap kerja yang amat lemah.

Quote of the Century

Julius Caesar: I came, I saw, I conquered.
Al-Jub: I came, I saw, I kongkek.

Serambi yang Serabai II

20 GRO ditangkap di Kelantan...Sejak bila negeri Serambi Mekah ada pusat hiburan???

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131115/je_12/Hasil-taktik-baharu-20-GRO-asing-diberkas-di-Kelantan 


Iklan jap!

Photo: Iklan jap ye! :)

Drama Terbaru!

PAS kata Karpal bohong pulak! Baru tau ka???

Photo: PAS kata Karpal bohong pulak! Baru tau ka???

Pahit untuk Ditelan...

Terimalah hakikat, Pas tidak akan menang samada bersendirian atau bersama PR, sebaliknya hanya melemahkan Melayu/Islam. Bubarkan sahaja. Kasihani Melayu/Islam terutama di Kelantan yang semakin tertinggal akibat ego Pas.

Serambi yang Serabai

Menggunakan nama Serambi Mekah untuk sebuah negeri yang kebajikan rakyatnya terabai dan paling tinggi kadar kemiskinan, paling tinggi kadar perceraian, paling tinggi kes HIV, paling tinggi kes pil kuda dan paling tinggi rakyatnya merantau, adalah sesuatu yang amat memalukan.

Hudud oh Hudud

Hudud di Kelantan: Apakah Hadi Awang akan menyatakan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan di Kelantan kerana "keperluan melaksanakan hudud hanya 0.0001% sahaja" seperti yang dinyatakan untuk Terengganu dulu?

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bila-pula-terengganu-mahu-laksana-hudud-soal-hadi/

PARTI KELUAR RAMAI-RAMAI

TERKINI!

Pengerusi PKR Langkawi Dengan Rasminya Umum Keluar Parti

Pada pukul 2.30 petang 16 Nov 2013 bertempat di De Baron Resort Langkawi, Pengerusi PKR Langkawi, Dato Wan Salleh Wan Isa, Timbalan Ketua Cabang PKR Langkawi, Razali Abas dan Naib Ketua Cabang PKR Langkawi, Sivamoni dengan rasminya telah mengumumkan keluar dari parti PKR.

Ini berlaku selepas dua ADUN Sabah keluar PKR dan menjadi calon bebas serta pembubaran cabang PKR Pandan.


Sesuai benar dengan gelaran Parti Keluar Ramai-ramai!

SETELAH AYAM BERKOKOK!

Berpuluh tahun mencanang dan menjaja hudud ke sana ke sini...Bila orang suruh buat, tak bersedia pulok... hamPas!

KOTA BHARU 16 Nov. - Harapan rakyat Kelantan untuk melihat pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan meskipun telah dijanjikan sejak tahun 1990 nampaknya terpaksa ditangguhkan lagi selepas Kerajaan Pas Kelantan mengakui masih belum bersedia melaksanakannya.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ini berikutan persediaan untuk melaksanakan hukum hudud setakat ini hanya terhad kepada soal infrastruktur semata-mata sebaliknya dalam soal perundangan, masih banyak perlu dilakukan.

Beliau turut mengakui Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dibentuk pada Oktober 2011 belum pernah mengadakan sebarang mesyuarat kecuali beberapa pertemuan biasa di antara ahlinya sebanyak empat kali.

SEQUEL OF THE CENTURY

Filem-filem terunggul abad ini!


Parti Auta Sokmo I

Sinopsis: Setelah berpuluh tahun mahu menegakkan Negara Islam, tiba-tiba Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran

Parti Auta Sokmo II

Sinopsis: Setelah berpuluh tahun mahu menegakkan ugama Allah, tiba-tiba "Allah" kepunyaan ugama lain juga

Parti Auta Sokmo III

Sinopsis: Setelah berpuluh tahun mencanang dan menjaja hudud dan mahu melaksanakannya sebelum ayam berkokok, tiba-tiba tak bersedia pula 




DAPATKAN SEGERA CD ANDA DI PASAR-PASAR MALAM BERHAMPIRAN SEBELUM KEHABISAN STOK!