Followers

Thursday, 26 July 2012

Al-Maunah dan Amuk di JPM: Hadi dan PAS WAJIB bertanggungjawab

Pada 7 April 1981, Hadi Awang telah mengeluarkan amanat berikut:


Isi utama amanat tersebut ialah bahawa PAS menentang UMNO kerana UMNO mengamalkan peraturan penjajah, kafir dan jahiliah dan sekirannya mati "kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid".

Apa yang diucapkan oleh Hadi itu adalah sesuatu yang amat keras dan kuat.

Pada 2 Julai 2000 kita dikejutkan oleh sekumpulan Al-Maunah yang mahu menggulingkan kerajaan yang "tidak Islam", dan pada 9 Julai 2012 Khalil Afandi dan Muhdalina pula mengamuk di JPM kerana mahu "menggulingkan kerajaan yang tidak mengamalkan lunas-lunas Islam".

Hadi Awang dan PAS tidak boleh lepas tangan bahawa mereka tidak pernah menyuruh sesiapa pun melakukan keganasan, dan tidak boleh berkata bahawa amanat tersebut tidak mendorong sesiapa pun bertindak ganas. "Mati kerana berlawan adalah mati syahid" adalah satu saranan yang amat kuat. Secara amnya, mati syahid tidak akan dikaitkan dengan mati kerana mengundi dalam PRU, tetapi pastinya dikaitkan dengan kematian kerana berlawan dengan senjata! Pengikut yang fanatik dan taksub pastinya akan mengambil amanat tersebut sebagai satu fatwa yang wajib diikuti, dan tidak mengejutkan sekiranya ada yang sanggup bertindak ganas dan mahu mati syahid.

Yang peliknya, Hadi sendiri pada 6 Mac 2000 telah menyatakan bahawa "keberatan melaksanakan hudud hanya 0.0001 % " sahaja. ( Sila rujuk http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bila-pula-terengganu-mahu-laksana-hudud-soal-hadi/ ) . Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan amanatnya terdahulu.

Namun Hadi dan PAS tidak pernah mengakui bahawa amanatnya itu silap. Yang ironinya, sekiranya mereka menganggap bahawa amanat tersebut adalah betul, Hadi dan PAS sepatutnya menyokong tindakan Al-Maunah dan Khalil Afandi, kerana tindakannya kedua-duanya adalah selari dengan apa yang disarankan dalam amanat beliau. Tetapi Hadi dan PAS telah lepas tangan pula!

Sebaliknya, sekiranya Hadi dan PAS menyatakan bahawa tindakan Al-Maunah dan Khalil Afandi itu salah, mereka sepatutnya telah mengaku kesilapan amanat tersebut dan menarik balik. Tetapi ini tidak pernah berlaku. Ini bermakna Hadi dan PAS, yang selama ini tidak pernah mempertikaikan amanat tersebut, bertanggung-jawab sekiranya ada sesiapa bertindak ganas atas nama jihad kerana "berlawan" dengan UMNO.

Apa pun pendirian Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS, samada terus berdiri dengan amanat tersebut dan menyokong tindakan Al-Maunah dan Khalil Afandi, atau mengaku bahawa amanat tersebut adalah salah, membuktikan bahawa mereka bukan ulamak sejati, tetapi hanya ulamak politik yang membuat kenyataan untuk kepentingan sendiri, bukan untuk Islam yang kononnya diperjuangkan mereka.

Kebebasan bersuara bukan bermakna kebebasan menghasut. Amanat Hadi jelas merupakan satu bentuk hasutan yang dahsyat boleh menggugat keamanan negara. Kalau pun tidak ditahan dibawah ISA, Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS yang menyokong amanat tersebut WAJIB bertanggung-jawab dan WAJIB bertaubat. Mereka perlu ditolak.

No comments:

Post a Comment