Followers
Sunday, 8 July 2012
Saturday, 7 July 2012
Kes Makan Cili Terasa Pedas
Ini baru betul-betul kes "siapa makan cili, dia terasa pedas"!
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Betty Chew Gek Cheng sepatutnya menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo dan bukannya menafikan suaminya, Lim Guan Eng mempunyai kaitan dengan bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Phaik Kheng.
Walaupun telah menafikan isu tersebut, keengganan Betty menjawab persoalan Tian Loo telah menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka kepada rakyat.
Tian Loo hanya bertanya dua soalan:
1) Apakah benar dakwaan dalam blog yang mengatakan Betty pernah mengasari seorang wanita bernama Ng Phaik Eng yang pernah bekerja di pejabat suaminya Lim Guan Eng?
2) Kenapa wanita itu ditukarkan kerja ke tempat lain secara tiba-tiba?
Itu sahaja soalan Tian Loo. Tian Loo tidak menyentuh apa-apa tentang skandal Lim Guan Eng dengan wanita itu pun. Kenapa Betty Chew dan Lim Guan Eng begitu melompat hingga sanggup mengaitkan orang lain yang tak bersangkutan? Kenapa tak jawab je soalan yang ditanya???
Melainkan kalau mereka terasa pedas...

Melainkan kalau mereka terasa pedas...Jawab saja soalan Tian Loo dengan segera bagi mengelakkan syak wasangka!
'Jangan ghairah ke Putrajaya'
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my
utusankelantan@utusan.com.my
Mohamed Daud
Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, orang Pas sepatutnya memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan, bukannya merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata.
Beliau berkata, lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.
"Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya.
"Kalau kita tinggalkan agenda masjid dan hanya fikir mahukan Putrajaya, jika kita berkuasa kelak, orang jenis macam mana yang kita hendak lantik menjadi duta misalnya? Adakah orang yang tidak pernah bersolat di masjid?
"Saya sedih lihat keadaan banyak masjid sekarang sudah mati, di mana orang kita yang sepatutnya datang penuhkan masjid? Padahal kalau masjid sudah hidup barulah kita sebenarnya boleh perintah negara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.
Mohamed menambah, beliau amat berharap semua pihak sedar mengenai perkara ini dan melakukan tindakan segera. - Utusan Malaysia
Komen aku: Amat tepat sekali kata-kata Datuk Mohamed Daud... PAS semakin jauh tersasar dari perjuangan asal. Kini perjuangan mereka hanya untuk ke Putrajaya, tak kira apa cara sekali pun. Semakin hari semakin banyak agenda Islam ditinggalkan PAS malah PAS kini tidak malu menyokong kafir yang ditentangnya dulu, dan tidak ragu-ragu menyokong pemimpin-pemimpin yang diketahui melakukan maksiat dan rasuah. PAS telah menjadikan Islam sebagai lawak-jenaka...
Satu soalan yang perlu ditanya: Adakah Datuk Mohamed Daud akan menerima nasib yang sama seperti Datuk Hasan Ali yang ditendang dari PAS kerana bersuara untuk kebenaran???
Thursday, 5 July 2012
Competency, Accountability, Transparency (CAT) Taik Kucing!
Competency, Accountability and Transparency (CAT)...Itulah yang selalu dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat didalam pemerintahannya. Selama ini mereka menuduh Barisan Nasional tidak mengamalkan perkara tersebut dan sering memberikan projek kepada "kroni" secara terus (direct) tanpa tender. Pakatan Rakyat kononnya mahu semua ini dihentikan dan akan mengamalkan CAT dalam negeri-negeri yang ditadbir mereka.
Indah khabar dari rupa adalah ayat yang sesuai untuk Pakatan Rakyat ini. Apa yang mereka laungkan hanya kata-kata manis untuk menarik undi, bukan untuk benar-benar amalkan. Sudah banyak kes kita dengar dan saya sudah sentuh dalam blog ini. Ini ada lagi yang terbaru melibatkan pemberian projek membekalkan hamper Hari Raya bernilai RM2 juta di Selangor. Pemberian tender-tender membekal hamper tersebut sejak 2009 dibuat tanpa mengikuti polisi "open tender" seperti yang dilaungkan.
( Sila rujuk Malaysiakini : http://www.malaysiakini.com/news/202772 )
CAT hanya cakap-cakap kosong. Sesiapa pun boleh cakap!

Wednesday, 4 July 2012
Warna-warna hamPAS...
Mula-mula mereka guna warna kuning dalam demo Bersih....Pok Nik kata adalah "WAJIB" menyokong Bersih... Beribu-ribu penyokong mereka memakai T-shirt kuning terpekik terlolong dan menendang itu ini serta melompat-lompat atas kereta polis macam kera baru keluar hutan....
Bila itu tak boleh jalan, mereka buat pula perhimpunan Hijau, kononnya sebagai menunjukkan sokongan "rakyat" untuk mereka ke Putrajaya... Malangya, sambutan untuk Hijau juga sekadar suam-suam kuku...
Kini mereka tukar warna lagi....Oren pulak jadi pilihan...
Kononnya demi untuk "menyelamatkan Felda", PAS mengARAHkan semua pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokongnya untuk turun ke Perhimpunan Oren (Sila rujuk http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11459-pas-arah-semua-ahli-sertai-himpunan-oren )
Macam sesumpah je asyik tukar warna :)
Kuning tak jalan....Hijau pun tak jalan....Oren pasti lebih teruk...Lepas ni pasti mereka akan jumpa LAMPU MERAH!

![]() |
| Himpunan Hijau membantah Lynas |
![]() |
| Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Darulaman anjuran PAS |
Kini mereka tukar warna lagi....Oren pulak jadi pilihan...
Kononnya demi untuk "menyelamatkan Felda", PAS mengARAHkan semua pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokongnya untuk turun ke Perhimpunan Oren (Sila rujuk http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11459-pas-arah-semua-ahli-sertai-himpunan-oren )
Macam sesumpah je asyik tukar warna :)
Kuning tak jalan....Hijau pun tak jalan....Oren pasti lebih teruk...Lepas ni pasti mereka akan jumpa LAMPU MERAH!
Tuesday, 3 July 2012
RM430,000 untuk bina Lebuhraya Rakyat Kelantan?
Harakah hari ini dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka telah berjaya memungut sumbangan sebanyak RM430,000 untuk projek Lebuhraya Rakyat Kelantan (LRRK). Sila rujuk Harakah online: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11436-rm430000-dipungut-untuk-bina-lebuh-raya .
PAS begitu yakin dengan jumlah yang dipungut itu serta hasil yang bakal dipungut dari ekspot bijih besi melauli pelabuhan Tok Bali Bachok, mereka akan berjaya membina lebuhraya tersebut.
Satu igauan siang hari yang melucukan!
Untuk pengetahuan, kos membina jalan min tar kampung (1 lorong sahaja) adalah sekurang-kurangnya RM80,000 untuk setiap satu kilometer. Kalau jalan yang lebih besar seperti lebuhraya, kosnya boleh melebihi RM1 juta untuk setiap kilometer, bergantung kepada struktur tanah dan sebagainya. Sekiranya panjang lebuhraya adalah 50km, tentunya jumlah diperlukan adalah sekurang-kurangnya RM 50 juta. Dan ini tidak termasuk kos-kos lain seperti pampasan tanah, dan juga tidak termasuk kos penyelenggaraan yang kekal dan meningkat setiap tahun.
Rakyat yang berakal dapat melihat bahawa cadangan PAS tersebut tidak lain tidak bukan hanyalah gimik untuk cuba memancing kembali sokongan yang semakin kurang untuk PAS. Gelombang merah semakin merebak ke seluruh Kelantan dan setiap hari sokongan terhadap BN semakin meningkat.
Dan sekiranya lebuhraya tersebut tidak dapat dibina seperti yang dicanang, kemana akan perginya wang sumbangan yang dikumpul itu?
Cukup-cukuplah 24 tahun menipu rakyat Kelantan. Rakyat sudah muak.

| Jalan kampung seperti ini memerlukan kos sekurang-kurangnya RM80,000 setiap kilometer |
Rakyat yang berakal dapat melihat bahawa cadangan PAS tersebut tidak lain tidak bukan hanyalah gimik untuk cuba memancing kembali sokongan yang semakin kurang untuk PAS. Gelombang merah semakin merebak ke seluruh Kelantan dan setiap hari sokongan terhadap BN semakin meningkat.
Dan sekiranya lebuhraya tersebut tidak dapat dibina seperti yang dicanang, kemana akan perginya wang sumbangan yang dikumpul itu?
Cukup-cukuplah 24 tahun menipu rakyat Kelantan. Rakyat sudah muak.
Monday, 2 July 2012
Satu persatu skandal PR terbuka
Belum pun sampai tempoh 5 tahun memerintah, pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah dikaitkan dengan beberapa skandal yang serius. Skandal-skandal seks seolah-olah perkara biasa dalam PR, tetapi skandal keewangan juga tidak kurang hebatnya. Bermula dengan kes balak di Kelantan, kes pasir di Selangor dan kes 30% di Kedah, kes-kes terbaru adalah begitu serius dan merupakan salah satu faktor Rafizi meletakkan jawatan dari kerajaan Selangor.
Perletakan jawatan Rafizi itu dikaitkan dengan peruntukan RM 300 juta di bawah geran Selangorku Sayang yang didakwa didapati dari sumber yang meragukan dan sehingga kini masih belum dijelaskan oleh kerajaan Selangor. Selain dari itu, Rafizi juga dilaporkan berselisih faham dengan Faekah Husin, Setiusaha Politik Menteri Besar Selangor, yang lebih banyak bercakap tentang isu geran tersebut berbanding dengan MB Khalid sendiri.
Tetapi yang lebih mengejutkan ialah tentang pendedahan yang dibuat oleh Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) tentang penyelewangan RM 1 billion oleh Parti Keadilan Rakyat Selangor melibatkan Talam Corporation. Talam Corp dilaporkan berhutang sebanyak RM392 juta dengan beberapa syarikat kerajaan negeri. Sepatutnya hutang tersebut dipungut, tetapi kerajaan Selangor telah membeli aset-aset Talam Corp bernilai RM 1 billion- bermakna kerajaan Selangor telah membelanjakan lebihan RM 676 juta dalam pembelian aset-aset tersebut. Yang peliknya, laporan sebuah syarikat yang memberikan hutang kepada Talam Corp menunjukkan hutang tersebut belum dijelaskan. Setakat ini MB Kahlid tidak memberikan sebarang penjelasan tentang isu yang dibawa; sebaliknya beliau mengugut akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang "menfitnah" kerajaan Selangor.
Sementara itu, sidang DewanNegeri Melaka dikecohkan oleh satu soalan berulang kali oleh seorang wakil dari MCA, Datuk Gan Tian Loo (ADUN Duyong), yang ditujukan kepada isteri Guan Eng iaitu Betty Chew (ADUN DAP Kota Laksamana) mengenai seorang wanita yang telah dipindahkan (transferred) kerja dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ke pejabat lain. Wakil tersebut berulang kali bertanya adakah isteri Guan Eng mengenali wanita terbabit. Pertanyaan berulang-kali ini menimbulkan berbagai spekulasi dan aku yakin ada sesuatu yang akan terbongkar dalam masa terdekat.
Kita tunggu apa kata Betty Chew atau Guan Eng tentang wanita bernama Ng Phaik Kheng itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)