Followers

Monday 23 October 2017

ANGGAPAN PEMBANGKANG TERHADAP PENGUNDI


AKHBAR Sin Chew Daily bertarikh 21 Februari 2017 pula membincangkan mengenai satu penyakit yang dihadapi oleh pakatan pembangkang iaitu rakyat akan sentiasa akur dengan kehendak mereka selain mendakwa pakatan pembangkang lebih baik daripada BN.
Kupasan tentang perkara itu dimuatkan dalam artikel bertajuk “Cara Tangani Krisis yang Tidak Matang” hasil tulisan Chuang Min di ruangan Pandangan Yuanlu halaman 19. Penulis artikel ini menegaskan bahawa selepas PRU13  rakyat sudah tidak sepenuhnya memberi sokongan kepada mereka atau meletakkan pakatan pembangkang pada kedudukan yang tinggi.
Walaupun pakatan pembangkang bangga dengan kemenangan mereka di Pulau Pinang dan Selangor dan seterusnya membentuk kerajaan di dua negeri berkenaan, percayalah pengundi ketika ini sedang berfikir mengenai keupayaan sebenar pakatan pembangkang untuk memerintah negara ini-  adakah mereka lebih baik daripada kerajaan BN jika menang dalam PRU akan datang.
Sudah tentu rakyat ketika ini akan melihat dan kemudian menilai corak pentadbiran kerajaan DAP dan PKR di kedua-dua negeri secara lebih dekat sebelum membuat sebarang keputusan. Yang pasti, pakatan pembangkang kini dilihat tidak lagi bersatu lebih-lebih lagi proses pembahagian kerusi yang dikatakan tidak menemui kata sepakat.
Disebabkan faktor itu juga telah berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang yang akhirnya menyebabkan keyakinan penyokong kian merosot.
Dalam pada itu, masalah besar kebanyakan ahli politik di Malaysia termasuk pakatan pembangkang ialah mereka susah untuk mengaku bersalah.
Sebagai contoh terdapat satu temu bual khas pihak kami dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching untuk mendapatkan reaksi mereka sama ada pengundi berpuas hati atau tidak dengan pakatan pembangkang.
Apabila ditanya ketiga-tiga mereka menjawab masih ada ruang untuk dibuat penambahbaikan. Apa pun secara ringkasnya boleh dikatakan kebanyakan pemimpin dalam pakatan pembangkang sudah lupa erti merendah diri.

Mereka hidup dalam dunia mereka sahaja. Mereka menganggap jika rakyat tidak puas hati, perasaan itu hanya ditujukan kepada pihak kerajaan. Segala dilakukan oleh pakatan pembangkang pasti akan diterima baik oleh rakyat. Jika inilah yang dijadikan pegangan, sudah pasti pada PRU14, mereka akan menjerat diri sendiri.

No comments:

Post a Comment