Belum pun sampai tempoh 5 tahun memerintah, pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah dikaitkan dengan beberapa skandal yang serius. Skandal-skandal seks seolah-olah perkara biasa dalam PR, tetapi skandal keewangan juga tidak kurang hebatnya. Bermula dengan kes balak di Kelantan, kes pasir di Selangor dan kes 30% di Kedah, kes-kes terbaru adalah begitu serius dan merupakan salah satu faktor Rafizi meletakkan jawatan dari kerajaan Selangor.
Perletakan jawatan Rafizi itu dikaitkan dengan peruntukan RM 300 juta di bawah geran Selangorku Sayang yang didakwa didapati dari sumber yang meragukan dan sehingga kini masih belum dijelaskan oleh kerajaan Selangor. Selain dari itu, Rafizi juga dilaporkan berselisih faham dengan Faekah Husin, Setiusaha Politik Menteri Besar Selangor, yang lebih banyak bercakap tentang isu geran tersebut berbanding dengan MB Khalid sendiri.
Tetapi yang lebih mengejutkan ialah tentang pendedahan yang dibuat oleh Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) tentang penyelewangan RM 1 billion oleh Parti Keadilan Rakyat Selangor melibatkan Talam Corporation. Talam Corp dilaporkan berhutang sebanyak RM392 juta dengan beberapa syarikat kerajaan negeri. Sepatutnya hutang tersebut dipungut, tetapi kerajaan Selangor telah membeli aset-aset Talam Corp bernilai RM 1 billion- bermakna kerajaan Selangor telah membelanjakan lebihan RM 676 juta dalam pembelian aset-aset tersebut. Yang peliknya, laporan sebuah syarikat yang memberikan hutang kepada Talam Corp menunjukkan hutang tersebut belum dijelaskan. Setakat ini MB Kahlid tidak memberikan sebarang penjelasan tentang isu yang dibawa; sebaliknya beliau mengugut akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang "menfitnah" kerajaan Selangor.
Sementara itu, sidang DewanNegeri Melaka dikecohkan oleh satu soalan berulang kali oleh seorang wakil dari MCA, Datuk Gan Tian Loo (ADUN Duyong), yang ditujukan kepada isteri Guan Eng iaitu Betty Chew (ADUN DAP Kota Laksamana) mengenai seorang wanita yang telah dipindahkan (transferred) kerja dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ke pejabat lain. Wakil tersebut berulang kali bertanya adakah isteri Guan Eng mengenali wanita terbabit. Pertanyaan berulang-kali ini menimbulkan berbagai spekulasi dan aku yakin ada sesuatu yang akan terbongkar dalam masa terdekat.
Kita tunggu apa kata Betty Chew atau Guan Eng tentang wanita bernama Ng Phaik Kheng itu.
Followers
Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts
Monday, 2 July 2012
Wednesday, 20 June 2012
Bulan yang semakin malap...
Islam itu indah...Islam itu menawan...Islam itu syumul...Itu yang sepatutnya berlaku...
PAS mencanangkan perjuangan "Islam" sejak sekian lama...Tetapi mereka harus sedar dan bertanya kepada diri mereka sendiri kenapakah "Islam" yang mereka bawa itu gagal menarik sokongan majoriti rakyat Melayu Malaysia yang berugama Islam. Sokongan terhadap PAS hanya terhad kepada ahli-ahli sendiri- itu pun semakin berkurangan. Sokongan dari DAP dan PKR hanyalah kerjasama untuk menjatuhkan UMNO dan BN, bukan kerjasama untuk memertabatkan Islam seperti yang dimimpikan oleh PAS.
Sekiranya PAS betul-betul memperjuangkan Islam seperti yang dilaungkan, maka keindahan Islam tersebut sepatutnya telah menarik pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PKR untuk menyertai mereka. Malah PKR tak perlu diwujudkan pun. Tetapi kenapakah mereka masih menubuhkan PKR dan tidak menyertai PAS?
Yang berselisih paham dengan PKR pula, bila mereka keluar dari PKR, mereka juga tidak menyertai PAS. Sebaliknya mereka kembali kepada UMNO, dan mana-mana yang tidak diterima UMNO terpaksa pula menubuhkan parti baru seperti KITA. Tidak ada yang masuk PAS.
Sekiranya PAS tulus memperjuangkan Islam yang suci seperti yang didakwa mereka, Islam mereka tersebut sepatutnya telah berjaya menarik lebih ramai penyokong untuk membolehkan mereka menang lebih besar tanpa perlu menggadaikan mana-mana prinsip perjuangan mereka. Tetapi, walaupun mereka sudah banyak kali bersolat hajat di merata stadium dan banyak berdoa, yang berlaku adalah sebaliknya. Selepas PRU 2008 di mana PAS menang di beberapa kerusi atas bantuan PKR dan DAP, prestasi mereka menurun dengan ketara dalam pilihanraya di Sarawak dan mereka juga kalah di hampir semua pilihanraya kecil di beberapa negeri.
Rakyat yang cerdik boleh melihat: DAP dan PKR tidak berminat tentang Islam dan tidak akan membantu apa-apa untuk kebaikan orang-orang Islam. Semua itu hanya khayalan PAS demi untuk memujuk hati sendiri.
Hakikatnya, samada PAS bersendirian atau bersama PKR dan DAP, PAS tidak akan dapat mencapai matlamatnya selagi mereka sendiri bercelaru dengan "Islam" yang mereka bawa dan hanya pandai menuduh orang lain tidak Islam atau kurang Islam dari mereka. Ego PAS selama ini yang menganggap hanya mereka yang benar-benar Islam sudah memakan diri sendiri dan mereka akan terus tenggelam dalam takbur dan ego sendiri.
Mereka telah menjadikan Islam itu seolah-olah lawak jenaka dan boleh dipermainkan sesuka hati. Merekalah yang memburukkan Islam. Merekalah yang melemahkan Islam. Merekalah yang menjauhkan orang dari Islam...
Semakin kita kuPAS, mereka semakin niPIS, dan tidak hairan kalau satu hari nanti mereka akan terus puPUS.
Saturday, 16 June 2012
Pembohong Besar
Siang tadi DS Najib mengingatkan rakyat menolak Anwar yang telah diketahui berbohong besar beberapa kali.
Mari kita imbas kembali antara pembohongan manusia "Anugerah Tuhan" tersebut:
1) Sebaik saja dipecat, beliau mengumumkan bahawa beliau mempunyai beberapa kotak bukti rasuah, penyelewengan dan salah kuasa kerajaan. Beberapa kali beliau berjanji untuk mendedahkan bukti-bukti tersebut, tetapi hingga sekarang tidak ada satu pun yang dibuktikan, dengan memberi berbagai alasan bodoh.
2) Beliau kemudiannya cuba mengejutkan negara dengan mendakwa bahawa 30 orang ADUN dan Ahli Parlimen BN akan melompat ke PR pada 16 September 2010 dan menjadikan PR sebagai kerajaan Malaysia yang baru.. Malah satu pasukan khas dihantar ke luar negara untuk mengikuti rombongan pemimpin-pemimpin BN yang sedang dalam misi berkaitan teknologi pertanian. Ternyata dakwaan beliau hanya "gempaq" sahaja.
3) Bila video seks beliau didedahkan, beliau dengan nada yakin cuba mencipta alibi kononnya beliau sedang sibuk bertwitter dengan penyokong-penyokongnya dan melayan facebook ketika adigan tersebut didakwa dirakam. Pembohongan tersebut terbongkar akhirnya.
4) Beliau juga berbohong tentang jam Omeganya yang kononnya masih disimpan oleh isterinya. Sampai sekarang jam Omega tersebut tidak dapat beliau tunjuk.
5) Seterusnya beliau cuba mengaitkan DS Najib dengan Altantuya. Fitnah yang disebarkan ialah bahawa DS Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya untuk menutup "komisyen" yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya sebagai orang tengah melalui Razak Baginda. Dakwaan ini adalah fitnah yang jelas kerana penjanjian pembelian Scorpene ditandatangani dalam tahun 2002, dan Razak Baginda mengenali Altantuya hanya dalam tahun 2004.
6) Beliau juga berbohong kepada PAS sendiri dengan menjanjikan beberapa jawatan penting untuk PAS, tetapi ternyata itu hanya janji kosong kerana PAS tidak memegang walaupun dalam hal-ehwal Islam di Selangor dan Pulau Pinang.
7) Beliau juga bebohong tentang sokongannya terhadap Israel seperti yang didedahkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
8) Banyak lagi pembohongan beliau akan dibongkar, tetapi pembohongan-pembohongan yang sudah pun didedahkan sepatutnya sudah cukup untuk membuka mata penyokong-penyokongnya, namun segelintir mereka masih buta dan masih sanggup dibohongi. Bagaimanapun, syukur kepada Allah semakin ramai yang dulunya berpihak kepada beliau atau yang atas pagar telah meninggalkan manusia pembohong tersebut.

Friday, 15 June 2012
Fitnah-fitnah Gred F
Semakin dekat dengan PRU 13, semakin banyak fitnah-fitnah tidak masuk akal akan dilemparkan oleh pembangkang terutama terhadap Perdana Menteri DS Najib.
Mula-mula depa cuba kaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya, tetapi rakyat tidak mudah percaya dengan tuduhan sensasi tanpa secebis bukti itu...
Bila tak jalan, depa cuba kaitkan Rosmah dengan cincin RM24juta...Budak kecil pun tahu adalah tidak masuk akal Rosmah akan membeli cincin bernilai jutaan ringgit secara pos tanpa memeriksa kualiti dan saiz cincin terlebih dahulu...Fitnah itu pun tak jalan jugak...
Pastu depa cuba pula kaitkan Najib dengan isu Scorpene...satu dunia tak layan...Kononnya beberapa orang pemimpin Malaysia termasuk Najib akan di sepina ke mahkamah Perancis, tapi sampai sekarang tidak ada seorang pun yang di sepina...
Sekarang depa target bakal menantu Najib pulak...Bila itu pun tak jalan, depa kaitkan Najib dengan tender LRT pulak...
Lepas tu nanti mungkin driver Najib pulak kot jadi mangsa, diikuti oleh pembantu rumah dan tukang kebun...
Fitnah-fitnah "bodo piang" dari pembangkang ini mengingatkan aku tentang cerita seorang gembala yang suka berbohong kepada orang-ramai yang kononnya serigala sering kali menyerangnya. Kerana terlalu kerap berbohong, akhirnya orang-ramai tidak lagi percaya walaupun satu hari serigala itu benar-benar menyerangnya.
Mungkin kucing Parsi peliharaan Najib pun nanti akan dituduh mencuri "ikan rakyat"...

Yang Kemaruk Tetapi Belakon "Bersih"
Tu dia..kemaruk sangat..baucar "kebajikan" Jom Shopping pun depa sapu...Jahanam....Jahanam...
Inilah geng yang mahu mem"Bersih"kan orang lain :)
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fthestar.com.my%2Fnews%2Fstory.asp%3Ffile%3D%252F2012%252F6%252F15%252Fnation%252F20120615131142%26sec%3Dnation&h=_AQF0Dgjg
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fthestar.com.my%2Fnews%2Fstory.asp%3Ffile%3D%252F2012%252F6%252F15%252Fnation%252F20120615131142%26sec%3Dnation&h=_AQF0Dgjg
Subscribe to:
Posts (Atom)