Sudah agak lama aku bertanya soalan di atas. Memang amat pelik seorang "ulamak", yang selama ini begitu lantang menentang perkara "mungkar" dan maksiat, begitu kuat mempertahankan seorang pemimpin yang sudah jelas melakukan banyak salah-laku moral dan maksiat dan terbukti dalam video dan bukti-bukti lain.
Aku bertanya kepada ramai aktivis-aktivis politik termasuk penyokong-penyokong PAS di Kelantan yang mempunyai hubungan dengan beberapa orang tertentu untuk mengupas hal ini. Agak sukar mendapat jawapan yang pasti tetapi akhirnya aku berjaya mengumpul maklumat dari beberapa sumber yang boleh dipercayai.
Jawapannya tidaklah sukar. Menteri Besar Kelantan itu telah dijanjikan oleh "bakal PM" satu jawatan yang lebih tinggi iaitu Timbalan Perdana Menteri!
Bukan lagi menjadi rahsia bahwa Nik Aziz pada mulanya bersikap agak neutral ketika video Anwar mula tersebar. Begitu juga dengan Hadi Awang dan Mat Sabu. Tetapi selepas Anwar berjumpanya di Kota Bharu, nada Nik Aziz mula berubah. Ramai percaya bahawa di saat itulah Anwar telah memujuk Nik Aziz dengan jawatan Timbalan PM. Perubahan nada Nik Aziz pula telah memaksa Hadi untuk ikut menukar irama dan kembali menyokong Anwar dengan mengistiharkan bahawa "video hanya besi", manakala Mat Sabu memilih untuk berdiam diri walaupun sebelum itu pernah menyarankan video tersebut disiasat oleh pakar luar-negara.
Jawatan Timbalan PM memang sesuatu yang amat menarik untuk Nik Aziz. Bagaimanaupun, beliau tidak mempunyai latar-belakang yang mencukupi untuk meyakinkan penyokong-penyokong PR menerimanya sebagai Timbalan PM, terutama dari segi ekonomi dan pembangunan rakyat terutama Melayu-Islam.
Oleh yang demikian, kredibiliti Nik Aziz terpaksa dibina. Maka lahirlah Ladang Rakyat, dinar emas dan berbagai lagi, termasuk yang terbaru "projek" Lebuhraya Rakyat Kelantan. Malangnya, kerana tidak cekap mentadbir, semua projek iru gagal, malah menantu Nik Aziz sendiri terpaksa mengundur diri atas sebab-sebab yang kita semua tahu. Kerana kegagalan-kegagalan tersebut, PAS terpaksa bermain dengan isu-isu lain seperti isu Felda dan juga hudud walaupun sebelum ini telah mengumunkan bahawa Negara Berkebajikan yang akan dibawa mereka tidak mempunyai hukum hudud.
Jawatan Timbalan PM ini memang sesuatu yang amat diidamkan oleh sesiapa pun. Mungkin itu sebabnya kenapa Nik Aziz masih tidak berundur walau pun kesihatannya sudah diganggu usia tua. Malah, kita semua masih ingat cabarannya kepada Tun Mahathir di mana Nik Aziz berkata dia akan berundur sekiranya Tun M berundur, tetapi itu tidak terjadi.
Dalam masa yang sama, Hadi Awang, walau pun nampak bersetuju dengan apa yang terjadi, sebenarnya tidak bersetuju dan merasa disisihkan. Hadi pernah menyarankan penyatuan dengan UMNO tetapi ditentang keras oleh Nik Aziz dan penyokokng-penyokongnya. Terbaru, Hadi menyatakan hasrat untuk tidak bertanding dalam PRU 13, tetapi telah dipujuk untuk mengubah fikiran.
Dan dalam kes yang paling baru, Hadi dilihat menyokong Nasharudin yang mahu disingkirkan oleh Nik Aziz, menyebabkan Nik Aziz meninggalkan mesyuarat Majlis Syura PAS yang sepatutnya dipengerusikannya.
Hasrat untuk menjadi Timbalan PM semakin kuat sehingga PAS telah mengadakan beberapa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. PAS juga amat aktif dalam perhimpuan Bersih dan beberapa demonstrasi lain. Sudah pasti motivasi mereka ialah jawatan Timbalan PM tersebut.
Tetapi Nik Aziz lupa bahawa Anwar bukan seorang yang jujur. Jika Anwar boleh menjanjikan jawatan Timbalan PM kepada Nik Aziz atau PAS, Anwar juga boleh menjanjikan perkara yang sama kepada DAP. Ini amat jelas kita lihat: Anwar tidak berani mengumumkan Kabinet Bayangannya biar pun didesak banyak kali oleh berbagai pihak. Mengeluarkan Kabinet Bayangan hanya akan membuka tembelangnya.
Mungkin kini Nik Aziz sendiri telah sedar bahawa jawatan Timbalan PM yang diimpikan itu tidak mungkin menjadi kenyataan. Namun, kerana tersalah menyokong Anwar, beliau tidak boleh berpatah balik. Andainya beliau menarik balik sokongannya kepada Anwar, ramai akan mepersoalkan tindakannya yang terdahulu, dan ini akan menjejaskan reputasinya sebagai seorang "ulamak" yang dianggap maksum. Mahu tak mahu, NIk Aziz terpaksa terus menyokong Anwar biarpun sokongan tersebut sebenarnya membawa padah kepada PAS!
Followers
Sunday, 23 September 2012
Sunday, 9 September 2012
Kenapa Hadi pertahankan Nasha?
Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan soal kedududukan Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hadi Awang menyifatkan bahawa soal Nasharudin bukan satu masalah.
Kenapa Hadi Awang tiba-tiba seperti mempertahankan Nasha, berbeza dengan Nik Aziz yang bernada keras terhadap Nasha sebelum ini?
Juga, kenapakah Nik Aziz, yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat tersebut yang bermula pada jam 8.55 malam, meninggalkan bangunan pada jam 9.15 malam?
Jawapannya mungkin berada pada desus-desus dari dalaman PAS yang kedengaran akhir-akhir ini. Sumber dalam mengatakan bahawa Nik Aziz akan "bersara kerana masaalah kesihatan tidak lama lagi" (dibersarakan?), dan Hadi Awang bersama Nasha akan berusaha ke arah penyatuan dengan UMNO. Ada sumber menyatakan bahawa Mat Sabu juga akan "bersara".
Sejauh mana kebenaran desus-desas ini, kita tunggu dan lihat. Tetapi melihat kepada senario semasa yang langsung tidak menyebelahi PAS, aku tidak terkejut kalau ini benar-benar berlaku.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/13026-majlis-syura-tak-bincang-isu-nasharudin

Friday, 7 September 2012
Budak Kebal!
Harian Metro hari ini menyiarkan cerita seorang budak yang kebal dari api dan tusukan benda-benda tajam.
Kalau cerita ini betul, ia adalah sesuatu yang amat mengkagumkan dan perlukan kajian saintifik.
LUAR BIASA...Mohd Adam tidak berasa sakit ketika membakar tangannya.
KUALA KUBU BHARU: Dia selayaknya digelar ‘budak kebal’ kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan langsung tidak berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam.
Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.
Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.
“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.
Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal.
(Harian Metro 8 Sep 2012)
Kalau cerita ini betul, ia adalah sesuatu yang amat mengkagumkan dan perlukan kajian saintifik.
LUAR BIASA...Mohd Adam tidak berasa sakit ketika membakar tangannya.
Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.
Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.
“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.
Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal.
(Harian Metro 8 Sep 2012)
Friday, 31 August 2012
Tuesday, 28 August 2012
Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam - Dr. Mahathir
Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.
Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.
"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.
"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.
Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.
Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.
"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya.
-Dari Utusan Malaysia
Tidur sebantal, mimpi lain-lain
TIDUR sebantal tetapi mimpi lain-lain. Ungkapan ini telah lama dikeluarkan oleh penganalisa dan pemimpin-pemimpin politik untuk pakatan PAS, PKR dan DAP, namun ramai yang memandang sinis.
Selangor dan Pulau Pinang pada mulanya menggunakan tema `Sebangsa, Senegara, Sejiwa', dan PAS di Kelantan pula memilih `Menerajui Perubahan', manakala `Terus Berbakti' digunakan oleh kerajaan negeri Kedah.
Namun akhirnya, PAS mungkin terpaksa akur kerana mereka sangat memerlukan dua sekutunya ini untuk menghadapi pilihan raya.
Hari ini, apa yang dimaksudkan itu semakin jelas. Ia jelas bukan sahaja berdasarkan tindak-tanduk kepartian malah keputusan-keputusan yang dibuat dalam Pakatan.
Isu hudud dan Negara Islam sudah lama menjadi isu besar antara PAS dan DAP. Walaupun PAS akhirnya mengugurkan perjuangan Negara Islam, namun isu hudud masih mengundang persengketaan di khalayak ramai yang menyebabkan beberapa kenyataan akhbar dari kedua-dua pihak yang membuktikan isu ini tidak pernah dan tidak akan selesai.
Pebalahan terbaru ialah tema menyambut hari kemerdekaan. Tema yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pusat iaitu `55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' telah dibangkang sekeras-kerasnya oleh pakatan pembangkang kerana ia dilihat cenderung kepada kerajaan BN.

Namun, sekiranya apa yang dilakukan itu adalah atas dasar membawa kebaikan kepada rakyat, mendatangkan manfaat untuk masa depan negara, mengapa perlu dibangkang? Janji ditepati adalah sesuatu yang dituntut oleh rakyat selama ini. Kerajaan tidak boleh berjanji tetapi tidak menunaikan jnji-janji tersebut.
Pakatan perlu sedar bahawa tanggungjawab pembangkang dalam sesebuah negara bukanlah membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah. Tetapi tugas pembangkang adalah untuk memastikan "check and balance" untuk tadbir urus negara berjalan dengan baik.
Yang lebih parah lagi, di sebalik bangkangan tersebut, mereka sendiri gagal mencapai kata sepakat. justeru, buat pertama kali dalam sejarah, tema sambutan yang selama ini menyatu-padukan rakyat berbilang kaum di negara ini, nampak carca-marba.
Selangor dan Pulau Pinang pada mulanya menggunakan tema `Sebangsa, Senegara, Sejiwa', dan PAS di Kelantan pula memilih `Menerajui Perubahan', manakala `Terus Berbakti' digunakan oleh kerajaan negeri Kedah.
Carca-marba itu menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian terpaksa tampil untuk memperbetulkan keadaan dan mengatakan, pakatan pembangkang akhirnya bersetuju dengan tema `Sebangsa, Senegara, Sejiwa.'
Namun, ada sesuatu yang menarik tentang tema ini kerana di peringkat awal, hanya Selangor dan Pulau Pinang sahaja bersetuju untuk menggunakannya tetapi tidak Kedah dan Kelantan. Amat jelas kepimpinan serta matlamat PAS amat berbeza dengan sekutu-sekutunya PKR dan DAP. Jika mereka sekata, seiring dan sejalan, masalah atau carca-marba yang berlaku ini tidak akan terjadi.
Namun akhirnya, PAS mungkin terpaksa akur kerana mereka sangat memerlukan dua sekutunya ini untuk menghadapi pilihan raya.
Jika soal hudud yang menjadi agenda perjuangan PAS sekian lama pun pemimpin-pemimpinnya boleh bertolak-ansur demi pilihan raya, mungkin kali ini mereka masih mampu untuk menutup sebelah mata.
Namun, ini semua dilakukan dalam keadaan sebelum pilihan raya atau lebih tepat lagi sebelum mereka mempunyai kuasa. Ditakdirkan mereka menang, apakah jaminan pembangkang kepada rakyat bahawa mereka mampu mentadbir dengan baik dan melaksanakan semua yang dijanjikan?
Dan mampukah PAS bertindak sendirian untuk melaksanakan hudud di kala negara ini ditadbir pakatan pembangkang?
Subscribe to:
Posts (Atom)