Followers

Saturday 16 November 2013

SETELAH AYAM BERKOKOK!

Berpuluh tahun mencanang dan menjaja hudud ke sana ke sini...Bila orang suruh buat, tak bersedia pulok... hamPas!

KOTA BHARU 16 Nov. - Harapan rakyat Kelantan untuk melihat pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan meskipun telah dijanjikan sejak tahun 1990 nampaknya terpaksa ditangguhkan lagi selepas Kerajaan Pas Kelantan mengakui masih belum bersedia melaksanakannya.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ini berikutan persediaan untuk melaksanakan hukum hudud setakat ini hanya terhad kepada soal infrastruktur semata-mata sebaliknya dalam soal perundangan, masih banyak perlu dilakukan.

Beliau turut mengakui Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dibentuk pada Oktober 2011 belum pernah mengadakan sebarang mesyuarat kecuali beberapa pertemuan biasa di antara ahlinya sebanyak empat kali.

No comments:

Post a Comment