Followers

Monday 23 October 2017

ANGGAPAN PEMBANGKANG TERHADAP PENGUNDI


AKHBAR Sin Chew Daily bertarikh 21 Februari 2017 pula membincangkan mengenai satu penyakit yang dihadapi oleh pakatan pembangkang iaitu rakyat akan sentiasa akur dengan kehendak mereka selain mendakwa pakatan pembangkang lebih baik daripada BN.
Kupasan tentang perkara itu dimuatkan dalam artikel bertajuk “Cara Tangani Krisis yang Tidak Matang” hasil tulisan Chuang Min di ruangan Pandangan Yuanlu halaman 19. Penulis artikel ini menegaskan bahawa selepas PRU13  rakyat sudah tidak sepenuhnya memberi sokongan kepada mereka atau meletakkan pakatan pembangkang pada kedudukan yang tinggi.
Walaupun pakatan pembangkang bangga dengan kemenangan mereka di Pulau Pinang dan Selangor dan seterusnya membentuk kerajaan di dua negeri berkenaan, percayalah pengundi ketika ini sedang berfikir mengenai keupayaan sebenar pakatan pembangkang untuk memerintah negara ini-  adakah mereka lebih baik daripada kerajaan BN jika menang dalam PRU akan datang.
Sudah tentu rakyat ketika ini akan melihat dan kemudian menilai corak pentadbiran kerajaan DAP dan PKR di kedua-dua negeri secara lebih dekat sebelum membuat sebarang keputusan. Yang pasti, pakatan pembangkang kini dilihat tidak lagi bersatu lebih-lebih lagi proses pembahagian kerusi yang dikatakan tidak menemui kata sepakat.
Disebabkan faktor itu juga telah berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang yang akhirnya menyebabkan keyakinan penyokong kian merosot.
Dalam pada itu, masalah besar kebanyakan ahli politik di Malaysia termasuk pakatan pembangkang ialah mereka susah untuk mengaku bersalah.
Sebagai contoh terdapat satu temu bual khas pihak kami dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching untuk mendapatkan reaksi mereka sama ada pengundi berpuas hati atau tidak dengan pakatan pembangkang.
Apabila ditanya ketiga-tiga mereka menjawab masih ada ruang untuk dibuat penambahbaikan. Apa pun secara ringkasnya boleh dikatakan kebanyakan pemimpin dalam pakatan pembangkang sudah lupa erti merendah diri.

Mereka hidup dalam dunia mereka sahaja. Mereka menganggap jika rakyat tidak puas hati, perasaan itu hanya ditujukan kepada pihak kerajaan. Segala dilakukan oleh pakatan pembangkang pasti akan diterima baik oleh rakyat. Jika inilah yang dijadikan pegangan, sudah pasti pada PRU14, mereka akan menjerat diri sendiri.

Friday 17 February 2017

KENAPA AKU TIDAK SOKONG RUU 355




Hari ini akan berlangsung perhimpunan RUU 355 yang dianjurkan oleh Pas. Mungkin ramai yang menyokong perhimpunan ini, tapi aku mempunyai pendapat berbeza terhadap perhimpunan RUU 355 hari ini dan rang undang-undang itu sendiri.
Pertamanya, rang undang-undang syariah telah pun beberapa kali dipinda tanpa memerlukan apa-apa perhimpunan pun. Ia hanya perlu dibentangkan dan dibahaskan di parlimen. kenapa perlu memanggil rakyat berkumpul? Yang akan meluluskan ialah mereka yang membahaskan di parlimen, bukan rakyat jelata! Perhimpunan ini hanya membazir dan kelihatan seperti hanya helah politik dan bukannya tindakan jujur mahu memertabatkan Islam.
Keduanya, RUU hanya undang-undang manusia dan bukan hukum Islam sebenar. Antara yang dicadangkan ialah menaikkan hukuman ke atas pesalah khalwat dan minum arak hingga 30 tahun penjara/100 sebatan rotan/denda RM100,000. Semua ini adalah ciptaan manusia dan bukan dari Al-Quran, jadi tidak salah jika ada yang tidak bersetuju atau menolak. Menolak RUU355 ini tidak bermakna menolak Islam atau hukum Allah.
Ketiganya, lihat dari segi keadilan, terutama bila Malaysia adalah negara berbilang bangsa tetapi undang-undang syariah hanya untuk orang-orang Islam. Seorang yang berkhalwat atau minum arak boleh dipenjara hingga 30 tahun, tetapi perogol bersiri seperti Selva Kumar hanya dipenjarakan 24 tahun. Adakah ini sesuatu yang adil? Adakah pesalah khalwat atau peminum arak lebih bahaya dari perogol bersiri?
Seperkara lagi, pesalah khalwat hanya ditangkap dari hotel-hotel murah atau rumah pensendirian biasa, tetapi bukan dari hotel-hotel 5-bintang atau banglo-banglo besar. Jadi, hanya golongan kurang mampu atau remaja yang biasanya ditangkap, bukannya orang yang lebih berada. Adakah ini sesuatu yang adil? Proses penangkapan khalwat itu sendiri melibatkan pencerobohan ke tempat persendirian seperti bilik-bilik hotel atau rumah. Adakah ini sesuatu yang dituntut Islam? Malah sudah berlaku banyak kes kematian bila pesalah khalwat terjatuh ketika cuba melarikan diri dari serbuan- adakah ini dituntut Islam?

Islam perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas dan bukan soal hukum-hakam semata-mata. Dan sebarang hukuman perlu menitik-beratkan keadilan untuk semua, bukannya hanya menghukum golongan tertentu sahaja. Bila Islam digunakan untuk politik atau semata-mata kerana mahu menunjukkan seseorang itu lebih Islam dari orang lain, ketidak -adilan dan kesilapan akan berlaku.


Thursday 9 February 2017

AKHIRNYA RAFIZI AKUI PEMBANGKANG PERLU MENCERMIN DIRI!


Usaha menyelamatkan Malaysia tidak mencukupi dengan pembangkang sekadar menuding jari terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebaliknya pembangkang perlu imbas kembali dan menginsafi apa dilakukan sebelum ini sehingga menyebabkan pengundi mengekalkan Umno-BN.
"Kita kena 'cermin diri' sendiri. Selagi kita tak buat begitu, maka kita akan ada masalah mendapat undi terutamanya dari orang Melayu," katanya dalam sesi meja bulat "Selamatkan Malaysia" pada 7 Feb 2017.
Menurut Rafizi, pembangkang selama ini tersilap apabila menyangka orang Melayu khususnya di luar bandar tidak memahami isu dibawa pembangkang.
"Selama ini kempen dan cara kita menyampaikan maklumat seolah-olah pengundi Melayu di kampung tak boleh 'mengira'. Tetapi Melayu sebenarnya faham isu nasional.
"Masalah kita bukannya Melayu tak faham dengan kerosakan dilakukan Najib, tapi sebab mereka tak yakin kita boleh tadbir dengan lebih baik dan memastikan kerosakan sama tidak berlaku. Melainkan kita menukar cara mendekati mereka," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pembangkang perlu memikirkan cara untuk dinilai sebagai satu gabungan politik yang jujur dan benar-benar mahu membantu rakyat.
"Kenapa ada masalah kredibiliti itu? Sebab mereka (rakyat) merasakan sehingga sekarang kita masih belum dapat mengemukakan rangka penyelesaian yang bukan saja 'incredible' tapi jujur.
"Sebab itu kita kena cermin diri dan fikir bagaimana kita dapat dinilai sebagai satu gabungan politik yang jujur dan benar-benar mahu membantu dan bukan sekadar untuk menang ke Putrajaya," katanya.  

Akhirnya Rafizi baru sedar, tetapi majoriti rakyat Malaysia telah lama sedar mengenai perkara ini dan terus memberi mandat kepada BN untuk memerintah. Dan sepatutnya Rafizi sendiri yang pertama sekali perlu mencermin diri sendiri kerana beliaulah antara yang paling banyak memfitnah, antaranya:   


1) Setelah bertahun-tahun menjaja kononnya DS Rosmah membeli cincin berharga    
     RM24 juta, Rafizi akhirnya mendakwa di mahkamah bahawa beliau hanya "bergurau"
2) Rafizi juga menyerang NFC dan menuduh NFC menggunakan wang pinjaman untuk            membeli kondominium di Singapura dan kini beliau berdepan dengan saman dan                  tindakan undang-undang yang boleh membawanya ke penjara
3) Kira-kira 3,600 penyimpan Tabung Haji telah menutup akaun mereka dan kehilangan            peluang mengerjakan haji gara-gara terpedaya dengan fitnah Rafizi kononnya TH                 akan muflis.
4) Fitnah mengenai kos pembinaan MRT dengan mengambil lapuran luar-negara yang            tidak betul, di mana akhirnya fitnah ini disangkal oleh portal Malaysiakini sendiri

Selain dari pembohongan-pembohongan di atas, pembangkang juga telah banyak menabur fitnah lain seperti;

- kononnya mahkamah Perancis akan mendakwa DS Najib berhubung rasuah pembelian        Scorpene
- kononnya Altantuya diarahkan dibunuh oleh DS Najib dan DS Rosmah berada di                   tempat kejadian
- berbagai tuduhan liar mengenai 1MDB
- mendakwa pembangkang dapat membatalkan/menurunkan tol, cukai pintu, bayaran            parking dan sebagainya, sebaliknya menaikan kos-kos tersebut bila mereka memerintah      Pulau Pinang dan Kelantan
- kononnya kes khalwat Mat Sabu, video liwat Anwar dan video Mustafa Ali adalah fitnah        dari Umno
- sentiasa menuduh Umno sebagai parti rasuah, tetapi cuba menutup kes rasuah
  Lim Guan Eng yang kini bakal dibicarakan
- Bertahun-tahun menjaja mengenai pengundi hantu tanpa dapat membuktikan walau             seorang pengundi hantu yang wujud
- mendakwa kononnya negara sedang digadai kepada negara luar seperti China hanya           kerana pelaburan yang datang dari negara berkenaan, sedang perkara yang sama telah       lama dilakukan termasuk oleh Pulau Pinang sendiri

Banyak lagi fitnah dan tohmahan dilemparkan pembangkang terutama dalam ceramah-ceramah mereka. tetapi amat jelas rakyat biasa termasuk orang kampung tidak lagi mudah terpedaya dengan fitnah-fitnah dan tohmahan ini dan pembangkang hanya "syok sendiri" dengan fitnahdan tohmahan itu.

Seperti kata Rafizi, pembangkang perlu mencermin diri sendiri, seperti Pas yang sudah sedar dan kini mula mengamalkan "politik matang". Selagi pembangkang tidak muhsabah dan memperbaiki diri mereka, mereka akan kekal sebagai "pembangkang paling teruk di dunia" seperti yang dilabelkan oleh Perancis berikutan fitnah rasuah Scorpene.

Aku dan keluarga aku akan terus mengundi Umno dan BN! :)

Wednesday 8 February 2017

GEMPAR! RAFIZI AKUI SESUATU YANG MAJORITI RAKYAT SUDAH TAHU!


Dalam perbincangan meja bulat Save Malaysia semalam, Rafizi menerangkan dianogsis yang dibuatnya tentang mengapa Pakatan Pembangkang kurang kredibilti.

Pembangkang, kata Rafizi, tidak memahami rakyat sehingga banyak kenyataan-kenyataan pembangkang kelihatan memperkecilkan rakyat.

Banyak hujah-hujah pembangkang adalah tidak relevan dan seolah memperlekehkan rakyat kerana menganggap rakyat tidak memahami isu-isu tertentu.

HUH! HANG BARU NAK SEDAQ KA RAFIZI? KAMI SEMUA DAH TAU DAH...CUMA HAMPA DAN MACAI-MACAI PEMBANGKANG JE YANG MASIH DOK SYOK SENDIRI!

Sunday 5 February 2017

POLITIK MEMFITNAH DAN MENCACI TIDAK AKAN KE MANA



Politik memfitnah dan mencaci yang diamalkan pembangkang dilihat makin tidak diterima dan tidak dapat membawa pembangkang ke mana-mana.

"Isu-isu" besar yang cuba dihebohkan pembangkang untuk menghasut rakyat seperti cincin rm24 juta, Scorpene, Tabung Haji, Felda, 1MDB dan derma RM2.6B, GST, harga minyak, perlaburan China dan berbagai lagi "isu" hanya menjadi perbincangan syok sendiri di kalangan mereka sendiri manakala majoriti rakyat Malaysia yang bijak dapat melihat perkara-perkara berkenaan dari perspektif yang betul dan tidak terpengaruh dengan tohmahan-tohmahan dan keraguan-keraguan yang cuba ditonjolkan.

Malah, sikap penyokong-penyokong pembangkang terutama di media-media sosial yang menghamburkan kata-kata kesat dan carut-mencarut dilihat sebagai senjata makan diri yang menjauhkan pemerhati-pemerhati atas pagar. Ini terbukti dengan kemenangan Bn di semua Prk terbaru, setengahnya dengan majoriti lebih besar.

Hanya Pas yang kelihatan sudah sedar dengan keadaan ini yang kini mengambil pendekatan "politik matang" untuk menarik kembali sokongan yang semakin terhakis, manakala Dap bersikap "bijak" dengan menjauhkan diri dari "isu-isu" berkenaan sebaliknya membiarkan parti-parti lain memainkan isu-isu tersebut.

Jika trend seperti ini berlarutan, Umno dan BN dilihat akan menang besar dlama PRU14 nanti.

Sunday 22 January 2017

PAS HENTAM TUN


Jenaka politik Tun Mahathir

NASRUDIN HASSAN | .

TUN Mahathir belum puas dengan gaya kepimpinan diktatornya. Kini beliau mahu menguasai PH. Memang beliau boleh menguasai PH dan PH dilihat sangat perlukan orang seperti Tun Mahathir untuk kekalkan survival politik mereka. Tetapi tidak PAS.

PAS tidak perlukan pemimpin angkuh seperti Tun Mahathir. Tun Mahathir sebenarnya bukan merendahkan PAS tetapi gerun dengan keupayaan PAS.

Target utama Tun Mahathir bukan untuk mengalahkan Umno tetapi sasaran utama beliau ialah PAS. Hasil dendam dan keangkuhan beliau yang gagal menundukkan PAS agar menurut kemahuannya menyebabkan beliau meletakkan PAS sebagai musuh utama.

Serangan beliau sering dihala kepada PAS. Namun mereka cuba bersembunyi di sebalik tohmahan yang mereka cipta kononnya PAS akan bergabung dengan Umno dan memenangkan Umno melalui pertandingan 3 atau 4 penjuru.

PAS tidak akan pernah berganjak dari pendiriannya. Sejak dulu kita konsisten menentang kemungkaran politik dan ekonomi negara tanpa mengira dari blok mana kemungkaran itu berlaku.

Saban kali pilihan raya umum menyaksikan PAS menentang Umno sama ada di peringkat parlimen mahupun Dun. Satu lawan satu. Malangnya sehingga kini beberapa parti lain seperti PAN membuat pengisytiharan bahawa mereka akan bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PAS.

Maka inilah yang akan membuatkan berlakunya 3/4 penjuru. Kenapa mereka nak salahkan PAS? PAS akan pertahankan kerusi kerusi tradisi yang ditandingi oleh PAS sejak sekian lama.

Jika benar mereka mahu satu lawan satu, sepatutnya mereka bahagi-bahagi kerusi di kalangan komponen PH tanpa ganggu kerusi PAS.

Malangnya mereka gagal selesaikan pembahagian kerusi sesama mereka, mereka nak masuk bertanding di kawasan PAS bertanding, kemudian mengisytiharkan bahawa PASlah punca berlakunya 3/4 penjuru dan memberi kemenangan kepada Umno. Jenaka kelas mana Tun Mahathir lakukan ini?

Sebagai contoh saya kemukakan di sini ialah kerusi Dun Semantan. Sejak sekian lama kerusi itu ditandingi oleh PAS vs Umno. PAS menang 2 penggal di Dun Semangan. Malangnya Adunnya lari menyertai PAN.

Apapun PAS akan kembali mengambil Dun Semantan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang untuk menentang Umno di kerusi tersebut. Sekali lagi malang berlaku, PAN dilihat berminat untuk bertanding di Dun Semantan.

Persoalannya, siapa yang membuatkan berlakunya 3 penjuru? Kenapa mereka salahkan PAS?

Tidak mungkin PAS akan menyerahkan kerusi Semantan kepada PAN atas beberapa sebab yang sangat kukuh.

Pertama, kerusi itu adalah kerusi PAS sejak sekian lama dan memenanginya sejak dua penggal yang lalu.

Kedua, PAN tidak mempunyai kekuatan dan jentera yang baik untuk menentang kekuatan Umno di Semantan.

Selayaknya nafsu besar ingin bertanding di satu-satu kerusi mestilah diselarikan dengan kekuatan dan jentera parti bagi menghadapi parti lawan. Baru nampak kejujuran berjuang. Ini tidak, hanya tahu dan mahu menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan sendiri. HARAKAHDAILY 22/1/2017